Connect with us

Terkini

PRU-15: Persatuan pelajar mohon SPR tetap tarikh sesuai buat mahasiswa

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempertimbangkan pelbagai faktor sebelum menetapkan tarikh-tarikh penting bagi memudahkan mahasiswa terlibat dalam proses pengundian pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Wartawan TMT

Published

on

PRU-15: Persatuan pelajar mohon SPR tetap tarikh sesuai buat mahasiswa
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) gesa SPR mempertimbangkan beberapa faktor sebelum menetapkan tarikh PRU.
  • Faktor itu termasuk cuti pertengahan semester universiti dan tarikh pelaksanaan konvokesyen yang akan diadakan pada November ini.
  • PKPIM mencadangkan agar SPR menetapkan hari mengundi pada Sabtu atau Ahad bagi memberi ruang kepada mahasiswa.

KUALA LUMPUR – Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempertimbangkan pelbagai faktor sebelum menetapkan tarikh-tarikh penting bagi memudahkan mahasiswa terlibat dalam proses pengundian pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presidennya, Ahmad Farhan Rosli berkata, faktor tersebut termasuk cuti pertengahan semester universiti dan tarikh pelaksanaan konvokesyen membabitkan sebahagian besar universiti tempatan yang akan diadakan pada November ini.

Beliau berkata, SPR mempunyai kuasa mengikut lunas Perlembagaan dan undang-undang dalam proses perjalanan pilihan raya meliputi tarikh penamaan calon, tempoh berkempen, tarikh undi awal serta hari pengundian.

“Oleh itu, PKPIM mencadangkan agar SPR menetapkan hari mengundi pada Sabtu atau Ahad bagi memberi ruang kepada mahasiswa, pengundi muda dan seluruh rakyat Malaysia untuk pulang ke kawasan masing-masing bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam pilihan raya kali ini.

“Berdasarkan rekod sebelum ini, hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) dan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) telah diadakan pada hari Ahad dan Sabtu.

“Kali terakhir Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan pada hari bekerja adalah pada 2018 dimana tarikh pengundian jatuh pada hari Rabu, 9 Mei 2018,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian pada Selasa.

Ahmad Farhan berkata, penetapan hari mengundi yang rasional dapat menyumbang kepada peningkatan peratusan keluar mengundi.

“Untuk rekod, PRU14 yang lalu mencatatkan peratusan keluar mengundi yang tinggi iaitu sebanyak 82.32 peratus pengundi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi,” katanya.

Katanya lagi, perkara itu juga jelas penting kerana mahasiswa merupakan sebahagian besar daripada lebih 5.74 juta pengundi muda berusia 18 hingga 30 tahun yang layak mengundi pada PRU15.

“PKPIM berharap pihak SPR dapat menimbang cadangan ini bagi memastikan setiap rakyat dapat sama-sama terlibat dalam proses terpenting menentukan masa depan negara bagi tempoh lima tahun akan datang,” katanya.

Pada Isnin, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa 10 Oktober selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memberi laluan kepada PRU15.

Sumber: Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Media jangan timbul persepsi, kaitkan tindakan keganasan dengan agama pelaku – Pendakwah

Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz (kiri) & Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung (kanan).
  • Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.
  • Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.
  • Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.
  • “Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 
  • “Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
  • Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.
  • Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

KUALA LUMPUR — Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.

Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.

“Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 

“Dia pasti tidak akan memalukan diri sendiri mendedah aurat atau mencederakan orang lain.

“Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Semalam, media melaporkan suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Ahad merupakan seorang hafiz al-Quran dan pernah mengikuti pengajian di sebuah pondok di Repek, Pasir Mas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan sebagai berkata hasil ujian dilakukan pada Isnin mendapati suspek berusia 38 tahun itu fasih dengan ayat-ayat al-Quran dan sebagainya.

Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.

Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

Seriously saya tak nampak. Andai mesej ingin disampaikan ialah sebagai seorang penghafal Quran dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian, semua Muslim tidak seharusnya melakukan apa yang telah dilakukannya.

“Jikalau ini adalah amalan biasa, harap selepas ini mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh juga ditulis masjid, gereja, tokong, kuil dan kelayakan agama pelaku untuk lebih saksama,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini, semalam. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending