Connect with us

Terkini

PH janji hapus tol, cukuplah 22 bulan rakyat kena tipu – Sayap UMNO

Pemuda Umno menyifatkan Pakatan Harapan (PH) sebagai sebuah gabungan parti politik tidak serik membuat janji termasuk menghapuskan tol jika memenangi PRU15.

Wartawan TMT

Published

on

PH janji hapus tol, cukuplah 22 bulan rakyat kena tipu - Sayap UMNO
Foto: Dari kiri, Lim Guan Eng dan Asyraf Wajdi Dusuki.
  • Pemuda Umno menyifatkan PH sebagai gabungan parti politik tidak serik buat janji termasuk menghapuskan tol jika memenangi PRU15.
  • “Hebat, janji terbaharu PH datang lagi. Janji Lim Guan Eng, jika PH menang tol PLUS akan dihapuskan, nampaknya tidak serik-serik PH tabur janji baharu untuk rakyat sempena PRU15. Siapa percaya angkat tangan,” kata Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki.
  • Asyraf Wajdi bagaimanapun percaya rakyat tidak akan termakan janji kitar semula PH pada pilihan raya umum kali ini.
  • Ketua Puteri Umno, Zahida Zarik Khan berkata pihaknya tidak terkejut tindakan PH yang disifatkan ulangi skrip dan penipuan sama digunakan semasa pilihan raya menjelang PRU15.

PETALING JAYA –  Pemuda Umno menyifatkan Pakatan Harapan (PH) sebagai sebuah gabungan parti politik tidak serik membuat janji termasuk menghapuskan tol jika memenangi PRU15.

Ketua Pemudanya, Asyraf Wajdi Dusuki bagaimanapun percaya rakyat tidak akan termakan dengan janji kitar semula PH pada pilihan raya umum kali ini.

“Pengerusi DAP Lim Guan Eng berjanji tol di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) akan dimansuhkan jika PH memenangi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dan membentuk kerajaan persekutuan seterusnya.

“Hebat, janji terbaharu PH datang lagi. Janji Lim Guan Eng, jika PH menang tol PLUS akan dihapuskan, nampaknya tidak serik-serik lagi PH mahu menabur janji baharu untuk rakyat sempena PRU15. Siapa percaya angkat tangan,” katanya di Facebook.

Sementara itu, Ketua Puteri Umno Zahida Zarik Khan berkata pihaknya tidak terkejut dengan tindakan PH yang disifatkan mengulangi skrip dan penipuan sama digunakan semasa pilihan raya menjelang PRU15.

“Tak mustahil selepas ni mereka akan ulang janji hapuskan hutang PTPTN, hapus cukai itu, hapus cukai ini dan segala harapan palsu untuk perbodohkan rakyat.

“Rakyat dah serik 22 bulan kena tipu dengan PH, mereka sahaja yang masih tak serik-serik untuk menipu dan terus menipu. Jadi selepas ini jika ada dengar apa-apa lagi janji mereka, cukup lah sekadar dengar, tapi percaya jangan sekali,” katanya.

Terdahulu, Lim berjanji tol di Lebuh Raya Utara Selatan akan dimansuhkan jika PH memenangi PRU15 dan membentuk kerajaan persekutuan seterusnya.

Memetik laporan China Press, Lim berkata, ketika menerajui kerajaan selama 22 bulan, PH telah berjaya mengurangkan bayaran tol sebanyak 18 peratus.

Menurut bekas menteri kewangan itu, PH boleh menghapuskan tol lebuh raya itu jika diberikan tempoh mentadbir selama lima tahun.

Sumber : Free Malaysia Today

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending