Connect with us

Terkini

ROS tidak lulus pendaftaran GTA, Tun Mahathir seru pengundi sokong Pejuang

Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan bahawa GTA terpaksa menggunakan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) sebagai ganti semasa Pilihan Raya Umum 15 (PRU15) berikutan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak meluluskan pendaftaran parti baharu tersebut.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • GTA terpaksa digantikan dengan Pejuang bagi menghadapi PRU15 berikutan parti baharu itu tidak diluluskan pendaftarannya.
  • Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad seru pengundi pilih Pejuang yang mewakili GTA untuk pelihara masa depan orang Melayu sekaligus tentukan sama ada mereka dapat bahagian mereka dalam negara berbilang kaum ini.
  • “Dahulu orang Melayu dilindungi Kerajaan-kerajaan didominasi orang Melayu, iaitu UMNO. Tetapi UMNO di bawah Najib sudah ubah perjuangan UMNO dari melindungi dan memajukan orang Melayu kepada memperkayakan diri pemimpin UMNO.”
  • Tumpuan GTA bukan dapatkan posisi sebaliknya ingin memulihkan politik, ekonomi dan kewangan negara sekaligus atasi kemiskinan melemahkan ekonomi Melayu sehingga ada diantara mereka menjual tanah air mereka.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan bahawa GTA terpaksa menggunakan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) sebagai ganti semasa Pilihan Raya Umum 15 (PRU15) berikutan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak meluluskan pendaftaran parti baharu tersebut.

Justeru beliau menyeru agar pengundi memilih PEJUANG yang mewakili GTA untuk memelihara masa depan orang Melayu sekaligus menentukan sama ada mereka mendapat bahagian mereka dalam negara berbilang kaum ini.

Katanya, Kerajaan tidak meluluskan GTA, iaitu gabungan rakyat dari semua lapisan untuk mendirikan Kerajaan yang bersih, cekap dan amanah.

Beliau dalam hantaran di Facebook berkata, “GTA terdiri dari orang Melayu yang rata-rata miskin dan bermasalah. Hanya orang Melayu sahaja faham apa dihadapi oleh orang Melayu.

“Dahulu orang Melayu dilindungi, oleh Kerajaan-Kerajaan didominasi oleh orang Melayu, iaitu UMNO. Tetapi UMNO di bawah Najib sudah ubah perjuangan UMNO dari melindungi dan memajukan orang Melayu kepada memperkayakan diri pemimpin UMNO.”

Menurutnya, berikutan senario itu GTA ditubuhkan untuk melindungi dan memajukan orang Melayu iaitu parti itu akan kembali kepada perjuangan asal UMNO. 

Jelasnya, tumpuan GTA bukanlah untuk mendapatkan posisi sebaliknya mereka ingin memulihkan politik, ekonomi dan kewangan negara sekaligus mengatasi kemiskinan yang melemahkan ekonomi Melayu sehingga ada diantara mereka menjual tanah air mereka.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi, menjelaskan bahawa PEJUANG sama seperti GTA iaitu merupakan satu Gerakan Rakyat Melayu yang prihatin akan masalah orang Melayu yang tidak dipedulikan oleh UMNO.

Sebelum ini, media melaporkan GTA menetapkan akan menggunakan logo PEJUANG bagi menghadapi PRU15 berikutan Parlimen dibubarkan sebelum sempat permohonan pendaftaran GTA sebagai sebuah parti politik diluluskan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS).

Sumber : Facebook Dr. Mahathir bin Mohamad

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *