Connect with us

Terkini

Isi borang & buat semakan awal, calon disaran lancarkan proses PRU15

Bakal calon yang ingin bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N66 Bugaya disaran agar mengisi borang dan membuat semakan awal dengan pejabat pegawai pengurus atau pejabat pilihan raya negeri sebelum hari penamaan calon, Sabtu ini.

Wartawan TMT

Published

on

Isi borang & buat semakan awal, calon disaran lancarkan proses PRU15
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Bakal calon ingin bertanding disaran mengisi borang dan membuat semakan awal dengan pejabat pegawai pengurus atau pejabat pilihan negeri sebelum penamaan calon.
  • Calon perlu membuat pembayaran deposit lebih awal dan resit tersebut hendaklah dibawa pada hari penamaan calon sebagai bukti.
  • ‘Bertujuan untuk memastikan semua proses penamaan calon dapat diselesaikan lebih awal dan berjalan lancar.’ – Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak
  • Surat kebenaran menggunakan simbol parti yang diwakili semasa menyerahkan kertas penamaan calon harus dikemukakan.
  • SPR menyeru kepada semua calon dan parti politik sentiasa mematuhi undang-undang, peraturan, tata etika dan arahan SPR, polis dan PBT.

PUTRAJAYA – Bakal calon yang ingin bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N66 Bugaya disaran agar mengisi borang dan membuat semakan awal dengan pejabat pegawai pengurus atau pejabat pilihan raya negeri sebelum hari penamaan calon, Sabtu ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak menerusi kenyataan pada Selasa memaklumkan bakal calon juga disarankan untuk membuat pembayaran deposit lebih awal dan resit tersebut hendaklah dibawa pada hari penamaan calon sebagai bukti.

‘Ini bertujuan untuk memastikan semua proses penamaan calon dapat diselesaikan lebih awal dan berjalan lancar,” katanya.

Menurutnya, bakal calon yang mewakili parti politik diingatkan untuk mengemukakan surat kebenaran menggunakan simbol parti yang diwakili semasa menyerahkan kertas penamaan calon.

“Pada hari penamaan calon, hanya calon dan penyokong dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon (PPC),” katanya.

Beliau berkata, pada hari penamaan calon, kertas penamaan boleh diserahkan kepada pegawai pengurus di 222 PPC dari jam 9 hingga 10 pagi.

“Kertas penamaan boleh diserahkan oleh calon, pencadang dan penyokong atau mana-mana dua orang atau seorang daripada mereka,” katanya.

Ikmalrudin berkata, penggunaan semua jenis alat muzik ataupun pembesar suara bagi tujuan dakyah politik melalui apa-apa cara adalah tidak dibenarkan.

“Ia merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” katanya.

Ujarnya, orang awam serta penyokong yang mengiringi calon adalah dilarang menunggu atau berada dalam jarak 50 meter dari sempadan PPC yang telah ditetapkan.

“SPR menyeru kepada semua calon dan parti politik terlibat agar sentiasa mematuhi undang-undang, peraturan, tata etika dan arahan yang dikeluarkan oleh SPR, polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Kolumnis

Bukankah sambut hari raya Aidilfitri sehari sahaja, bukan sebulan?

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan musim perayaan yang sangat dinantikan dan dirai penuh kegembiraan di mana waktu ini digunakan untuk menziarahi ke rumah keluarga dan rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Selama sebulan juga, terutamanya masyarakat Melayu Muslim, rumah-rumah mereka akan ‘dibuka’ dengan menghidangkan pelbagai juadah dan rumah dihias cantik untuk menyambut tetamu yang datang.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah ‘Adakah tradisi ‘raya sebulan’ ini bertepatan dengan syariat Islam? Bukankah Islam hanya menganjurkan sehari sahaja dalam menyambut Aidilfitri, bukannya sebulan?’

Menariknya, persoalan ini telahpun dijawab menerusi artikel ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-684: Bolehkah Menyambut Hari Raya selama Sebulan Syawal’ dan ‘Al-Kafi #1296: Sambut Hari Raya Sebulan itu Bid’ah?’ di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel itu mengatakan sememangnya Hari Raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW ketika baginda tiba di Madinah, penduduk Madinah menyambut dua perayaan. Lalu Baginda SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” (Riwayat Ahmad, No. 12362)

Ini bermakna, hanya dua perayaan disyariatkan bagi umat Islam untuk dirayakan atas perintah Allah SWT.

Namun, apakah membezakan hari raya yang disyariatkan dengan hari-hari lain? Bezanya adalah pada amalan ibadat yang khusus diperintahkan untuk dilakukan pada hari tersebut.

Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri disyariatkan melakukan ibadah solat hari raya, menunaikan zakat fitrah dan takbir yang hanya berlaku pada satu Syawal. Bahkan, pada hari tersebut umat Islam diharamkan berpuasa.

Dan sesudah hari tersebut tidak disyariatkan dengan apa-apa amalan ibadat khusus. Tiada lagi ibadat seperti solat sunat, mandi sunat dan takbir hari raya.

Maka, amalan ziarah-menziarahi sanak saudara bukanlah satu amalan ibadat yang dikhususkan dalam perayaan Aidilfitri. Ia hanyalah suatu tradisi yang baik dan diharuskan dalam Islam.

Mengikut Pejabat Mufti WP, mana-mana adat tradisi yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak, maka hukum asalnya adalah harus. Dalam kaedah Fiqh disebutkan:

“Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)” (Al-Asyhbah wa al-Nazoir, ms. 60)

Bahkan tiada sesiapa pun mengikat amalan seperti ziarah-menziarahi, bermaafan, menjamu makan dan seumpamanya hanya mesti diadakan pada hari raya.

Ia sekadar tradisi diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.

Kesimpulannya, hari raya Aidilfitri yang disyariatkan sememangnya pada satu Syawal. Namun, tiada masalah untuk menyambut hari raya dengan melakukan ziarah-menziarahi sepanjang Syawal kerana ia merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam.

Malah, dalam satu hadis Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa cintanya Allah SWT kepada mereka yang menziarahi orang lain. Sabdanya

“Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: Ke manakah engkau mahu pergi? Jawab lelaki itu: Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini. Malaikat berkata: Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepadanya? Lelaki itu berkata: Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantar kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu.” (Riwayat Muslim, No. 6714) –The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Trending