Connect with us

Terkini

Pusat media PH jadi tumpuan pengamal media di dalam dan luar negara

Hampir 100 pengamal media di dalam dan luar negara mula berkumpul di Pusat Media Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Pakatan Harapan (PH) di salah sebuah hotel di sini.

Wartawan TMT

Published

on

Pusat media PH jadi tumpuan pengamal media di dalam dan luar negara
Foto: Sumber Sinar Harian.

PETALING JAYA – Hampir 100 pengamal media di dalam dan luar negara mula berkumpul di Pusat Media Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Pakatan Harapan (PH) di salah sebuah hotel di sini.

Hotel ini menjadi tumpuan susulan petugas media difahamkan ia akan dihadiri pimpinan tertinggi gabungan tersebut bagi menyaksikan pengumuman keputusan pilihan raya yang disifatkan paling mencabar.

Setakat jam 8 malam, belum ada mana-mana calon atau pimpinan parti itu tiba di pusat media ini.

PRU15 kali ini menyaksikan PH meletakkan 220 calon di 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

Difahamkan, setakat jam 4 petang tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan sebanyak 70 peratus daripada lebih 21 juta pengundi yang layak telah keluar mengundi.

Sumber : Sinar Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Enjin carian dikuasakan AI kemungkinan langgar hak cipta kandungan berita – Media Jepun

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.
  • Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.
  • Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.
  • Persatuan media itu menyatakan kebimbangan tentang “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”, sekali gus boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita”.
  • Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.

Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.

Persatuan itu juga menyatakan kebimbangan mengenai “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”.

Ia boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita,” katanya.

“Enjin carian AI kadangkala mengembalikan respons yang tidak tepat kerana mereka menggunakan semula atau mengubah suai artikel secara tidak wajar,” kata persatuan itu.

Persatuan itu berkata syarikat harus memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan mereka sebelum pelancaran.

Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Kenyataan itu turut menunjukkan “isu ‘carian sifar klik’, di mana pengguna tidak melawat sumber asal (artikel/kandungan)”.

“Kekurangan trafik boleh membawa kepada pengurangan aktiviti pelaporan organisasi berita, yang kemudiannya akan memberi kesan negatif kepada demokrasi dan budaya,” kata persatuan itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending