Connect with us

Terkini

Azmin diramal tewas di Gombak – Kajian IDE

Kajian Institut Darul Ehsan (IDE) meramalkan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang sebelum ini berjaya mempertahankan Parlimen Gombak bagi tiga penggal, mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini. 

Wartawan TMT

Published

on

Azmin diramal tewas di Gombak - Kajian IDE
Foto: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (kiri), Datuk Seri Amirudin Shari (kanan)
  • Dapatan itu dibuat berdasarkan kajian Institut Darul Ehsan (IDE) membabitkan responden daripada 47 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Parlimen itu pada 10 hingga 12 November lalu. 
  • Hasil kajian dapati 52.5 peratus responden akan mengundi gabungan parti PH, jauh meninggalkan PN dengan hanya 21.9 peratus.
  • “BN hanya dapat 13.8 peratus sokongan, manakala pengundi atas pagar 11.6 peratus,” – Pengerusi Eksekutif IDE, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.
  • Selain Mohamed Azmin dan Amirudin, Parlimen Gombak menyaksikan perlawanan lima penjuru ini turut ditandingi calon BN, Datuk Seri Megat Zulkarnain Omardin, Jamaludin Mohd Tahir (PEJUANG) dan Zulkifli Ahmad (Bebas). 

KUALA LUMPUR – Kajian Institut Darul Ehsan (IDE) meramalkan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang sebelum ini berjaya mempertahankan Parlimen Gombak bagi tiga penggal, mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini. 

Azmin yang juga bekas Timbalan Presiden PKR itu diramalkan akan tewas dengan anak didiknya yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Dapatan itu dibuat berdasarkan kajian institut itu membabitkan responden daripada 47 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Parlimen itu pada 10 hingga 12 November lalu. 

Pengerusi Eksekutif IDE, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, berkata hasil kajian mendapati 52.5 peratus responden akan mengundi gabungan parti Pakatan Harapan (PH), jauh meninggalkan PN dengan hanya 21.9 peratus.

“Barisan Nasional (BN) pula hanya mendapat 13.8 peratus sokongan, manakala pengundi atas pagar 11.6 peratus,” katanya, di sini hari ini. 

Selain Mohamed Azmin dan Amirudin, Parlimen Gombak yang menyaksikan perlawanan lima penjuru ini turut ditandingi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Megat Zulkarnain Omardin, Jamaludin Mohd Tahir (PEJUANG) dan Zulkifli Ahmad (Bebas). 

Mohamed Azmin yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, mula memenangi Parlimen Gombak pada 2008 atas tiket PKR. 

Beliau bagaimanapun memutuskan keluar PKR pada Februari 2020 bersama 10 Ahli Parlimen lain dari parti itu, sekali gus turut menyumbang kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH). 

Berdasarkan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Parlimen Gombak menyaksikan sebanyak 206,744 pengundi. 

Pada masa sama, Mohammad Redzuan berkata, sebanyak 90.1 peratus pengundi di Parlimen Gombak juga menyatakan tekad untuk keluar mengundi Sabtu ini.

Sumber : Berita Harian

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Kolumnis

Bukankah sambut hari raya Aidilfitri sehari sahaja, bukan sebulan?

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan musim perayaan yang sangat dinantikan dan dirai penuh kegembiraan di mana waktu ini digunakan untuk menziarahi ke rumah keluarga dan rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Selama sebulan juga, terutamanya masyarakat Melayu Muslim, rumah-rumah mereka akan ‘dibuka’ dengan menghidangkan pelbagai juadah dan rumah dihias cantik untuk menyambut tetamu yang datang.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah ‘Adakah tradisi ‘raya sebulan’ ini bertepatan dengan syariat Islam? Bukankah Islam hanya menganjurkan sehari sahaja dalam menyambut Aidilfitri, bukannya sebulan?’

Menariknya, persoalan ini telahpun dijawab menerusi artikel ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-684: Bolehkah Menyambut Hari Raya selama Sebulan Syawal’ dan ‘Al-Kafi #1296: Sambut Hari Raya Sebulan itu Bid’ah?’ di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel itu mengatakan sememangnya Hari Raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW ketika baginda tiba di Madinah, penduduk Madinah menyambut dua perayaan. Lalu Baginda SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” (Riwayat Ahmad, No. 12362)

Ini bermakna, hanya dua perayaan disyariatkan bagi umat Islam untuk dirayakan atas perintah Allah SWT.

Namun, apakah membezakan hari raya yang disyariatkan dengan hari-hari lain? Bezanya adalah pada amalan ibadat yang khusus diperintahkan untuk dilakukan pada hari tersebut.

Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri disyariatkan melakukan ibadah solat hari raya, menunaikan zakat fitrah dan takbir yang hanya berlaku pada satu Syawal. Bahkan, pada hari tersebut umat Islam diharamkan berpuasa.

Dan sesudah hari tersebut tidak disyariatkan dengan apa-apa amalan ibadat khusus. Tiada lagi ibadat seperti solat sunat, mandi sunat dan takbir hari raya.

Maka, amalan ziarah-menziarahi sanak saudara bukanlah satu amalan ibadat yang dikhususkan dalam perayaan Aidilfitri. Ia hanyalah suatu tradisi yang baik dan diharuskan dalam Islam.

Mengikut Pejabat Mufti WP, mana-mana adat tradisi yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak, maka hukum asalnya adalah harus. Dalam kaedah Fiqh disebutkan:

“Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)” (Al-Asyhbah wa al-Nazoir, ms. 60)

Bahkan tiada sesiapa pun mengikat amalan seperti ziarah-menziarahi, bermaafan, menjamu makan dan seumpamanya hanya mesti diadakan pada hari raya.

Ia sekadar tradisi diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.

Kesimpulannya, hari raya Aidilfitri yang disyariatkan sememangnya pada satu Syawal. Namun, tiada masalah untuk menyambut hari raya dengan melakukan ziarah-menziarahi sepanjang Syawal kerana ia merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam.

Malah, dalam satu hadis Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa cintanya Allah SWT kepada mereka yang menziarahi orang lain. Sabdanya

“Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: Ke manakah engkau mahu pergi? Jawab lelaki itu: Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini. Malaikat berkata: Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepadanya? Lelaki itu berkata: Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantar kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu.” (Riwayat Muslim, No. 6714) –The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Trending