Connect with us

Terkini

Asalkan mampu berkhidmat dan berpengalaman, calon veteran masih relevan

Calon berusia yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak boleh dianggap sebagai satu kelemahan terhadap sesebuah parti politik malah masih relevan pada sesetengah tempat dan lokaliti.

Wartawan TMT

Published

on

Calon berusia yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak boleh dianggap sebagai satu kelemahan terhadap sesebuah parti politik malah masih relevan pada sesetengah tempat dan lokaliti.
Foto: Tengku Razaleigh, calon Parlimen Ulu Kelantan
  • Calon berusia yang bertanding pada PRU15 usah dianggap satu kelemahan terhadap sesebuah parti politik malah masih relevan pada sesetengah tempat.
  • “Sekiranya lokaliti adalah jenis yang ringkas, tidak rumit atau kawasan luar bandar yang tidak rumit dari segi pembangunannya, usia calon tidak diambil kira.”- Dr Suhaimee Saahar, Pengarah Pusat Pengajian Perangsaraf, Media dan Informasi (UITM)
  • Calon harus dilihat melalui pengalaman, mampu berkhidmat untuk rakyat dan berkriteria dalam memimpin.
  • Bagaimanapun Suhaimee mengakui terdapat pengundi yang mendambakan perubahan sekaligus berpendapat jawatan pemimpin perlu diisi oleh golongan lebih muda. 

GUA MUSANG, 17 Nov (Bernama) — Calon berusia yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak boleh dianggap sebagai satu kelemahan terhadap sesebuah parti politik malah masih relevan pada sesetengah tempat dan lokaliti.

Pengarah Pusat Pengajian Perangsaraf, Media dan Informasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam Dr Suhaimee Saahar @ Saabar berkata, usia dan pengalaman hanya diambil kira oleh para pengundi berdasarkan keadaan serta persekitaran sesebuah kawasan.

“Sekiranya lokaliti adalah jenis yang ringkas, tidak rumit atau kawasan luar bandar yang tidak rumit dari segi pembangunannya, usia calon tidak diambil kira.

“Asalkan calon itu boleh berkhidmat, berpengalaman dan mempunyai hubungan dengan komuniti dan industri. Itu yang boleh membantu calon berkenaan untuk terus berkhidmat di kawasan itu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Suhaimee berkata pengundi juga cenderung menilai sumbangan yang dibuat oleh penyandang bagi mengekalkan calon berkenaan sebagai wakil rakyat di kawasan yang sama.

“Selain usia, kriteria yang pengundi turut perhatikan seperti jasa dan sumbangan calon atau penyandang di kawasan tersebut selama ini…seterusnya mereka akan menilai sama ada relevan atau tidak mengekalkan wakil rakyat tersebut di situ,” katanya. 

Bagaimanapun Suhaimee mengakui terdapat pengundi yang mendambakan perubahan sekali gus berpendapat jawatan pemimpin perlu diisi oleh golongan lebih muda. 

“Tetapi ada juga pengundi di beberapa kawasan yang melihat kepimpinan muda harus diberi peluang, dan anak muda ini ada dua kelompok iaitu profesional dan yang aktif dalam politik.

“Masa yang akan menentukan potensi kemampuan dan kredibiliti calon-calon muda ini untuk dipilih oleh pengundi sebab mereka akan memimpin dan berkhidmat selama lima tahun sebelum dinilai semula oleh para pengundi,” katanya. 

Ahli Parlimen paling lama daripada Barisan Nasional Tengku Razaleigh Hamzah, melakar sejarah tersendiri apabila bertanding untuk mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang pada PRU15.

Tengku Razaleigh,85, yang mula bertanding di Parlimen Ulu Kelantan (sekarang dikenali Parlimen Gua Musang) pada 1974 adalah wakil rakyat paling lama berkhidmat di negara ini iaitu selama 12 penggal di peringkat Parlimen.

Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu akan berentap dalam pertandingan empat penjuru untuk menentang calon Gerakan Tanah Air Datuk Dr Samsu Adabi Mamat, Datuk Mohd Azizi Naim (Perikatan Nasional) dan Asharun Uji (Pakatan Harapan) pada hari pengundian Sabtu ini.

Sumber: BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Kolumnis

Bukankah sambut hari raya Aidilfitri sehari sahaja, bukan sebulan?

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan musim perayaan yang sangat dinantikan dan dirai penuh kegembiraan di mana waktu ini digunakan untuk menziarahi ke rumah keluarga dan rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Selama sebulan juga, terutamanya masyarakat Melayu Muslim, rumah-rumah mereka akan ‘dibuka’ dengan menghidangkan pelbagai juadah dan rumah dihias cantik untuk menyambut tetamu yang datang.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah ‘Adakah tradisi ‘raya sebulan’ ini bertepatan dengan syariat Islam? Bukankah Islam hanya menganjurkan sehari sahaja dalam menyambut Aidilfitri, bukannya sebulan?’

Menariknya, persoalan ini telahpun dijawab menerusi artikel ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-684: Bolehkah Menyambut Hari Raya selama Sebulan Syawal’ dan ‘Al-Kafi #1296: Sambut Hari Raya Sebulan itu Bid’ah?’ di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel itu mengatakan sememangnya Hari Raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW ketika baginda tiba di Madinah, penduduk Madinah menyambut dua perayaan. Lalu Baginda SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” (Riwayat Ahmad, No. 12362)

Ini bermakna, hanya dua perayaan disyariatkan bagi umat Islam untuk dirayakan atas perintah Allah SWT.

Namun, apakah membezakan hari raya yang disyariatkan dengan hari-hari lain? Bezanya adalah pada amalan ibadat yang khusus diperintahkan untuk dilakukan pada hari tersebut.

Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri disyariatkan melakukan ibadah solat hari raya, menunaikan zakat fitrah dan takbir yang hanya berlaku pada satu Syawal. Bahkan, pada hari tersebut umat Islam diharamkan berpuasa.

Dan sesudah hari tersebut tidak disyariatkan dengan apa-apa amalan ibadat khusus. Tiada lagi ibadat seperti solat sunat, mandi sunat dan takbir hari raya.

Maka, amalan ziarah-menziarahi sanak saudara bukanlah satu amalan ibadat yang dikhususkan dalam perayaan Aidilfitri. Ia hanyalah suatu tradisi yang baik dan diharuskan dalam Islam.

Mengikut Pejabat Mufti WP, mana-mana adat tradisi yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak, maka hukum asalnya adalah harus. Dalam kaedah Fiqh disebutkan:

“Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)” (Al-Asyhbah wa al-Nazoir, ms. 60)

Bahkan tiada sesiapa pun mengikat amalan seperti ziarah-menziarahi, bermaafan, menjamu makan dan seumpamanya hanya mesti diadakan pada hari raya.

Ia sekadar tradisi diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.

Kesimpulannya, hari raya Aidilfitri yang disyariatkan sememangnya pada satu Syawal. Namun, tiada masalah untuk menyambut hari raya dengan melakukan ziarah-menziarahi sepanjang Syawal kerana ia merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam.

Malah, dalam satu hadis Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa cintanya Allah SWT kepada mereka yang menziarahi orang lain. Sabdanya

“Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: Ke manakah engkau mahu pergi? Jawab lelaki itu: Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini. Malaikat berkata: Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepadanya? Lelaki itu berkata: Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantar kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu.” (Riwayat Muslim, No. 6714) –The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending