Connect with us

Terkini

‘Saya datang sebagai underdog, tetapi saya yakin dapat tawan Sungai Buloh’ – KJ

Meskipun menyifatkan diri sebagai calon bukan pilihan atau ‘underdog’, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tekad untuk melakukan misi sukar menawan Parlimen Sungai Buloh (P107) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

‘Saya datang sebagai underdog, tetapi saya yakin dapat tawan Sungai Buloh’ - KJ
Foto: Khairy Jamaluddin.
  • Khairy Jamaluddin Abu Bakar tekad menjalankan misi sukar menawan P107 walaupun calon bukan pilihan atau ‘underdog’.
  • “Saya datang sebagai underdog, tetapi saya yakin, jika kita bersatu, bekerja kuat, yakinkan pengundi, kita dapat tawan Sungai Buloh pada 19 Nov ini,” katanya dalam Majlis Bersama KJ, semalam. 
  • Menurutnya, tugas menawan kerusi Parlimen itu bukan mudah kerana majoriti undi dimenangi pihak lawan sebelum ini melebihi 20,000 undi.
  • KJ akan melancarkan manifesto yang meliputi pendidikan, menangani banjir, infrastruktur dan kesejahteraan ekonomi pada minggu hadapan.

KUALA LUMPUR- Meskipun menyifatkan diri sebagai calon bukan pilihan atau ‘underdog’, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tekad untuk melakukan misi sukar menawan Parlimen Sungai Buloh (P107) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

“Saya datang sebagai underdog, tetapi saya yakin, jika kita bersatu, bekerja kuat, yakinkan pengundi, kita dapat tawan Sungai Buloh pada 19 Nov ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Bersama KJ di Parlimen Sungai Buloh di sini malam tadi.

Katanya, tugas menawan kerusi Parlimen itu bukan mudah kerana majoriti undi dimenangi pihak lawan sebelum ini melebihi 20,000 undi.

Khairy yang juga Menteri Kesihatan berkata beliau akan melancarkan manifesto ‘Kata Janji (KJ)’ yang meliputi pendidikan, menangani banjir, infrastruktur dan kesejahteraan ekonomi Parlimen Sungai Buloh pada minggu hadapan.

Sumber: Bernama

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *