Antarabangsa
Kumpulan Hindutva paksa lelaki penghantar makanan tanggalkan pakaian Santa
![](https://cdn.themerdekatimes.com/wp-content/uploads/2024/12/Kumpulan-Hindutva-paksa-lelaki-penghantar-makanan-tanggalkan-pakaian-Santa-01.jpg)
- Video tular di platform media sosial menunjukkan seorang ejen penghantaran makanan di Indore, Madhya Pradesh, India, dihentikan sekumpulan pelampau Hindu dan memaksa menanggalkan pakaian Santa Clausnya semasa dia keluar untuk menghantar pesanan pada Krismas.
- Maktoob Media pada Khamis melaporkan ahli kumpulan Hindu Jagran Manch menyimpan pakaian itu dan membiarkan ejen itu pergi selepas dia melaungkan “Jai Shree Ram” (Hiduplah tuhan Rama).
- “Adakah anda pernah pergi ke rumah orang berpakaian seperti Lord Ram pada Diwali?,” kumpulan itu bertanya kepada ejen lelaki itu.
- Ejen itu, dikenali sebagai Arjun, berkata aplikasi penghantaran Zomato mewajibkan kod pakaian perayaan, yang memerlukan kakitangan penghantaran menghantar swafoto sebagai bukti pematuhan.
Video tular di platform media sosial menunjukkan seorang ejen penghantaran makanan di Indore, Madhya Pradesh, India, dihentikan sekumpulan pelampau Hindu dan memaksa menanggalkan pakaian Santa Clausnya semasa dia keluar untuk menghantar pesanan pada Krismas.
Maktoob Media pada Khamis melaporkan ahli kumpulan Hindu Jagran Manch menyimpan pakaian itu dan membiarkan ejen itu pergi selepas dia melaungkan “Jai Shree Ram” (Hiduplah tuhan Rama).
“Adakah anda pernah pergi ke rumah orang berpakaian seperti Lord Ram pada Diwali?,” kumpulan itu bertanya kepada ejen lelaki itu.
Ejen itu, dikenali sebagai Arjun, berkata aplikasi penghantaran Zomato mewajibkan kod pakaian perayaan, yang memerlukan kakitangan penghantaran menghantar swafoto sebagai bukti pematuhan.
Lelaki itu berkata ketidakpatuhan boleh menyebabkan pemotongan gaji atau penyekatan ID.
“Kami beragama Hindu. Apakah mesej yang kita berikan kepada kanak-kanak? Adakah perlu untuk menyampaikan mesej hanya dengan berpakaian seperti Santa Claus? Jika anda benar-benar mahu menghantar mesej, berpakaian seperti Bhagat Singh atau Chandrashekhar Azad’” kata konvenor daerah Hindu Jagran Manch, Sumit Hardia kepada ejen lelaki itu.
Kesatuan Pekerja Platform dan Gig Telangana menyatakan kebimbangan mendalam terhadap insiden itu dan menggesa Ketua Pegawai Eksekutif Zomato, Deepinder Goyal, mengambil perhatian tentang insiden ini dan memberi keutamaan menangani cabaran dihadapi pekerja penghantaran.
“Walaupun kempen perayaan boleh mempunyai nilai pemasaran, ia tidak sepatutnya melibatkan maruah, keselamatan atau keselesaan pekerja. Adalah penting untuk memahami kesukaran dihadapi pekerja penghantaran, dan berusaha ke arah mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dan menghormati mereka,” kata kenyataan itu. – The Merdeka Times
![](https://cdn.themerdekatimes.com/wp-content/uploads/2022/10/tmt-new-logo-black.png)