Terkini
LTH – BUMITRA Malaysia jangka 20 ribu pengunjung bakal banjiri Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan tahun depan
- Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Persatuan Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA MALAYSIA) hari ini melancarkan program Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan (KHUP) 1446/2025 di Dewan Temu Hall TH03, Menara Kuala Lumpur.
- Karnival tersebut bakal diadakan selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Januari depan di Movenpick Hotel & Convention Centre, KLIA, Sepang itu merupakan penganjuran kali ketiga oleh TH bersama BUMITRA MALAYSIA.
- Presiden Bumitra Malaysia, Dr Wan Muhammad Adam Wan Norudin berkata, karnival yang bakal berlangsung itu akan memberi pilihan kepada bakal-bakal jemaah haji untuk memilih menunaikan ibadah haji sama ada secara ‘Muassasah’ atau menerusi pakej yang ditawarkan oleh 37 agensi Pengelola Jemaah Haji (PJH).
KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Persatuan Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) hari ini melancarkan program Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan (KHUP) 1446/2025 di Menara Kuala Lumpur.
Karnival tersebut bakal diadakan selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Januari depan di Movenpick Hotel & Convention Centre, KLIA, Sepang. Ia merupakan penganjuran kali ketiga oleh TH bersama BUMITRA.
Presiden BUMITRA Malaysia, Dr Wan Muhammad Adam Wan Norudin berkata, karnival tersebut akan memberi pilihan kepada bakal jemaah haji untuk memilih menunaikan ibadah haji sama ada secara ‘Muassasah’ atau menerusi pakej yang ditawarkan oleh 37 agensi Pengelola Jemaah Haji (PJH).
“Menilai kesemua pakej haji yang ditawarkan oleh 37 PJH di bawah satu bumbung dan memudahkan bakal-bakal haji untuk membuat pilihan pakej haji mengikut kemampuan dan cita rasa masing-masing selari dengan tema ‘Pilih Keselesaan, Pilih Pakej Haji,” katanya di Sidang Media Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan Kali Ke-3 (KHUP 3) hari ini.
Muhammad Adam turut memaklumkan, pihaknya menganggarkan kira-kira 20,000 pengunjung bakal menghadiri karnival tersebut pada tahun depan dan melepasi sasaran tahun 2024 iaitu sebanyak 16,000 pengunjung.
Majlis pelancaran tersebut juga dihadiri oleh beberapa wakil daripada 37 agensi PJH berlesen yang diiktiraf TH.
Pada majlis itu, Ketua Jabatan Haji, Tabung Haji (TH), Mohd Hisham Harun turut menjemput orang ramai untuk sama-sama hadir bagi memeriahkan karnival tersebut berikutan ia tidak terhad buat bakal jemaah haji sahaja.
Ujarnya, Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama BUMITRA MALAYSIA akan menyediakan pelbagai kemudahan dan aktiviti yang menarik di karnival tersebut.
“Lebih 20,000 ribu tempat meletak kereta, lebih 50 bazaar makanan, pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik yang berunsurkan pendidikan iaitu podcast oleh Lembaga Tabung Haji (TH), bual bicara, simulasi haji cilik, persembahan nyanyian nasyid oleh kumpulan yang terkenal UNIC dan Hijjaz dan pelbagai lagi,” katanya kepada The Merdeka Times ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran KHUP 3 hari ini. — The Merdeka Times