Connect with us

Antarabangsa

Larangan berhijab di institusi pengajian India: Dua hakim bercanggah pendapat

Dua hakim Mahkamah Agung di India menyampaikan keputusan yang bercanggah semalam samada larangan Karnataka terhadap hijab di dalam kelas harus kekal atau tidak.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Larangan berhijab di institusi pengajian India: Dua hakim bercanggah pendapat
  • Isu larangan berhijab di institusi pengajian India masih belum mencapai kata putus di Mahkamah Agung di India akibat percanggahan pendapat dua hakim.
  • Hakim Sudhanshu Dhulia berpendapat larangan hijab akan menjadi faktor tambahan yang menghalang akses pendidikan wanita di India yang sememangnya sukar.
  • Hakim Hemant Gupta berpendapat pemakaian simbol agama di institusi pengajian hanya akan menyukarkan matlamat mencapai perlembagaan persaudaraan.
  • Pada 15 Mac lalu, Mahkamah Tinggi Karnataka di India enggan membatalkan larangan itu sebelum pelajar Islam mencabar perintah Mahkamah Tinggi itu di Mahkamah Agung.

Dua hakim Mahkamah Agung di India menyampaikan keputusan yang bercanggah semalam samada larangan Karnataka terhadap hijab di dalam kelas harus kekal atau tidak.

Walaupun Hakim Hemant Gupta menyokong larangan hijab, Hakim Sudhanshu Dhulia berkata beliau “secara hormat tidak bersetuju” dengannya atas alasan kepentingan pendidikan wanita.

Hakim Dhulia menekankan tentang sekularisme, kebebasan berperlembagaan, dan membenarkan pendidikan kanak-kanak perempuan. 

“Disiplin di institusi pengajian memang penting. Tetapi bukan dengan melibatkan kebebasan dan maruah. Meminta seorang pelajar pra-universiti untuk menanggalkan tudungnya di pintu pagar institusinya adalah pencerobohan terhadap privasi dan maruahnya,” kata hakim itu.

Hakim Dhulia mengingatkan bahawa mendapatkan pendidikan bagi seorang kanak-kanak perempuan di negara itu adalah lebih sukar berbanding kanak-kanak lelaki. 

Maka larangan memakai hijab hanya akan menyukarkan lagi akses pendidikan mereka.

Hakim Hermant Gupta pula memberi pandangan sebaliknya. 

Dia berpendapat sekularisme terpakai kepada semua rakyat. 

Maka dengan membenarkan satu komuniti memakai simbol agama mereka adalah bertentangan dengan konsep sekularisme. 

Matlamat perlembagaan persaudaraan tidak akan dapat dicapai jika pelajar dibenarkan membawa simbol agama ke kelas, tegasnya.

“Akidah agama tidak sepatutnya dibawa ke institusi pengajian sekular yang diselenggarakan dengan dana negara. Tidak salah jika mereka mahu berhijab di institusi yang memberi kebenaran sebegitu. Tapi bagi institusi yang bergantung sepenuhnya pada dana kerajaan, perlu mengikut peraturan sepenuhnya” kata hakim Gupta.

Pelajar Islam menentang larangan kerajaan negeri Karnataka terhadap pemakaian hijab di kampus. 

Perintah larangan pada 5 Februari itu merujuk kepada pakaian “yang mengganggu kesaksamaan, integriti dan ketenteraman awam di sekolah dan kolej” serta membandingkan hijab dengan bindi dipakai penganut Hindu dan serban dipakai Sikh.

Pada 15 Mac, Mahkamah Tinggi Karnataka enggan membatalkan larangan itu. Pelajar Islam mencabar perintah Mahkamah Tinggi itu di Mahkamah Agung.

Sumber: NDTV

Author