Connect with us

Terkini

Shuib terima baik keputusan ayah mahu sertai PAS

Lebih dua tahun terlibat dalam aktiviti kebajikan bersama PAS telah membuka hati bapa kepada pelawak, pelakon dan penyampai radio, Shuib menyertai parti Pas. 

Wartawan TMT

Published

on

Shuib terima baik keputusan ayah mahu sertai PAS
Foto: Shuib dan ayahnya, Muhamad Arshad.
  • Bekas Setiausaha UMNO Cawangan Parit Haji Ali itu terbuka hati menyertai parti PAS selepas lebih dua tahun terlibat dalam aktiviti kebajikan PAS.
  • Muhamad Arshad, 65, berkata, keputusan itu dibuat kerana gerak kerja jentera parti itu dalam hal kebajikan rakyat terutama di kawasan Bagan Serai, ‘kena’ dengan jiwanya. 
  • Borang keahlian Muhamad telah diserahkan kepada Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad dan Pesuruhjaya Pas negeri, Razman Zakaria. 
  •  “Shuib tahu. Dia tidak kisah dan mengatakan terpulanglah kepada saya,” kata Muhamad.

BAGAN SERAI – Lebih dua tahun terlibat dalam aktiviti kebajikan bersama PAS telah membuka hati bapa kepada pelawak, pelakon dan penyampai radio, Shuib menyertai parti Pas. 

Muhamad Arshad, 65, sebelum ini merupakan Setiausaha UMNO Cawangan Parit Haji Ali dan telah bersama parti itu sejak lebih 30 tahun. 

Ketika ditemui, Muhamad berkata, keputusannya untuk menyertai PAS dibuat kerana berasakan gerak kerja jentera parti itu dalam hal kebajikan rakyat terutama di kawasan Bagan Serai, ‘kena’ dengan jiwanya. 

Menurutnya, kesempatan itu memberinya lebih ruang untuk sama-sama terlibat dan menyumbang serta membantu komuniti setempat yang dalam kesusahan.

“Semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dulu, saya banyak ikut PAS beri sumbangan kampung ke kampung, sampaikan bantuan banjir dan bantu dapatkan keperluan orang susah. 

“Nampak kelompok dalam PAS ini sangat akrab, sebab itu saya buat keputusan sertai PAS supaya dapat bantu lebih ramai lagi,” katanya ketika ditemui pada Majlis Munajat Perdana dan Pelancaran Calon Pas di Parlimen Bagan Serai di Tapak Pasar Alor Pongsu di sini pada Khamis. 

Borang keahlian Muhamad telah diserahkan kepada Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad dan Pesuruhjaya Pas negeri, Razman Zakaria. 

Bekas tentera berpangkat koperal itu memaklumkan, keputusannya menyertai PAS telah dimaklumkan kepada anaknya, Shuib dan diterima baik.

 “Shuib tahu. Dia tidak kisah dan mengatakan terpulanglah kepada saya. 

“Selama ini pun mana-mana bantuan yang saya sampaikan kepada penduduk, datangnya daripada dia juga,” katanya. 

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad yang sebelum ini dikenali sebagai pelawak dan pelakon telah menjadi antara figura usahawan berjaya. 

Beliau memilih untuk berbakti semula kepada masyarakat menerusi Yayasan Bubble Bee yang ditubuhkan sejak lebih enam bulan lalu.

Sumber: Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Kolumnis

Bukankah sambut hari raya Aidilfitri sehari sahaja, bukan sebulan?

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan musim perayaan yang sangat dinantikan dan dirai penuh kegembiraan di mana waktu ini digunakan untuk menziarahi ke rumah keluarga dan rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Selama sebulan juga, terutamanya masyarakat Melayu Muslim, rumah-rumah mereka akan ‘dibuka’ dengan menghidangkan pelbagai juadah dan rumah dihias cantik untuk menyambut tetamu yang datang.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah ‘Adakah tradisi ‘raya sebulan’ ini bertepatan dengan syariat Islam? Bukankah Islam hanya menganjurkan sehari sahaja dalam menyambut Aidilfitri, bukannya sebulan?’

Menariknya, persoalan ini telahpun dijawab menerusi artikel ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-684: Bolehkah Menyambut Hari Raya selama Sebulan Syawal’ dan ‘Al-Kafi #1296: Sambut Hari Raya Sebulan itu Bid’ah?’ di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel itu mengatakan sememangnya Hari Raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW ketika baginda tiba di Madinah, penduduk Madinah menyambut dua perayaan. Lalu Baginda SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” (Riwayat Ahmad, No. 12362)

Ini bermakna, hanya dua perayaan disyariatkan bagi umat Islam untuk dirayakan atas perintah Allah SWT.

Namun, apakah membezakan hari raya yang disyariatkan dengan hari-hari lain? Bezanya adalah pada amalan ibadat yang khusus diperintahkan untuk dilakukan pada hari tersebut.

Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri disyariatkan melakukan ibadah solat hari raya, menunaikan zakat fitrah dan takbir yang hanya berlaku pada satu Syawal. Bahkan, pada hari tersebut umat Islam diharamkan berpuasa.

Dan sesudah hari tersebut tidak disyariatkan dengan apa-apa amalan ibadat khusus. Tiada lagi ibadat seperti solat sunat, mandi sunat dan takbir hari raya.

Maka, amalan ziarah-menziarahi sanak saudara bukanlah satu amalan ibadat yang dikhususkan dalam perayaan Aidilfitri. Ia hanyalah suatu tradisi yang baik dan diharuskan dalam Islam.

Mengikut Pejabat Mufti WP, mana-mana adat tradisi yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak, maka hukum asalnya adalah harus. Dalam kaedah Fiqh disebutkan:

“Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)” (Al-Asyhbah wa al-Nazoir, ms. 60)

Bahkan tiada sesiapa pun mengikat amalan seperti ziarah-menziarahi, bermaafan, menjamu makan dan seumpamanya hanya mesti diadakan pada hari raya.

Ia sekadar tradisi diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.

Kesimpulannya, hari raya Aidilfitri yang disyariatkan sememangnya pada satu Syawal. Namun, tiada masalah untuk menyambut hari raya dengan melakukan ziarah-menziarahi sepanjang Syawal kerana ia merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam.

Malah, dalam satu hadis Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa cintanya Allah SWT kepada mereka yang menziarahi orang lain. Sabdanya

“Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: Ke manakah engkau mahu pergi? Jawab lelaki itu: Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini. Malaikat berkata: Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepadanya? Lelaki itu berkata: Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantar kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu.” (Riwayat Muslim, No. 6714) –The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending