Antarabangsa
Berdosa tunai haji tanpa permit – Mufti Arab Saudi
Semua jemaah haji tahun ini perlu mematuhi sepenuhnya arahan keselamatan, terutama mendapatkan permit haji sah dan mengambil vaksin, kata Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdulaziz Abdullah Mohammed Al Al-Sheikh.
![](https://cdn.themerdekatimes.com/wp-content/uploads/2024/06/UP-Berdosa-Tunai-Haji-Tanpa-Permit-Mufti-Arab-Saudi-01.jpg)
- Semua jemaah haji tahun ini perlu mematuhi sepenuhnya arahan keselamatan, terutama mendapatkan permit haji sah dan mengambil vaksin, kata Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdulaziz Abdullah Mohammed Al Al-Sheikh.
- Sheikh Abdulaziz yang juga Pengerusi Majlis Ulama Kanan dan Presiden Umum Penyelidikan Ilmiah berkata, menunaikan haji tanpa permit adalah berdosa bagi individu yang melakukannya.
- “Tidak boleh tunai haji tanpa permit kerana ini juga selaras kepentingan yang dikehendaki syariah, yang mengutamakan kemaslahatan umum dan menjauhi kemungkaran.
- “Saya juga menyeru semua jemaah haji untuk meluangkan masa ketika hari kemuncak haji untuk mengabdikan diri kepada Tuhan Yang Maha Esa dengan banyakkan berdoa, beribadah dan mendekatkan diri kepada-Nya,” katanya dipetik Saudi Press Agency (SPA).
RIYADH – Semua jemaah haji tahun ini perlu mematuhi sepenuhnya arahan keselamatan, terutama mendapatkan permit haji sah dan mengambil vaksin, kata Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdulaziz Abdullah Mohammed Al Al-Sheikh.
Sheikh Abdulaziz yang juga Pengerusi Majlis Ulama Kanan dan Presiden Umum Penyelidikan Ilmiah berkata, menunaikan haji tanpa permit adalah berdosa bagi individu yang melakukannya.
“Tidak boleh tunai haji tanpa permit kerana ini juga selaras kepentingan yang dikehendaki syariah, yang mengutamakan kemaslahatan umum dan menjauhi kemungkaran.
“Saya juga menyeru semua jemaah haji untuk meluangkan masa ketika hari kemuncak haji untuk mengabdikan diri kepada Tuhan Yang Maha Esa dengan banyakkan berdoa, beribadah dan mendekatkan diri kepada-Nya,” katanya dipetik Saudi Press Agency (SPA).
Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi sebelum ini menahan 61 individu yang cuba menunaikan haji tanpa permit, 21 individu termasuk lapan adalah penduduk Makkah dan 13 warganegaranya didapati melanggar peraturan haji.
Menurut laporan SPA, penalti dikenakan sekiranya pelanggaran peraturan haji dilakukan mana-mana individu adalah termasuk hukuman penjara 15 hari serta denda SAR10,000 (RM12,508), pengusiran dengan larangan memasuki semula ke Makkah bagi tempoh tertentu dan kenderaan yang digunakan bagi tujuan pengangkutan akan turut dirampas.
Penggubalan peraturan dan arahan itu bertujuan memudahkan semua pihak dalam mengatur penerimaan jemaah haji, sekaligus menyediakan ruang keselesaan bagi membantu pelaksanaan ibadah dengan lebih efisien. – The Merdeka Times
![](https://cdn.themerdekatimes.com/wp-content/uploads/2022/10/tmt-new-logo-black.png)