Connect with us

Terkini

Pertemuan hampir sejam, PM selesai menghadap Agong

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara, sebentar tadi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pertemuan hampir sejam, PM selesai menghadap Agong
Foto: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
  • Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, kira-kira jam 4.45 petang.
  • Sesi Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong mendapat perhatian berikutan spekulasi beliau memohon pembubaran Parlimen.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara, sebentar tadi.

Kenderaan Toyota Alphard putih yang membawa Perdana Menteri dilihat keluar dari pintu utama Istana Negara kira-kira jam 4.45 petang tadi, selepas pertemuan hampir sejam dengan Yang di-Pertuan Agong.

Ismail Sabri sempat melambai kepada hampir 100 pengamal media yang berkampung di hadapan pintu utama Istana Negara seawal jam 7.30 pagi tadi.

Sesi Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini mendapat perhatian berikutan spekulasi beliau memohon pembubaran Parlimen daripada baginda bagi memberi laluan kepada pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Sumber: Berita Harian 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *