Connect with us

Terkini

Insyallah, Anwar akan angkat sumpah jadi PM

Pengerusi PH Anwar Ibrahim berkata dia “secara berhati-hati optimis” pakatan yang diterajuinya akan membentuk kerajaan baru apabila melihat tahap keghairahan rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

Insyallah, Anwar akan angkat sumpah jadi PM
Foto: Pengerusi PH Anwar Ibrahim.
  • PH yakin dapat bentuk kerajaan seterusnya berdasarkan penilaian kajian dan sokongan yang bersemangat.
  • “BN dan PN ada strategi mereka, tetapi bagi kami BN dan PN sama kerana mereka amalkan sistem sama. Tiada ketelusan dan tadbir urus yang lemah dan lebih toleransi dalam rasuah dan saya tidak hairan mereka bekerjasama.”
  • “Kita dapat sokongan menggalakkan termasuk di Tambun, saya berdoa Insya Allah, kita dapat majoriti untuk bentuk kerajaan.” – Pengerusi PH Anwar Ibrahim

Pengerusi PH Anwar Ibrahim berkata dia “secara berhati-hati optimis” pakatan yang diterajuinya akan membentuk kerajaan baru apabila melihat tahap keghairahan rakyat.

Dia berkata PH yakin dapat membentuk kerajaan seterusnya berdasarkan penilaian kajian dan sokongan yang bersemangat.

Anwar menjelaskan dia tidak peduli dengan strategi BN dan PN untuk membentuk gabungan bagi membentuk parti baru jika mereka mempunyai majoriti mudah dan parlimen yang tergantung.

“(PH) yakin dapat membentuk kerajaan gabungan PH, keadaan kelihatan baik dan jika diizinkan Allah kamu (Anwar) akan angkat sumpah sebagai perdana menteri seterusnya,” kata Anwar.

Anwar berkata demikian selepas mengundi di SK Sri Penanti di Permatang Pauh di Pulau Pinang hari ini.

Dia tiba di pusat mengundi pada jam 9 pagi dan bersalaman dengan orang ramai di pintu pagar sekolah.

“BN dan PN ada strategi mereka, tetapi bagi kami BN dan PN adalah sama kerana mereka mengamalkan sistem yang sama. Tiada ketelusan dan tadbir urus yang lemah dan lebih toleransi dalam rasuah dan saya tidak hairan mereka bekerjasama,

“Kita mendapat sokongan yang menggalakkan termasuk di Tambun, saya berdoa Insya Allah, kita mendapat majoriti untuk membentuk kerajaan,” katanya.

Anwar berkata faktor cuaca buruk boleh menjadi halangan utama kerana sesetengah tempat menjangkakan hujan dan ribut petir.

“(Semoga ini) tidak akan menghalang orang ramai untuk keluar mengundi,” katanya.

Apabila ditanya adakah dia yakin akan ke Istana Negara untuk mengangkat sumpah sebagai perdana menteri, Anwar berkata “Insya-Allah, insya-Allah.”

“Saya optimis dengan berhati-hati berdasarkan bukti awal, tinjauan dan kepercayaan daripada orang ramai, yang berdoa untuk perubahan. Kita tidak boleh mengharapkan negara maju jika kita tidak menerima perubahan bermakna sebagai sebuah negara Malaysia yang bersatu,” katanya ketika ditanya jika dia akan menjawat kerusi perdana menteri.

“Saya berharap SPR akan menunjukkan prestasi yang telus dan profesional seperti yang mereka lakukan setakat ini,” katanya.

Sumber : Malaysia Kini

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Fahmi arah MCMC ambil tindakan, kesan individu ulang siar video lama

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata video tular di TikTok dimuat naik pemilik akaun @janggut.putih yang didakwa membuat fitnah terhadap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek merupakan rakaman pada tahun 2019.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
  • Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata video tular di TikTok dimuat naik pemilik akaun @janggut.putih yang didakwa membuat fitnah terhadap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek merupakan rakaman pada tahun 2019.
  • Fahmi yang juga Ketua Penerangan PKR mendakwa rakaman itu sengaja diulang siar kerana mahu menimbulkan rasa marah.
  • “Terima kasih. Ini video dari 2019, recycled (disiar semula) untuk sengaja timbulkan rasa marah. @MCMC_RASMI akan kesan suspek dan ambil tindakan,” katanya menerusi ruangan komen seorang pengguna media sosial di platform X @PejuangPH.

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata video tular di TikTok dimuat naik pemilik akaun @janggut.putih yang didakwa membuat fitnah terhadap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek merupakan rakaman pada tahun 2019.

Fahmi yang juga Ketua Penerangan PKR mendakwa rakaman itu sengaja diulang siar kerana mahu menimbulkan rasa marah.

“Terima kasih. Ini video dari 2019, recycled (disiar semula) untuk sengaja timbulkan rasa marah. @MCMC_RASMI akan kesan suspek dan ambil tindakan,” katanya menerusi ruangan komen seorang pengguna media sosial di platform X @PejuangPH.

Terdahulu @PejuangPH memuat naik tangkap layar memaparkan maklumat akaun @janggut.putih kerana didakwa membuat fitnah terhadap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

“@FadhlinaSiddiq, @fahmi_fadzil sediakan surat saman,” katanya.

Fahmi baru-baru ini mengarahkan laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terhadap satu hantaran media sosial kononnya berbilion wang royalti Kelantan dan Terengganu dimasukkan ke akaun parti itu.

Foto: Tangkap layar hantaran Fahmi Fadzil di Facebook.

Dakwaan itu dibuat penama ‘Sabrizan Salleh’ yang dimuat naik melalui Facebook Jabatan Netizen Negara (Official) pada Jumaat lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending