Connect with us

Antarabangsa

Wanita kini boleh laksana haji dan umrah tanpa mahram lelaki

Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Tawfiq bin Fawzan Al-Rabiah mengumumkan jemaah wanita tidak lagi diwajibkan ditemani mahram lelaki untuk menunaikan ibadah haji dan umrah.

Wartawan TMT

Published

on

Wanita kini boleh laksana haji dan umrah tanpa mahram lelaki
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Tawfiq bin Fawzan Al-Rabiah mengumumkan wanita sudah tidak lagi diwajibkan ditemani mahram lelaki untuk menunaikan haji dan umrah.
  • Pengumuman itu selaras dengan garis panduan Mazhab Maliki dan Syafi’e.
  • Pertimbangan dilakukan hasil dari maklumbalas jemaah wanita yang sukar untuk mendapatkan mahram, ataupun perlu berbelanja lebih bagi menanggung kos haji dan umrah mahram mereka.
  • Sistem keselamatan di tanah suci turut diperketatkan bagi menjamin keselamatan jemaah wanita yang beribadah tanpa ditemani mahram lelaki.

Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Tawfiq bin Fawzan Al-Rabiah mengumumkan jemaah wanita tidak lagi diwajibkan ditemani mahram lelaki untuk menunaikan ibadah haji dan umrah.

Perkara itu, berserta hal-hal lain, diumumkan dalam satu sidang media di Kedutaan Arab Saudi di Kaherah, demikian menurut agensi berita SPA. 

Sidang media itu dihadiri Duta Besar Arab Saudi ke Mesir, Osama bin Ahmed Nugali dan pegawai kanan kementerian dan kedutaan.

Penasihat Perkhidmatan Haji dan Umrah, Ahmed Saleh Halabi berkata, kini seorang wanita dibenarkan menunaikan haji atau umrah tanpa mahram, ditemani “wanita lain yang boleh dipercayai atau syarikat yang selamat untuk menunaikan ibadah itu. Ini adalah pendapat mazhab Maliki dan Syafi’e.”

“Penyelia fatwa di Al-Azhar Al-Sharif di Mesir, Abbas Shoman, mengisytiharkan pada Mac lalu bahawa seorang wanita dibenarkan menunaikan haji dan umrah tanpa ditemani mahram,” katanya.

Bekas penasihat Menteri Haji Arab Saudi, Faten Ibrahim Hussein berkata, “membenarkan wanita mengerjakan umrah tanpa syarat mahram sangat memudahkan mereka kerana ramai yang sukar untuk mencari mahram, jika ada pun bakal memerlukan lebih belanja, sedangkan keinginan mereka untuk mengerjakan umrah sedang membuak-buak”.

Katanya, usaha memerangi semua bentuk rasuah sosial dan ekonomi memainkan peranan positif dalam hal ini, sekaligus menyaksikan keselamatan dapat diwujudkan.

Faten berkata keselamatan telah diperluas ke seluruh negara, termasuk memberi perlindungan penuh kepada wanita dari sudut pengangkutan dan di pelabuhan. 

Katanya, selain itu, infrastruktur yang kukuh telah diwujudkan dalam perundangan, termasuk sistem anti-gangguan kepada wanita.

“Ini adalah langkah pencegahan bagi sesiapa yang mungkin terfikir untuk melanggar undang-undang. Di samping itu, kamera pengawasan wajib dipasang di kawasan penting, termasuk lapangan terbang, pelabuhan lintas sempadan, Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan lain-lain,” katanya.

Sumber: Arab News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Ibu kota Belgium haramkan pembelian produk Israel

Majlis Bandaraya Brussels di Belgium meluluskan usul untuk menghentikan perolehan awam produk dari penempatan haram Israel di wilayah Palestin diduduki.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Majlis Bandaraya Brussels di Belgium meluluskan usul untuk menghentikan perolehan awam produk dari penempatan haram Israel di wilayah Palestin diduduki.
  • Usul dibawa Ahli Majlis Bandaraya Brussels, Benoit Hellings itu sebulat suara diterima pakai dalam satu undian pada lewat Isnin, lapor agensi berita Anadolu.
  • Usul itu meminta pihak berkuasa tempatan memastikan pembeliannya tidak memberi manfaat kepada syarikat yang operasinya tidak menghormati undang-undang antarabangsa, hak asasi manusia atau undang-undang alam sekitar.

Majlis Bandaraya Brussels di Belgium meluluskan usul untuk menghentikan perolehan awam produk dari penempatan haram Israel di wilayah Palestin diduduki.

Usul dibawa Ahli Majlis Bandaraya Brussels, Benoit Hellings itu sebulat suara diterima pakai dalam satu undian pada lewat Isnin, lapor agensi berita Anadolu.

Usul itu meminta pihak berkuasa tempatan memastikan pembeliannya tidak memberi manfaat kepada syarikat yang operasinya tidak menghormati undang-undang antarabangsa, hak asasi manusia atau undang-undang alam sekitar.

Kesatuan Eropah (EU) pada 2015 mengeluarkan garis panduan baharu untuk pelabelan produk dari penempatan haram Israel di wilayah Palestin yang diduduki.

Di bawah undang-undang antarabangsa, semua penempatan Yahudi di wilayah Palestin yang diduduki dianggap sebagai penempatan tidak sah. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending