Connect with us

Terkini

PRU15: Nazri umum tidak bertanding, kembali ke bidang guaman

Bekas Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz memutuskan untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan kembali ke bidang guaman dan menjalankan perniagaan kerana tidak lagi aktif dalam politik. 

Wartawan TMT

Published

on

PRU15: Nazri umum tidak bertanding, kembali ke bidang guaman
Foto: Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz.
  • Bekas Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz memutuskan untuk tidak bertanding pada PRU15 akan kembali ke bidang guaman dan menjalankan perniagaan kerana tidak lagi aktif dalam politik. 
  • Beliau akan ke bidang guaman bersama beberapa rakan dan memulakan perniagaan.
  • “30 tahun menjalani kehidupan di mata umum adalah terlalu lama. Sudah tiba masa untuk beralih dan memberi laluan kepada generasi muda mengambil alih,” ujarnya.

PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz memutuskan untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan kembali ke bidang guaman dan menjalankan perniagaan kerana tidak lagi aktif dalam politik. 

Bagaimanapun, beliau yang pernah menyandang beberapa jawatan menteri sejak 30 tahun lalu selama enam penggal itu akan terus menjadi ahli Umno. 

“Ini dalam darah saya,” katanya kepada Free Malaysia Today.

Menurutnya, beliau akan ke bidang guaman bersama beberapa rakan dan memulakan perniagaan. 

“30 tahun menjalani kehidupan di mata umum adalah terlalu lama. Sudah tiba masa untuk beralih dan memberi laluan kepada generasi muda mengambil alih,” ujarnya.

Justeru, bekas menteri undang-undang berusia 68 tahun itu berkata, beliau akan turun padang di kawasan Padang Rengas untuk membantu calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen dan dua calon DUN kerana beliau merupakan pengerusi gabungan di sana. 

“Pada pilihan raya umum 2018 lalu, BN tidak memenangi kerusi itu secara mutlak memandangkan gabungan undi PAS dan PH adalah lebih tinggi daripada apa yang kita dapat.

“Sekarang PAS dan Bersatu berada dalam gabungan, undi PH akan pergi kepada calon PN. 

“Jadi, saya akan melakukan yang terbaik untuk memastikan jentera lama saya akan melakukan yang terbaik untuk menghalangnya,” sambungnya. 

Pada pilihan raya 2018, Nazri memperoleh 10,491 undi, manakala pesaing terdekatnya Ejazi Yahaya (PKR) memperoleh 7,943 undi, Mohd Azalan Mohd Radzi (PAS) memperoleh 6,847 undi dan Ahmad Affandi Fairuz (Kita) 1,380 undi.

Januari lalu, Nazri mendedahkan beliau ditawarkan jawatan duta ke Switzerland pada 2019, namun menolaknya kerana perlu melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen, seperti yang ditetapkan di Eropah. 

Pada Ogos, beliau mengumumkan tidak akan terlibat secara aktif dalam politik untuk memberi laluan kepada ahli politik generasi muda. 

Nazri telah menjadi Ahli Parlimen sejak 1995. Antara jawatan menteri yang pernah disandangnya adalah undang-undang, pembangunan usahawan serta pelancongan dan budaya. 

Beliau juga pernah menjadi timbalan menteri kewangan 1 dan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri. 

Sebagai menteri dan ‘backbencher’, Nazri dikenali dengan sikap terus terangnya di Parlimen, kadangkala menyentuh isu sensitif yang melibatkan semua kaum. 

Beliau juga lantang mengkritik Dr Mahathir Mohamad ketika bekas perdana menteri berkenaan menyerang kepimpinan penggantinya, Abdullah Ahmad Badawi. 

Beliau merupakan antara Ahli Parlimen yang menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri tahun lalu, yang membawa kepada kejatuhan pentadbiran Perikatan Nasional (PN), membuka jalan kepada Umno menerajui kerajaan.

Sumber: Free Malaysia Today

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Media jangan timbul persepsi, kaitkan tindakan keganasan dengan agama pelaku – Pendakwah

Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz (kiri) & Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung (kanan).
  • Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.
  • Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.
  • Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.
  • “Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 
  • “Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
  • Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.
  • Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

KUALA LUMPUR — Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.

Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.

“Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 

“Dia pasti tidak akan memalukan diri sendiri mendedah aurat atau mencederakan orang lain.

“Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Semalam, media melaporkan suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Ahad merupakan seorang hafiz al-Quran dan pernah mengikuti pengajian di sebuah pondok di Repek, Pasir Mas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan sebagai berkata hasil ujian dilakukan pada Isnin mendapati suspek berusia 38 tahun itu fasih dengan ayat-ayat al-Quran dan sebagainya.

Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.

Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

Seriously saya tak nampak. Andai mesej ingin disampaikan ialah sebagai seorang penghafal Quran dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian, semua Muslim tidak seharusnya melakukan apa yang telah dilakukannya.

“Jikalau ini adalah amalan biasa, harap selepas ini mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh juga ditulis masjid, gereja, tokong, kuil dan kelayakan agama pelaku untuk lebih saksama,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini, semalam. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending