Terkini
‘Azmin mesti diterajang keluar dari Gombak’ – Anwar
Presiden PKR Anwar Ibrahim sekali lagi menggesa pengundi di Gombak agar “mencampak” bekas timbalannya, Azmin Ali dari kerusi Parlimen itu, yang dipegangnya sejak 2008.
- Presiden PKR, Anwar Ibrahim menggesa pengundi di Gombak agar “mencampak” Azmin Ali dari kerusi parlimen itu supaya kalah teruk dalam PRU15.
- “Saya chief (PH) dan saya cakap yang khianat mesti diterajang keluar dari Gombak. Tapi kita akan campak Azmin Ali dari Gombak. Biar ia jadi pengajaran kepada anak-anak Melayu di masa akan datang, jangan terima orang khianat amanah,” kata Anwar.
- Pada 2020, Azmin dan sembilan ahli parlimen PKR meninggalkan PH sebelum menyertai Bersatu yang membentuk kerajaan baru pimpinan Muhyiddin Yassin.
- Sementara itu, Azmin menyifatkan Anwar sebagai “bapa pengkhianat” susulan peranannya dalam PRK Kajang bertujuan mencatur Anwar sebagai menteri besar Selangor manakala PRK Port Dickson untuk mencapai cita-cita menjadi perdana menteri.
- Anwar juga merayu agar diberikan peluang kepada PH untuk membawa perubahan agar dapat menyelamatkan negara.
Presiden PKR Anwar Ibrahim sekali lagi menggesa pengundi di Gombak agar “mencampak” bekas timbalannya, Azmin Ali dari kerusi Parlimen itu, yang dipegangnya sejak 2008.
Berucap di depan kira-kira 5,000 hadirin di ceramah mega PH di Gombak malam tadi, Anwar berkata dia ingin melihat Azmin, yang digelarnya sebagai “pengkhianat”, kalah teruk dalam PRU15 agar menjadi pengajaran di masa akan datang.
“Saya chief (PH) dan saya cakap yang khianat mesti diterajang keluar dari Gombak.”
Anwar juga membangkitkan kisah “Si Kitol” iaitu watak yang dikaitkan dengan kejatuhan kesultanan Melayu Melaka di tangan Portugis pada abad ke-16.
“Si Kitol disula sampai mati. Saya (hanya) bagi contoh sejarah, sebab sejarah Melayu ajar kita supaya jangan khianat. Saya tanya seorang Cina kalau khianat apa jadi? (Jawapannya) dipancung sampai mati.
“Kita (tentunya) tak akan sula, bakar rumah. Tapi kita akan campak Azmin Ali dari Gombak. Biar ia jadi pengajaran kepada anak-anak Melayu di masa akan datang, jangan terima orang khianat amanah,” katanya lagi.
Pada 2020, Azmin dan sembilan ahli parlimen PKR meninggalkan parti itu di tengah-tengah kejatuhan pentadbiran PH.
Kebanyakannya menyertai Bersatu yang membentuk kerajaan baru pimpinan Muhyiddin Yassin.
‘Langkah Sheraton bukan khianat’
Antara naratif kempen Azmin pada PRU15 adalah menyatakan Langkah Sheraton bukan pengkhianatan terhadap mandat rakyat.
Menyasarkan Anwar, Azmin menyifatkan bekas ketuanya itu sebagai “bapa pengkhianat” susulan peranannya dalam PRK Kajang pada 2014 dan PRK Port Dickson pada 2018.
Azmin mendakwa PRK Kajang bertujuan mencatur Anwar sebagai menteri besar Selangor manakala PRK Port Dickson untuk mencapai cita-cita menjadi perdana menteri.
Bertujuan mencatur Anwar sebagai menteri besar Selangor pada 2014 dan “Langkah Port Dickson” untuk mencapai cita-cita presiden PKR itu menjadi perdana menteri.
Sementara itu, Anwar juga berkata dia tidak yakin Ismail akan mengurangkan jumlah menteri jika kembali sebagai perdana menteri selepas ini.
Dia juga mempersoalkan kemampuan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin untuk memimpin negara.
“Dia cakap dia perdana menteri terbaik. Dia dan (menteri kesihatan sementara) Khairy Jamaluddin buat dasar (berkenaan Covid-19). Sampai sekarang berapa yang meninggal dunia, berapa kos vaksin? “Mana tender, syarikat siapa yang dapat (orang ramai) tak tahu.
“Saya rayu, tolong selamatkan negara. Bagi peluang kepada kita untuk sedaya upaya membawa perubahan,” katanya lagi.
Sumber: Malaysiakini
Antarabangsa
NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
- Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
- Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
- Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.
Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear.
Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times