Connect with us

Antarabangsa

Pengetua sekolah ideologi Hindutva rogol pelajar

Seorang pengetua sekolah dikendalikan organisasi Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS) merogol seorang pelajar sekolah dengan alasan membantunya dalam pelajaran di daerah Kaushambi di Uttar Pradesh, India, kata polis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pengetua sekolah yang merogol seorang pelajar sekolah di Uttar Pradesh, India.
  • Seorang pengetua sekolah dikendalikan organisasi Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS) merogol seorang pelajar sekolah dengan alasan membantunya dalam pelajaran di daerah Kaushambi di Uttar Pradesh, India, kata polis.
  • Selepas terbongkarnya perbuatan tertuduh menerusi video lucah, polis mendaftarkan kes itu dan mula mencari tertuduh, mengerahkan beberapa pasukan untuk menangkapnya.
  • Pengetua terbabit, DK Mishra, dilaporkan rapat dengan keluarga gadis miskin itu dengan alasan untuk membantunya dan keluarganya.
  • Tertuduh juga dilapor mengeksploitasi pelajar perempuan malang itu secara seksual untuk masa yang lama, menurut pegawai itu.

Seorang pengetua sekolah dikendalikan organisasi Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS) merogol seorang pelajar sekolah dengan alasan membantunya dalam pelajaran di daerah Kaushambi di Uttar Pradesh, India, kata polis.

Selepas terbongkarnya perbuatan tertuduh menerusi video lucah, polis mendaftarkan kes itu dan mula mencari tertuduh, mengerahkan beberapa pasukan untuk menangkapnya.

Seorang pegawai polis berkata pengetua terbabit, DK Mishra, rapat dengan keluarga gadis miskin itu dengan alasan untuk membantunya dan keluarganya.

Dengan tabiat tertuduh sering melawat keluarganya, dia didakwa merogol gadis itu di sekolah dengan alasan membantunya, kata seorang pegawai.

Tertuduh juga dilaporkan mengeksploitasi pelajar perempuan malang itu secara seksual untuk masa yang lama.

“Tertuduh melarikan diri walaupun beberapa pasukan telah dibentuk untuk menahannya.

“Polis sedang menyiasat keseluruhan kes ini. Dia akan ditangkap tidak lama lagi,” kata Ketua Polis Daerah Sirathu, Avdhesh Vishwakarma dipetik ETV Bharat.

Difahamkan, pengetua terbabit pernah didakwa merogol pelajar bawah umur sehingga menyebabkan dia dipukul penduduk kampung. 

RSS disifatkan sebagai kumpulan pelampau Hindu (Hindutva) di India. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Louisiana negeri AS pertama wajibkan paparan Sepuluh Perintah Tuhan di kelas awam

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gabenor Republikan, Jeff Landry.

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Undang-undang ditandatangani Gabenor Republikan Jeff Landry pada Rabu itu mewajibkan paparan bersaiz poster tertulis butiran Sepuluh Perintah Tuhan menggunakan “tulisan besar dan mudah dibaca” di semua kelas awam, dari tadika sehingga ke universiti yang dibiayai kerajaan negeri.

Pembangkang mempersoalkan keabsahan undang-undang sedemikian dan berikrar untuk mencabarnya di mahkamah. 

Penyokong pula berkata langkah itu bukan semata-mata bersifat keagamaan, tetapi juga mempunyai kepentingan sejarah. 

Dalam bahasa undang-undang, Sepuluh Perintah Tuhan adalah “dokumen asas bagi kerajaan negeri dan negara kita.”

Poster-poster tersebut akan disertakan bersama empat perenggan “penjelasan konteks” menerangkan bagaimana Sepuluh Perintah Tuhan menjadi “bahagian penting dalam pendidikan awam Amerika selama hampir tiga abad,” yang mesti lengkap dipasang di bilik darjah menjelang awal 2025.

Di bawah undang-undang ini, dana negeri tidak akan digunakan bagi melaksanakan mandat tersebut tetapi poster-poster terbabit akan dibiayai melalui sumbangan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending