Connect with us

Terkini

Tempoh penguatkuasaan garis panduan pemutihan sekolah agama persendirian, tahfiz dilanjut – Amirudin

Tempoh penguatkuasaan garis panduan pemutihan sekolah agama persendirian dan tahfiz di Selangor dilanjutkan bagi membolehkan institusi terbabit memenuhi beberapa syarat kelulusan terutamanya berkaitan keselamatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
  • Tempoh penguatkuasaan garis panduan pemutihan sekolah agama persendirian dan tahfiz di Selangor dilanjutkan bagi membolehkan institusi terbabit memenuhi beberapa syarat kelulusan terutama berkaitan keselamatan.
  • Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata aspek keselamatan bangunan melibatkan bidang kuasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merupakan antara syarat kelulusan agak mencabar dan sukar dipenuhi pengendali tahfiz atau sekolah agama persendirian.
  • Beliau berkata berbanding keselamatan, aspek atau syarat kelulusan lain seperti perkara melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kesihatan telah selesai diberi penilaian dan kelulusan oleh pihak berkuasa berkaitan.
  • “Keperluan bomba ini agak penting sebab kosnya boleh dikatakan besar kerana nak dapat sijil perakuan bomba, saya difahamkan bangunan-bangunan berkenaan memerlukan konsultan, pelan bangunan dan beberapa keperluan lain,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Shah Alam hari ini.

KUALA LUMPUR — Tempoh penguatkuasaan garis panduan pemutihan sekolah agama persendirian dan tahfiz di Selangor dilanjutkan bagi membolehkan institusi terbabit memenuhi beberapa syarat kelulusan terutamanya berkaitan keselamatan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata aspek keselamatan bangunan yang melibatkan bidang kuasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merupakan antara syarat kelulusan yang agak mencabar dan sukar dipenuhi oleh pengendali tahfiz atau sekolah agama persendirian.

Beliau berkata berbanding keselamatan, aspek atau syarat kelulusan lain seperti perkara melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kesihatan telah selesai diberi penilaian dan kelulusan oleh pihak berkuasa berkaitan.

“Kita bagi penangguhan untuk mereka penuhi beberapa perkara dan ketika ini kekangan besar adalah kelulusan pada bomba kerana dari aspek keperluan PBT dan kesihatan semua sudah selesai.

“Keperluan bomba ini agak penting sebab kosnya boleh dikatakan besar kerana nak dapat sijil perakuan bomba, saya difahamkan bangunan-bangunan berkenaan memerlukan konsultan, pelan bangunan dan beberapa keperluan lain,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Shah Alam hari ini.

Media sebelum ini melaporkan tempoh pemutihan sekolah agama persendirian di Selangor yang sepatutnya berakhir hujung tahun lepas dilanjutkan hingga Disember ini susulan garis panduan pemutihan baharu sedang dikemas kini.

Hal ini selepas kerajaan negeri dilaporkan akan melonggarkan syarat kelulusan pemutihan institusi tersebut melibatkan pengecualian syarat-syarat tertentu yang ditentukan oleh sebuah jawatankuasa khas yang akan mendefinisikan sama ada ia dikecualikan atau perlu melalui proses-proses yang diringankan.

Amirudin berkata pihaknya bersedia menjadi perantara dengan jabatan bomba bagi memastikan semua institusi terbabit dapat memenuhi syarat ditetapkan sekali gus membolehkan garis panduan pemutihan dapat dikuatkuasakan sepenuhnya selepas ini.

“Aspek keselamatan itu amat penting tetapi bagi sesetengah pusat tahfiz ia agak mencabar untuk memenuhi setiap keperluan ditetapkan dan dalam hal ini, kita cuba jadi perantara bantu sekolah tahfiz penuhi syarat ditetapkan,” katanya.

Pada Mac lepas, Pengerusi Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Selangor (PITAS), Muhd Hafiz Haneefa dilaporkan berkata sebanyak 100 daripada 500 pusat tahfiz telah selesai melalui proses pemutihan manakala selebihnya sudah berdaftar dan sedang melihat pengecualian dari segi caj pemajuan dan juga premium tanah. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending