Connect with us

Terkini

Lando letak tiga syarat jadi calon PRU15, hanya Pejuang setuju

Pengasas Ikatan Silaturahim Brotherhood, Azlan Sani Zawawi mendedahkan hanya Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang menerima tiga syaratnya untuk menjadi calon bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

Wartawan TMT

Published

on

Lando letak tiga syarat jadi calon PRU15, hanya Pejuang setuju
Foto: Pengasas Ikatan Silaturahim Brotherhood, Azlan Sani Zawawi.
  • Azlan Sani Zawawi atau Lando meletakkan tiga syarat untuk menjadi calon bertanding pada PRU15.
  • Antaranya, tidak mendaftarkannya sebagai ahli politik, hukuman mati bagi kesalahan rasuah melebihi RM100,000 dan penubuhan jawatankuasa khas bersama semua calon bertanding.
  • “Bukan tiada parti lain, tapi ada sebuah parti itu terkejut bila mendengar syarat kedua saya kerana pemimpinnya (didakwa) ambil rasuah.  
  • Katanya, parti Pejuang sahaja yang menerimanya kerana parti-parti lain tidak sanggup.

SHAH ALAM – Pengasas Ikatan Silaturahim Brotherhood, Azlan Sani Zawawi mendedahkan hanya Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang menerima tiga syaratnya untuk menjadi calon bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan nama Lando Zawawi itu berkata, satu daripada syarat ditetapkan adalah dia tidak akan mendaftar sebagai ahli parti politik. 

Kedua, beliau juga memaklumkan sekiranya parti tersebut membentuk kerajaan, sebarang kesalahan rasuah melibatkan jumlah melebihi RM100,000 perlu dijatuhi hukuman mati. 

“Rasuah di Malaysia berada dalam keadaan kritikal dan kita mahukan hukuman yang lebih berat.

“Malaysia terpaksa melaksanakan hukuman begini untuk menakutkan golongan terbabit supaya mereka tidak terjerumus dalam gejala tersebut,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis. 

Ujarnya, sekiranya berjaya memenangi kerusi Parlimen Tanjong Karang, beliau ingin menjemput semua calon bertanding dengannya untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas. 

Beliau berkata, ia bertujuan bagi mengumpulkan idea bersama-sama untuk majukan kawasan tersebut.

“Bukan tiada parti lain, tapi ada sebuah parti itu terkejut bila mendengar syarat kedua saya kerana pemimpinnya (didakwa) ambil rasuah.  

“Jadi parti-parti lain tidak sanggup, hanya Pejuang sahaja yang boleh menerima saya. 

“Jika kalah sekalipun, saya akan terus bersama dengan penyandang kerusi tersebut untuk bantu naikkan Tanjong Karang bersama-sama. Niat kami untuk membantu, bukan nak kuasa,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Media jangan timbul persepsi, kaitkan tindakan keganasan dengan agama pelaku – Pendakwah

Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz (kiri) & Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung (kanan).
  • Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.
  • Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.
  • Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.
  • “Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 
  • “Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
  • Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.
  • Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

KUALA LUMPUR — Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.

Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.

“Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 

“Dia pasti tidak akan memalukan diri sendiri mendedah aurat atau mencederakan orang lain.

“Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Semalam, media melaporkan suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Ahad merupakan seorang hafiz al-Quran dan pernah mengikuti pengajian di sebuah pondok di Repek, Pasir Mas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan sebagai berkata hasil ujian dilakukan pada Isnin mendapati suspek berusia 38 tahun itu fasih dengan ayat-ayat al-Quran dan sebagainya.

Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.

Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

Seriously saya tak nampak. Andai mesej ingin disampaikan ialah sebagai seorang penghafal Quran dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian, semua Muslim tidak seharusnya melakukan apa yang telah dilakukannya.

“Jikalau ini adalah amalan biasa, harap selepas ini mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh juga ditulis masjid, gereja, tokong, kuil dan kelayakan agama pelaku untuk lebih saksama,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini, semalam. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending