Connect with us

Terkini

Kempen guna aset parti, bukan aset kerajaan negeri – Ketua Menteri Melaka

Melaka tidak membenarkan mana-mana parti politik menggunakan aset atau fasiliti kerajaan termasuk dewan, bagi tujuan berkempen untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Wartawan TMT

Published

on

Kempen guna aset parti, bukan aset kerajaan negeri - Ketua Menteri Melaka
Foto: Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
  • Melaka tidak membenarkan mana-mana parti politik menggunakan aset atau fasiliti kerajaan termasuk dewan, bagi tujuan berkempen. – PRU15
  • ‘Bagi memastikan tiada penyalahgunaan berlaku, kerosakan pada aset atau fasiliti dan memastikan keadilan bagi semua pihak terlibat’. – Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri
  • Mengikut tradisi dan akta sedia ada semua parti politik tidak dibenarkan guna aset kerajaan sepanjang tempoh PRU15 termasuk pemasangan bendera poster.
  • Setiap aktiviti kempen politik bagi PRU15 dilakukan di kawasan terbuka jika dibenarkan pemilik atau pihak terlibat.

ALOR GAJAH – Melaka tidak membenarkan mana-mana parti politik menggunakan aset atau fasiliti kerajaan termasuk dewan, bagi tujuan berkempen untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, ia bagi memastikan tiada penyalahgunaan berlaku dalam kalangan parti politik, di samping mengelak berlaku kerosakan pada aset atau fasiliti itu, dan memastikan keadilan bagi semua pihak terlibat.

“Mengikut kepada tradisi dan akta sedia ada semua parti politik tidak dibenarkan guna aset kerajaan sepanjang tempoh PRU15, dan saya sendiri pun sebagai kerajaan negeri sedia ada, tidak akan menggunakan aset berkenaan untuk berkempen.

“Pasang bendera, poster dan sebagainya juga kita telah maklumkan tidak boleh gunakan sumber atau harta kerajaan,” katanya kepadanya pemberita selepas Lawatan Pemantauan Projek Negeri bagi Pembinaan Dewan Terbuka Kampung Orang Asli Bukit Payung di sini pada Khamis.

Mengulas keputusan kerajaan Negeri Sembilan membenarkan parti politik menggunakan dewan di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi kegunaan berkempen pada PRU15, Sulaiman berkata, ia adalah hak negeri berkenaan.

Beliau berkata, aktiviti kempen politik bagi PRU15 boleh dilakukan di kawasan terbuka jika dibenarkan pemilik atau pihak terlibat.

Sementara itu Sulaiman berkata, 91 peratus daripada keseluruhan manifesto atau Aku Janji Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) telah dilaksanakan dalam tempoh kira-kira setahun selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka November tahun lepas.

Beliau berkata, ia termasuk pelaksanaan pelbagai projek di Parlimen Masjid Tanah khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning, bagi membuktikan keprihatinan kerajaan negeri terhadap rakyat di kawasan berkenaan.

Menurutnya kerajaan Melaka membelanjakan RM23.09 juta bagi melaksanakan 318 projek tahun lepas dan berjaya dilaksanakan oleh jabatan serta agensi kerajaan negeri dan Persekutuan.

Sulaiman berkata 183 projek telah dilaksanakan di Parlimen Masjid Tanah dan 36 projek di DUN Taboh Naning melibatkan nilai RM3.29 juta, dan antara projek berkenaan ialah pembinaan Dewan Terbuka Kampung Orang Asli Bukit Payung bernilai RM300,000. 

Sumber : Sinar Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending