Connect with us

Antarabangsa

Pertubuhan Pastor Kristian di India gesa 30 mubaligh dipenjara kerana tuduhan palsu dibebaskan

Setiausaha Agung Pertubuhan Pastor (paderi) Kristian di Uttar Pradesh, India menggesa pihak berkuasa membebaskan 30 pastor Kristian yang dipenjarakan atas dakwaan palsu kes penukaran agama.

Wartawan TMT

Published

on

Pertubuhan Pastor Kristian di India gesa 30 mubaligh dipenjara kerana tuduhan palsu dibebaskan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • 30 pastor (paderi) Kristian dipenjarakan atas dakwaan palsu kes penukaran agama.
  • Setiausaha Agung Persatuan Pastor Kristian di Uttar Pradesh, Pastor Jitendra Singh menuntut pembebasan paderi-paderi itu.
  • “Kami mahukan keadilan untuk paderi yang telah menjadi mangsa penganiayaan nasionalis Hindu,” – Pastor Singh
  • Penganut Kristian menjadi sasaran nasionalis Hindu sejak undang-undang anti-penukaran diluluskan Parti Bharatiya Janata (BJP) pada Februari 2021

Setiausaha Agung Pertubuhan Pastor (paderi) Kristian di Uttar Pradesh, India menggesa pihak berkuasa membebaskan 30 pastor Kristian yang dipenjarakan atas dakwaan palsu kes penukaran agama.

Uttar Pradesh mempunyai 200 juta penduduk, menjadikannya bandar dengan populasi tertinggi di India, di mana komuniti Kristian di bandar itu mewakili 0.18 peratus daripada populasi penduduk.

Memetik laporan Hindutva Watch, Setiausaha Agung Persatuan Pastor Uttar Pradesh, Pastor Jitendra Singh mendakwa kesemua pastor yang dipenjarakan didakwa dengan tuduhan palsu penukaran agama.

Laporan itu mendedahkan Parti Bharatiya Janata (BJP) yang pro-Hindu meluluskan undang-undang anti-penukaran pada Februari 2021. 

Undang-undang itu menyebut perbuatan mengajak orang ramai untuk menukar agama adalah satu jenayah.

“Kami mahukan keadilan untuk pastor yang telah menjadi mangsa penganiayaan nasionalis Hindu,” kata Pastor Singh dipetik UCA News pada 7 November lalu.

Singh juga merupakan Pastor Serantau bagi New India Church of God selain menjadi Setiausaha Agung Persatuan Pastor Uttar Pradesh.

Persatuan Pastor Kristian merayu kepada Pesuruhjaya Polis Kanpur, Bhagirath P. Jogdand.

Kumpulan itu meminta pesuruhjaya untuk campur tangan bagi pihak mubaligh Kristian yang dipenjarakan. 

Mereka juga menggesa ketua polis untuk melindungi pastor daripada sebarang bentuk penganiayaan dan gangguan semasa di penjara.

Kumpulan itu juga meminta Jogdand untuk melindungi masyarakat Kristian dan rumah ibadat mereka.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya Jogdand memberitahu kumpulan itu bahawa beliau mengambil maklum akan rayuan mereka.

Media melaporkan pelbagai tindakan penganiayaan dilakukan terhadap penganut Kristian di India.

Dalam kenyataan mereka, paderi Kristian menyebut bagaimana kumpulan dan individu nasionalis Hindu yang bermati-matian mengganggu aktiviti ibadah orang Kristian. 

Mereka turut memecah masuk Gereja Kristian, mencuri harta benda gereja serta memusnahkan naskah-naskah kitab Injil.

Selain itu, biarawati dan pastor/paderi Kristian turut diserang kumpulan anti-Kristian. Mereka dan penganut lain menjadi sasaran kumpulan nasionalis Hindu sejak undang-undang anti-penukaran agama diluluskan.

Sumber: Hindutva Watch

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Ibu kota Belgium haramkan pembelian produk Israel

Majlis Bandaraya Brussels di Belgium meluluskan usul untuk menghentikan perolehan awam produk dari penempatan haram Israel di wilayah Palestin diduduki.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Majlis Bandaraya Brussels di Belgium meluluskan usul untuk menghentikan perolehan awam produk dari penempatan haram Israel di wilayah Palestin diduduki.
  • Usul dibawa Ahli Majlis Bandaraya Brussels, Benoit Hellings itu sebulat suara diterima pakai dalam satu undian pada lewat Isnin, lapor agensi berita Anadolu.
  • Usul itu meminta pihak berkuasa tempatan memastikan pembeliannya tidak memberi manfaat kepada syarikat yang operasinya tidak menghormati undang-undang antarabangsa, hak asasi manusia atau undang-undang alam sekitar.

Majlis Bandaraya Brussels di Belgium meluluskan usul untuk menghentikan perolehan awam produk dari penempatan haram Israel di wilayah Palestin diduduki.

Usul dibawa Ahli Majlis Bandaraya Brussels, Benoit Hellings itu sebulat suara diterima pakai dalam satu undian pada lewat Isnin, lapor agensi berita Anadolu.

Usul itu meminta pihak berkuasa tempatan memastikan pembeliannya tidak memberi manfaat kepada syarikat yang operasinya tidak menghormati undang-undang antarabangsa, hak asasi manusia atau undang-undang alam sekitar.

Kesatuan Eropah (EU) pada 2015 mengeluarkan garis panduan baharu untuk pelabelan produk dari penempatan haram Israel di wilayah Palestin yang diduduki.

Di bawah undang-undang antarabangsa, semua penempatan Yahudi di wilayah Palestin yang diduduki dianggap sebagai penempatan tidak sah. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending