Connect with us

Terkini

Caprice bertanding di Gombak?

Desas desus mengatakan Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 34, dijangka bakal bertanding bagi kerusi parlimen Gombak dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Rasyidah Zulkifli

Published

on

Caprice bertanding di Gombak?
Foto: Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli.
  • Ariz Ramli, 34, atau lebih dikenali sebagai Caprice dikatakan bakal bertanding bagi kerusi parlimen Gombak pada PRU15, 19 November ini.
  • Warganet mencadangkan dia dicalonkan kerana ‘cakap serupa bikin’ selepas membelanjakan RM10,000 untuk memberikan minyak petrol percuma kepada rakyat Malaysia.
  • Bagaimanapun, ketika dihubungi The Merdeka Times, Caprice mengesahkan itu hanyalah khabar angin dan dia tidak akan bertanding pada PRU15.
  • “No, I was trolling, insya-ALLAH lima tahun dari sekarang kita akan masuk politik tapi bukan sekaranglah. Kita masih hendak belajar, masih hendak faham dunia politik ini. Mungkin dalam lima tahun lagi insya-ALLAH kalau ada peluang.

KUALA LUMPUR – Desas desus mengatakan Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 34, dijangka bakal bertanding bagi kerusi parlimen Gombak dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

Caprice sebelum ini tular membelanjakan wang sebanyak RM10,000 untuk memberikan minyak petrol percuma kepada rakyat Malaysia. 

Ramai yang berpusu-pusu datang ke Petronas Jalan Jelatek 2, Kuala Lumpur untuk mendapatkan minyak petrol percuma sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di seluruh kawasan Setiawangsa, Titiwangsa, KLCC, Keramat sehinggalah ke Ampang. 

Tindakannya itu mendapat pujian ramai dan sebilangan warganet memintanya melibatkan diri dalam dunia politik kerana ‘cakap serupa bikin’.

Untuk mengesahkan kebenaran pencalonannya sebagai bakal penyandang kerusi Gombak pada PRU15, The Merdeka Times telah menghubungi Caprice bagi mendapatkan kepastian.

“ALLAH. Mana ada (saya bertanding bagi kerusi Gombak) saya cuma bergurau. Caprice tak bertanding. 

“Ya ya khabar angin. Saya cuma bergurau. Waktu itu kan Caprice viral pasal isi minyak dekat Petronas Jelatek. 

“Jadi, ada ramai ikut berita Caprice, suruh buat isi minyak dekat Gombak, suruh kita bertanding,” katanya.

Sambungnya, bercadang untuk menyertai dunia politik dalam masa lima tahun akan datang jika diberikan peluang kepadanya.

“Kita kan suka ‘troll’ media sosial. Jadi, kita cakaplah ok lah kita bertanding dekat Gombak. Masa itu semua kecohlah, wow jomlah bertanding dekat Gombak lawan orang Gombak.

“No, I was trolling, insya-ALLAH lima tahun dari sekarang kita akan masuk politik tapi bukan sekaranglah. Kita masih hendak belajar, masih hendak faham dunia politik ini. Mungkin dalam lima tahun lagi insya-ALLAH kalau ada peluang. 

“Kita akan cubalah masuk dalam bidang itu bantu Malaysia bangkit, tapi PRU15, Caprice hanya sokong dari belakang sahaja,” katanya sebelum mengakhiri perbualan.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *