Connect with us

Terkini

Pengalaman, rekod prestasi faktor kemenangan di Hulu Kelang – Azmin Ali

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Azmin Ali berjaya merampas semula kerusi DUN Hulu Kelang di Selangor dengan majoriti 1,617 majoriti.

Wartawan TMT

Published

on

Pengalaman, rekod prestasi faktor kemenangan di Hulu Kelang – Azmin Ali
Foto: Datuk Seri Azmin Ali berjaya merampas semula kerusi DUN Hulu Kelang di Selangor.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Azmin Ali berjaya merampas semula kerusi DUN Hulu Kelang di Selangor dengan majoriti 1,617 majoriti.

Azmin yang juga bekas Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri  mendapat 25,597 undi menewaskan lawannya dari Pakatan Harapan (PH), Juwairiya Zulkifli yang memperoleh 23,980 undi.

Mengulas Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, Azmin berkata pengalaman dan rekod prestasi baik merupakan faktor kemenangannya di DUN Hulu Kelang.

“Akhirnya keputusan dibuat oleh pengundi adalah berdasarkan rekod serta prestasi. Saya percaya pengundi lebih selesa meletakkan wakil dikenali yang mereka dapat hubungi dengan mudah dan terus.

“Berada di Hulu Kelang, saya rasa sudah seperti keluarga besar dan ini menjadi faktor yang memberi jalan mudah untuk mengekalkan kerusi ini,” katanya dipetik Berita Harian.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu Azmin bertanding di Dun Bukit Antarabangsa dan menang kerusi itu atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pada PRU14, DUN Hulu Kelang dimenangi Saari Sungib dari AMANAH mewakili PH dengan majoriti 15,349 undi. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

“PBB sendiri dah jadi badan pengganas” – Duta Israel ke PBB

PBB sendiri “telah menjadi badan pengganas,” kata Duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Gilad Erdan kepada Radio Tentera Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Gilad Erdan.
  • PBB sendiri “telah menjadi badan pengganas,” kata Duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Gilad Erdan kepada Radio Tentera Israel.
  • “Sejak Israel berundur dari Gaza – PBB bekerjasama dengan Hamas, melindunginya dan setiausaha agung (PBB) cepat mengutuk Israel untuk segala apa yang diberitakan,” katanya dipetik Al Jazeera.
  • Lebih 35,000 warga Palestin terbunuh akibat serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober lalu.
  • Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkali-kali mengkritik Israel kerana perangnya ke atas Gaza di mana beliau baru-baru ini berkata, Israel telah membawa “kematian dan kemusnahan tanpa henti” kepada rakyat Palestin di wilayah itu.

PBB sendiri “telah menjadi badan pengganas,” kata Duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Gilad Erdan kepada Radio Tentera Israel.

“Sejak Israel berundur dari Gaza – PBB bekerjasama dengan Hamas, melindunginya dan setiausaha agung (PBB) cepat mengutuk Israel untuk segala apa yang diberitakan,” katanya dipetik Al Jazeera.

Lebih 35,000 warga Palestin terbunuh akibat serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober lalu.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres sebelum ini menjelaskan pendiriannya dalam insiden konflik di Gaza.

“Saya mengutuk dengan tegas tindakan keganasan mengerikan 7 Oktober yang tidak pernah berlaku sebelum ini oleh Hamas di Israel. 

“Tiada apa-apa yang boleh mewajarkan pembunuhan yang disengajakan, mencederakan dan menculik orang awam atau pelancaran roket terhadap sasaran awam,” kata Guterres.

Guterres juga berkali-kali mengkritik Israel kerana perangnya ke atas Gaza.

Beliau berkata Israel telah membawa “kematian dan kemusnahan tanpa henti” kepada rakyat Palestin di wilayah itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending