Connect with us

Terkini

Prabakaran gagal jelas visi PH untuk pengundi Batu – Tian Chua

Bekas naib presiden PKR Tian Chua mengkritik calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Batu, P Prabakaran kerana tidak memaklumkan secara jelas kepada pengundi mengenai apa yang akan dilakukan gabungan itu sekiranya menang pilihan raya umum.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Prabakaran gagal jelas visi PH untuk pengundi Batu - Tian Chua
Foto: Tian Chua
  • Bekas naib presiden PKR Tian Chua kritik calon PH Parlimen Batu, P Prabakaran kerana tidak memaklumkan secara jelas kepada pengundi yang akan dilakukan gabungan itu sekiranya menang.
  • Tian Chua bertanding sebagai calon Bebas tetap perjuangkan prinsip PH walaupun tidak bertanding di bawah gabungan itu 

PETALING JAYA: Bekas naib presiden PKR Tian Chua mengkritik calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Batu, P Prabakaran kerana tidak memaklumkan secara jelas kepada pengundi mengenai apa yang akan dilakukan gabungan itu sekiranya menang pilihan raya umum.

Tian Chua berkata, sejak dua minggu lalu, Prabakaran tidak menyatakan visinya serta apa yang boleh PH lakukan untuk rakyat di Batu.

“Sehingga ke hari ini, rakyat di Batu tidak tahu apa yang akan PH lakukan untuk mereka,” katanya ketika program bual bicara di BFM yang turut menampilkan Prabakaran dan calon Bebas Siti Kasim.

Tian Chua, yang bertanding sebagai calon Bebas di Batu, berkata beliau tetap memperjuangkan prinsip PH walaupun tidak bertanding di bawah gabungan itu.

Menurutnya, kesetiaan parti sebenarnya adalah untuk menegakkan prinsip dan perlembagaan parti termasuk berkhidmat kepada rakyat.

“Jadi, dalam kes ini, saya mengikut kehendak rakyat berbanding peraturan parti,” katanya.

Semalam, Tian Chua berkata, beliau akan membuat laporan polis terhadap Prabakaran hari ini selepas mendakwanya menghalang Pengerusi PH Anwar Ibrahim daripada menjadi perdana menteri.

Peguamnya, Gurmukh Singh, berkata mereka juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Prabakaran kerana memfitnah.

Pada Isnin lalu, Malaysiakini melaporkan Prabakaran sebagai berkata, Tian Chua cuba menghakis sokongan PH di Batu bagi menghalang Anwar menjadi perdana menteri.

Prabakaran berkata, dakwaan Tian Chua “satu undi untuk saya (Chua) adalah satu undi untuk Pakatan Harapan” juga akan mengelirukan penyokong PH.

Tian Chua memberi masa 24 jam kepada Prabakaran untuk menarik balik kenyataan itu dan meminta maaf.

 

Sumber : Freemalaysiatoday

Author