Connect with us

Terkini

PH guna media baharu untuk rosakkan pengundi muda Melayu – Hadi Awang

Pakatan Harapan (PH) menggunakan pengaruh media baharu yang digunakan untuk merosakkan pengundi muda Melayu, kata Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang. 

Wartawan TMT

Published

on

PH guna media baharu untuk rosakkan pengundi muda Melayu - Hadi Awang
Foto: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang. 
  • Pakatan Harapan (PH) menggunakan pengaruh media baharu untuk merosakkan pengundi muda Melayu, kata Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang. 
  • Perkara itu menunjukkan suatu bentuk ‘penjajahan ‘baharu terhadap tanah air dan tidak boleh dipandang remeh.
  • Perbelanjaan besar pengaruh media baharu itu ditaja dalam kalangan pihak menguasai ekonomi dari dalam dan luar negara. 
  • PAS menolak untuk menjalinkan kerjasama dengan PH kerana ramai dalam mereka mengumpulkan kumpulan pemberi dan penerima rasuah.

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) menggunakan pengaruh media baharu yang digunakan untuk merosakkan pengundi muda Melayu, kata Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang. 

“Perkara itu menunjukkan suatu bentuk ‘penjajahan ‘baharu terhadap tanah air dan tidak boleh dipandang remeh,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau semalam. 

Beliau berkata perbelanjaan besar pengaruh media baharu itu ditaja dalam kalangan pihak menguasai ekonomi dari dalam dan luar negara. 

Hadi berkata, PAS menolak untuk menjalinkan kerjasama dengan PH kerana ramai dalam kalangan parti itu tidak beriman (beraqidah) dan bermoral (berakhlak) secara terbuka serta mengumpulkan kumpulan pemberi dan penerima rasuah. 

“Islam menegaskan bahawa pemberi rasuah itu lebih besar dosa dan laknatnya daripada penerima rasuah, walaupun kedua-dua pihak dilaknat dengan keras. 

“Namun, pemberi rasuah masih diselamatkan daripada tindakan undang-undang, khususnya ketika PH memerintah dalam jangka yang pendek,” katanya.

Hadi berkata sudah tiba masanya semua pihak berpadu tenaga membanteras amalan rasuah agar tidak terus merebak dan seterusnya menjadi pandemik yang merosakkan generasi anak cucu kita.

 Sumber: Facebook Abdul Hadi Awang 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending