Connect with us

Terkini

Undi masyarakat India di Tambun jadi penentu – Faizal Azumu

Kunci untuk mengekalkan kerusi Tambun, Perak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ialah undi daripada masyarakat India, yang dianggapnya sebagai penentu keputusan di kawasan tersebut, kata Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu. 

Wartawan TMT

Published

on

Undi masyarakat India di Tambun jadi penentu - Faizal Azumu
Foto: Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu. 
  • Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu berkata kunci untuk beliau mengekalkan kerusi Tambun di Perak pada PRU15 ialah undi masyarakat India.
  • Beliau menjangkakan undi Melayu di Tambun mungkin terbahagi sama rata antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN). 
  • “(Bagaimanapun) kali ini, saya tak rasa saya dapat kekalkan 90 peratus undi Cina kerana saya percaya (komuniti itu) masih sokong PH,” katanya.  
  • Masyarakat Cina merangkumi 20 peratus daripada pengundi Tambun. Faizal, atau lebih dikenali sebagai Peja, berkata, pengundi India – 11 peratus daripada jumlah pengundi – menjadi penentu keputusan di Tambun.

PETALING JAYA: Kunci untuk mengekalkan kerusi Tambun, Perak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ialah undi daripada masyarakat India, yang dianggapnya sebagai penentu keputusan di kawasan tersebut, kata Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu. 

Menurutnya, undi Melayu di Tambun mungkin akan terbahagi sama rata antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN). 

Merujuk kepada data PRU14, 67 peratus daripada pengundi Tambun terdiri daripada orang Melayu. 

“Saya telah bekerja dengan golongan miskin, warga emas, juga golongan kurang upaya. Saya fokus kepada mereka kepada saya lihat mereka tak dapat cukup sokongan. 

“(Bagaimanapun) kali ini, saya tak rasa saya dapat kekalkan 90 peratus undi Cina kerana saya percaya (komuniti itu) masih sokong PH,” katanya.  

Masyarakat Cina merangkumi 20 peratus daripada pengundi Tambun. Faizal, atau lebih dikenali sebagai Peja, berkata, pengundi India – 11 peratus daripada jumlah pengundi – menjadi penentu keputusan di Tambun. 

“Saya tak rasa mereka faham perkara ini,” katanya.

Beliau yakin dapat memperoleh sekurang-kurangnya separuh undi kaum India, disebabkan rekod prestasinya sebagai menteri besar Perak. 

“Di Tambun, ada sebuah kampung India di Tanjung Rambutan. Sejak 60 tahun lalu, kampung itu tak terima perkhidmatan lori kutip sampah. Hanya selepas saya jadi menteri besar barulah masalah itu selesai. 

“Masyarakat ini dekat dengan saya. Semua orang India, mereka saudara saya,” katanya sambil menambah, terdapat pengundi India di Tambun yang secara sukarela membantunya berkempen walaupun mereka bukan ahli PN. 

Pada PRU14, Faizal menewaskan calon BN, bekas menteri kewangan kedua Ahmad Husni Hanadzlah, dengan majoriti 5,320 undi dalam pertembungan tiga penjuru di Tambun, yang turut membabitkan calon PAS. Di DUN Chenderiang, Faizal menang dengan majoriti tipis 39 undi menentang calon BN daripada MCA. 

Dengan PH memenangi negeri itu dalam PRU pada Mei 2018 itu, Faizal dilantik menjadi menteri besar Perak kerana beliau ialah pengerusi PH negeri ketika itu. 

Namun, beliau tidak lama berkhidmat kerana dilucutkan jawatan pada Disember 2020, apabila sekutu BN baharunya dalam kerajaan negeri memutuskan untuk menggantikannya dengan orang Umno.

Sumber: Free Malaysia Today

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending