Connect with us

Antarabangsa

[VIDEO] Kanak-kanak perempuan menangis enggan dimandikan ayah selepas didedahkan pendidikan seks

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun enggan membenarkan bapanya menanggalkan pakaian dan memandikannya selepas diajar tentang tubuh manusia dan bahagian reproduktif lelaki dan perempuan daripada ibunya.

Wartawan TMT

Published

on

[VIDEO] Kanak-kanak perempuan menangis enggan dimandikan ayah selepas didedahkan pendidikan seks
Foto: Kanak-kanak perempuan dari video tular tersebut.
  • Ini ekoran ibunya telah mengajarnya tentang tubuh manusia dan bahagian reproduktif lelaki dan perempuan.
  • Ibunya telah memberitahu; “Anda perempuan, jadi anda tidak boleh membenarkan lelaki lain menyentuh badan anda.”
  • “Dia menangis teresak-esak, sambil menyarung seluar pendeknya dan dia memanggil saya penyangak, dan saya terkejut.” – bapa 
  • “Semakin awal dia mendapat pendidikan seks, lebih baik dia boleh melindungi dirinya. Saya akan berhati-hati dengan adab saya.” – bapa
  • Data rasmi menunjukkan 68 peratus ibu bapa tanah besar China yang ditinjau pada 2018 tidak beri sebarang pendidikan seks kepada anak-anak mereka.

CHINA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun enggan membenarkan bapanya menanggalkan pakaian dan memandikannya selepas diajar tentang tubuh manusia dan bahagian reproduktif lelaki dan perempuan daripada ibunya.

Video tular di media sosial itu, memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berbaju t-shirt kuning duduk di atas bangku rendah di dalam bilik air. Sementara, ibunya berada di sebelah kanak-kanak itu semasa dia bersiap untuk memandikannya, manakala bapa cuba berbincang dengannya.

Bapa kanak-kanak perempuan itu, Guo menjelaskan ketika kejadian segalanya seperti biasa saat dia memberuskan gigi dan mencuci muka anaknya.

Namun kanak-kanak perempuan itu mula kelihatan tidak selesa saat ayahnya cuba menanggalkan pakaiannya.

“Dia menangis teresak-esak, sambil menyarung seluar pendeknya dan dia memanggil saya penyangak, dan saya terkejut,” kata Guo, memetik daripada South China Morning Post.

Ibu kanak-kanak tersebut menjelaskan bahawa dia telah berkongsi dengan anak perempuan mereka sebuah buku tentang tubuh manusia dan perbezaan antara lelaki dan wanita.

Dalam sesi pembelajaran santai “pendidikan seks” mereka, ibunya telah memberitahu anak kecil itu; “Anda perempuan, jadi anda tidak boleh membenarkan lelaki lain menyentuh badan anda.”

Walaupun ini mengejutkan Guo, dia bersetuju bahawa itu adalah pendidikan seks yang baik untuk anak perempuan mereka dan berkata dia akan mengajarnya lebih banyak pada masa hadapan.

“Semakin awal dia mendapat pendidikan seks, semakin baik dia boleh melindungi dirinya. Saya akan berhati-hati dengan adab saya,” katanya.

Data rasmi daripada Projek Perlindungan Gadis China menunjukkan bahawa pada 2018, 68 peratus daripada 9,151 ibu bapa tanah besar China mengakui mereka tidak memberikan pendidikan seks kepada anak-anak mereka di rumah.

Sumber : South China Morning Post

Author

Antarabangsa

Kudis merebak dalam kalangan tahanan Palestin

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.
  • Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.
  • Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.
  • Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.

Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.

Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Terdahulu, CNN mendedahkan seksaan ngeri Israel dengan informasi penyaksian penderaan sistemik dilakukan rejim zionis terhadap tahanan warga Palestin di fasiliti tahanan mereka. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending