Connect with us

Terkini

PN bukan pengkhianat, PN penyelamat negara ketika pandemik – Muhyiddin

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah penyelamat negara ketika berdepan dengan krisis pandemik Covid-19, dan bukannya pengkhianat seperti yang dicanang oleh musuh politik, kata Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Wartawan TMT

Published

on

PN bukan pengkhianat, PN penyelamat negara ketika pandemik - Muhyiddin
Foto: Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
  • PN ialah penyelamat negara ketika berdepan krisis pandemik Covid-19, bukannya pengkhianat seperti yang dicanang oleh musuh politik. 
  • Muhyiddin pernah mengambil beberapa tindakan berani dan berkesan memastikan kesejahteraan rakyat terbela termasuk membuka semula sektor ekonomi.
  • “Kita bukan pengkhianat kepada bangsa agama dan negara, kita penyelamat negara tercinta kita,” katanya.
  • Penting untuk rakyat terus memberi mandat kepada PN pada PRU15, 19 Nov ini agar PN boleh kembali mentadbir negara untuk tempoh lima tahun.

KUALA LUMPUR, 1 Nov – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah penyelamat negara ketika berdepan dengan krisis pandemik Covid-19, dan bukannya pengkhianat seperti yang dicanang oleh musuh politik, kata Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata ekonomi negara kini tidak runtuh kerana kepimpinannya selaku perdana menteri ketika itu telah mengambil beberapa tindakan berani dan berkesan untuk memastikan kesejahteraan rakyat terbela termasuk membuka semula sektor ekonomi demi mengelakkan negara berdepan krisis lebih buruk.

“Kita bukan pengkhianat kepada bangsa agama dan negara, kita penyelamat negara tercinta kita,” katanya ketika berucap pada majlis pengumuman calon PN bagi menghadapi Pilihan Raya umum ke-15 (PRU15), di sini, malam ini.

Oleh itu, katanya, adalah penting untuk rakyat terus memberi mandat kepada PN pada PRU15, 19 Nov ini agar PN boleh kembali mentadbir negara untuk tempoh lima tahun.

“Lebih penting kerajaan yang dibentuk menerusi sokongan rakyat adalah kerajaan yang prihatin dan dapat pikul satu tugas beban yang besar. Persoalannya siapa parti yang dapat pikul amanah itu, jawapannya tidak lain tidak bukan iaitu PN. 

“Bukan nak masuk bakul angkat sendiri, malah ini bukan juga hanya perkataan tetapi tindakan secara berkesan kita telah buktikan untuk bela rakyat,” katanya.

Sumber : BERNAMA 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kenyataan ekonomi terjejas akibat gerakan boikot tidak tepat — Pengerusi BDS Malaysia

Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail.
  • Pengerusi BDS Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata kenyataan itu tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain serta peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.
  • Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.
  • Katanya, terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.
  • “Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

KUALA LUMPUR — Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Pengerusinya, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata ia tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain.

Selain itu, peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.

“Bukan susah untuk kutuk kezaliman Israel. Saya pun hairan kenapa ada syarikat yang masih enggan lakukan benda yang baik ini.

“Jika mereka kutuk kezaliman Israel secara jelas dan terbuka, saya yakin pengguna akan pergi balik ke kedai mereka,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP turut memuat naik tangkap layar artikel berita Cina bertajuk, ‘Gelombang boikot menyebabkan pekerja KFC dipotong gaji, pendapatan bulanan pasangan RM600 untuk menyara 3 anak’.

Foto: Tangkap layar ciapan Nga Kor Ming.

Mengulas lanjut, Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.

Malah, katanya terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.

“Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel. 

“Keluar dari Israel. Atau keluarkan kenyataan mengutuk kezaliman Israel di Gaza,” kata pengerusi BDS Malaysia. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending