Connect with us

Terkini

Diva AA sah bertanding di Gombak lawan abang, Azmin Ali

Pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA mengesahkan bertanding atas tiket calon Bebas kerusi Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Wartawan TMT

Published

on

Diva AA sah bertanding di Gombak lawan abang, Azmin Ali
Foto: Dari kiri, Azmin Ali dan Azwan Ali.
  • Pengacara sensasi, Azwan Ali sahkan bertanding atas tiket calon Bebas kerusi Parlimen Gombak pada PRU15.
  • Beliau juga bakal menentang Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari yang mewakili PH. 
  • Keputusan bertanding PRU15 dibuat berikutan sokongan tanpa henti daripada banyak pihak.
  • Azwan menasihatkan Azmin, abangnya agar tidak lupa akan asal usulnya.
  • PRU14, Azwan hilang wang pertaruhan apabila sekadar beroleh 90 undi manakala Azmin meraih majoriti 25,512 undi bagi kerusi DUN Bukit Antarabangsa.

KUALA LUMPUR – Pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA mengesahkan bertanding atas tiket calon Bebas kerusi Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Azwan bakal berdepan abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang sebelum ini dilaporkan sedia mempertahankan kerusi Parlimen Gombak pada PRU15. 

Pengacara popular itu juga bakal menentang Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari yang mewakili Pakatan Harapan (PH). 

Azwan, 56, berkata, beliau akan hadir ke Pusat Penamaan Calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu, Gombak, esok.

“Iya, anda akan menerima jawapannya, esok, iaitu pada hari penamaan calon.

“Saya akan berada di SMK Sungai Pusu. Jadi, orang ramai boleh ikut lintas langsung yang saya buat melalui TikTok dan Instagram (IG) untuk mendapatkan jawapan,” katanya kepada BH Online.

Parlimen Gombak disandang Azmin, iaitu bekas Timbalan Presiden PKR yang meninggalkan PKR pada Februari 2020 bersama sembilan lagi Ahli Parlimen PKR, sekali gus menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) jatuh.

Ditanya perasaan melalui hari penamaan calon, esok, Azwan yang mencipta populariti ketika bersama TV3 pada era 1980-an, mengaku gementar.

“Saya gementar kerana kali terakhir saya nampak kelibat Azmin adalah pada PRU-14. Selepas sekian lama, esok pastinya saya akan sekali lagi bertembung dengan Azmin. 

“Inilah masa dinanti-nantikan ribuan rakyat dan penyokong. Ramai yang mahu melihat momen ini,” katanya.

Azwan berkata, keputusan untuk bertanding pada PRU15 dibuat berikutan sokongan tanpa henti daripada banyak pihak.

“Kali pertama saya bertanding adalah untuk kerusi DUN Bukit Antarabangsa pada PRU14. 

“Ketika itu, saya hanya terima 90 undi. Maknanya, saya kalah teruk dan sudah tentu kerusi itu dimenangi Azmin.

“Tetapi, ketika itu, Azmin mewakili PKR. Sekarang, dia bersama parti baharu. Apa-apa pun, pertembungan Azmin bersama Diva AA memang dinanti-nantikan.

“Jadi, saya mahu ucapkan terima kasih kepada setiap sokongan yang saya terima. 

“Saya hargai sokongan tanpa henti daripada orang ramai untuk saya menentang Azmin, terutamanya akhir-akhir ini,” katanya. 

Azwan berkata, andai tidak bernasib baik pada pada PRU15, beliau tidak kecil hati kerana mendapat sokongan ramai termasuk daripada Amiruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua dan Ketua Cabang PKR Gombak.

“Bukan soal menang atau kalah. Walaupun saya kalah pada PRU15, ia tidak menjadi beban, kehidupan saya tetap akan diteruskan. 

“Saya juga terima sokongan padu daripada seorang lagi calon yang begitu besar pengaruhnya, iaitu Menteri Besar Selangor.

“Beliau baharu saja menelefon saya sejam yang lalu untuk memberi sokongan kepada saya.

“Saya terharu dengan sokongan beliau. Sudah tentu saya menyokong calon PH ini. Saya tak tahu mengenai calon-calon ini bukan kerana benci, sebaliknya, fokus saya adalah dua nama besar ini iaitu Azmin dan Amiruddin. 

“Jadi, saya dan Amiruddin cukup berkobar-kobar dan tak sabar hendak bertemu, esok,” katanya. 

Sementara itu, Azwan menasihatkan Azmin agar tidak lupa akan asal usulnya.

“Hayatilah lirik lagu arwah Datuk Sharifah Aini, Terbang Helang. Lagu itu saya tujukan buat Azmin. 

“Dia boleh menang dan dia boleh terus terbang tinggi dengan labu-labunya, tapi ingat, suatu hari dia akan jatuh.

“Saya sebak sebab teringat arwah emak yang membesarkan kami. Saya tahu ramai yang tertanya-tanya mengenai punca keretakan hubungan kami, tapi tak mengapa teruslah berjuang. 

“Untuk Azmin, ingatlah asal usul kita,” katanya. 

Pada PRU14, Azwan hilang wang pertaruhan apabila sekadar beroleh 90 undi manakala Azmin meraih majoriti 25,512 undi bagi kerusi DUN Bukit Antarabangsa.

Sumber : Berita Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending