Connect with us

Terkini

BN dahulukan anak tempatan sebagai wakil parti

BN Perak memberi keutamaan kepada anak tempatan sebagai calon mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Wartawan TMT

Published

on

BN dahulukan anak tempatan sebagai wakil parti
Foto: Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad
  • BN Perak memberi keutamaan kepada anak tempatan sebagai calon mewakili parti. – PRU15
  • Anak tempatan terbukti mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di kawasan malah mampu berkhidmat  kalau berlaku banjir, ribut petir dan bencana alam. 
  • “BN tak ketandusan calon tetapi BN ada calon sendiri yang berkhidmat kepada masyarakat,” – Datuk Seri Saarani Mohamad, Pengerusi BN
  • BN masih meletakkan harapan tinggi kepada Orang Asli untuk mengundi BN sekali gus memenangkan calon parti itu.
  • Jangan setakat sokong tetapi keluarlah mengundi BN baru sokong.

SUNGAI SIPUT – BN Perak memberi keutamaan kepada anak tempatan sebagai calon mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, calon anak tempatan terbukti mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di kawasan.

Menurutnya, BN tidak seperti parti lain yang ketandusan calon tempatan sehingga terpaksa membawa masuk individu dari luar Perak sebagai calon mereka.

“BN memilih calon tempatan sebab dia ada di situ nak berkhidmat kalau berlaku banjir, ribut petir dan bencana alam. BN tak ketandusan calon. Calon yang tandus ini adalah Pakatan Harapan (PH). Sebab tak ada calon tempatan di Perak ini, dia letak orang luar.

“Tapi BN, kita ada calon sendiri sebab berkhidmat kepada masyarakat,” katanya kepada Sinar Harian selepas menghadiri Majlis Ramah Tok-Tok Batin Orang Asli Bersama YAB Menteri Besar Perak Tahun 2022 di Pusat Sehenti Bawong, di sini pada Isnin.

Hadir sama pada majlis itu, Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun.

Sementara itu, Saarani berkata, masyarakat Orang Asli akan terus kekal menjadi undi deposit tetap kepada BN bagi PRU15.

Menurutnya, BN masih meletakkan harapan tinggi kepada Orang Asli untuk mengundi BN sekali gus memenangkan calon parti itu.

“Sejarahnya memang BN yang menjaga kebajikan. Mereka (Orang Asli) pernah merasa kerajaan selain BN dan boleh membuat perbandingan bahawa BN sahaja yang menjaga kepentingan mereka. Kita telah wartakan tanah atas nama rizab Orang Asli.

“Cuma kepada mereka, saya ingatkan jangan setakat sokong tetapi kena keluar mengundi BN baru jadi sokongan,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Syarikat arak sumbang derma, Dong Jiao Zong mahu kerajaan berfikiran terbuka

Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong) meminta kerajaan berfikiran terbuka dalam menerima sumbangan sebarang syarikat, termasuk syarikat minuman keras untuk membantu perkembangan pendidikan.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Selagi syarikat terlibat menjalankan perniagaan sah dan (derma) tanpa sebarang syarat sampingan, masyarakat sepatutnya menyambut baik sumbangan sosial syarikat, membantu perkembangan sekolah vernakular.
  • “Kerajaan juga seharusnya bersikap terbuka serta menggalakkan syarikat untuk berbakti kepada masyarakat,” kata Dong Jiao Zong menerusi kenyataan berbahasa Mandarin disiarkan di laman webnya pada Isnin.
  • Difahamkan, Dong Jiao Zong berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar yang sebelum ini mengkritik konsert amal dianjurkan di SJK (C) Tche Min di Sungai Pelek, Sepang kerana dicemari dengan penajaan syarikat gergasi minuman keras yang didakwa beliau secara terang-terangan sedang menormalisasi arak di sekolah. 
  • KPM juga mengambil perhatian serius isu berkenaan penganjuran program amal itu dan mengatakan siasatan lanjut sedang dijalankan pihaknya.
  • “Kami berpendapat Kementerian Pendidikan perlu memberikan penjelasan yang jelas mengenai perkara ini bagi mengelakkan halangan kepada pengumpulan dana sekolah rendah Cina,” kata Dong Jiao Zong.

KUALA LUMPUR — Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong) meminta kerajaan berfikiran terbuka dalam menerima sumbangan sebarang syarikat, termasuk syarikat minuman keras untuk membantu perkembangan pendidikan.

Dong Jiao Zong berkata selagi syarikat terbabit menjalankan perniagaan sah dan menyalurkan sumbangan atau derma tanpa sebarang syarat sampingan, masyarakat sepatutnya menyambut baik sumbangan sosial syarikat itu dan membantu perkembangan sekolah vernakular.

“Sokongan masyarakat terhadap perkembangan pendidikan dan syarikat memainkan tanggungjawab sosial mereka akan menjadikan pengumpulan sumber lebih efektif. 

“Selagi syarikat terlibat menjalankan perniagaan sah dan (derma) tanpa sebarang syarat sampingan, masyarakat sepatutnya menyambut baik sumbangan sosial syarikat, membantu perkembangan sekolah vernakular.

“Kerajaan juga seharusnya bersikap terbuka serta menggalakkan syarikat untuk berbakti kepada masyarakat,” kata Dong Jiao Zong menerusi kenyataan berbahasa Mandarin disiarkan di laman webnya pada Isnin.

Difahamkan, Dong Jiao Zong berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar yang sebelum ini mengkritik konsert amal dianjurkan di SJK (C) Tche Min di Sungai Pelek, Sepang kerana dicemari dengan penajaan syarikat gergasi minuman keras yang didakwa beliau secara terang-terangan sedang menormalisasi arak di sekolah.

Foto: Tangkap layar hantaran Ketua Pemuda PAS Selangor di Facebooknya.

Isu itu juga mendapat perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menjelaskan sumbangan melibatkan hasil aktiviti perjudian, rokok, dadah, minuman keras dan seumpamanya yang boleh menjejaskan perkembangan potensi murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani adalah dilarang.

KPM berkata larangan itu adalah berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 2018, justeru pentadbir di institusi pendidikan KPM diingatkan supaya mematuhi garis panduan sedia ada berkaitan penganjuran program dan penerimaan sumbangan.

KPM juga mengambil perhatian serius isu berkenaan penganjuran program amal itu dan mengatakan siasatan lanjut sedang dijalankan pihaknya.

Mengulas kenyataan KPM, Dong Jiao Zong mengingatkan pihak berkuasa untuk mengekalkan penilaian profesional dan rasional serta tidak terpengaruh dengan bahasa politik. 

“Kami berpendapat Kementerian Pendidikan perlu memberikan penjelasan yang jelas mengenai perkara ini bagi mengelakkan halangan kepada pengumpulan dana sekolah rendah Cina.

“Perlu diketahui, sekolah Cina telah lama menghadapi masalah seperti bangunan yang uzur, kekurangan infrastruktur dan dana yang tidak mencukupi. 

“Selama 30 tahun lalu, syarikat alkohol TIGER bersama-sama individu prihatin telah aktif mengumpul dana untuk sekolah Cina, dengan berjaya mengumpul ratusan juta ringgit untuk beratus-ratus sekolah Cina di seluruh negara. 

“Sumbangan ini yang menguntungkan ramai pelajar sepatutnya dipuji, namun kini telah diputarbelitkan dengan tujuan mencetuskan konflik perkauman, merosakkan keharmonian masyarakat,” kata kumpulan pendidikan Cina itu. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending