Connect with us

Terkini

Lando Zawawi, Ahmad Idham antara muka baharu GTA

Dua pelakon bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 19 November ini atas tiket Gerakan Tanah Air (GTA).

Wartawan TMT

Published

on

Lando Zawawi, Ahmad Idham antara muka baharu GTA
Foto: Lando Zawawi dan Ahmad Idham.
  • Dua pelakon bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 19 November ini atas tiket Gerakan Tanah Air (GTA).
  • Mereka ialah pelakon dan pengarah, Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri serta pelakon yang juga pengasas Ikatan Silaturahim Brotherhood, Azlan Sani Zawawi.
  • Gambar mereka  dipaparkan menerusi akaun Facebook beberapa pemimpin Parti Berjasa dengan tajuk, “PRU-15 Medan Terbaik Tampilkan Pemimpin Imej Baharu”.

KUALA LUMPUR – Dua pelakon bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 19 November ini atas tiket Gerakan Tanah Air (GTA).

Mereka ialah pelakon dan pengarah, Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri serta pelakon yang juga pengasas Ikatan Silaturahim Brotherhood, Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali sebagai Lando Zawawi.

Selain itu, aktivis organisasi Islam, Aminuddin Yahya juga turut disebut akan bertanding yang masing-masing menggunakan logo Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Gambar mereka ini telah dipaparkan menerusi akaun Facebook beberapa pemimpin Parti Berjasa dengan tajuk, “PRU-15 Medan Terbaik Tampilkan Pemimpin Imej Baharu”.

Turut disenaraikan ialah Mohd Khairul Azam Abdul Aziz atau Buzze Azam dari Parti Putra; Ketua Pejuanita parti Pejuang, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim; Presiden Berjasa, Zamani Ibrahim; Timbalan Presiden Berjasa, Datuk Mohd Rosli Ramli; Naib Presiden yang juga Pengarah Pilihanraya Berjasa, Ir. Lukman Al-Hakim; dan Setiausaha Agung Berjasa, Zulkifli Yahya.

Bersama gambar calon, turut disertakan kenyataan dari Ir. Lukman yang dilaporkan berkata, PRU15 kali ini boleh dikatakan sebagai peperangan besar dan penting.

Menurutnya, UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan cuba sekali lagi bangkit berkuasa demi menyelamatkan masa depan politik mereka, manakala Pakatan Harapan (PH) yang sudah hilang taring akibat kegagalan 22 bulan memerintah, berusaha meyakinkan pengundi sekali lagi.

“Berbeza pula dengan sebuah gerakan rakyat yang dinamakan sebagai Gerakan Tanah Air (GTA) yang muncul di tengah kemelut politik tanah air.

“GTA didokongi bukan sahaja parti politik yang baharu, tiada rekod politik kotor, tetapi gerakan ini juga memperlihatkan penyertaan banyak NGO dan tokoh nasional yang selama ini bersuara demi kepentingan agama, bangsa dan tanah air dari luar tembok politik.

“GTA merupakan wadah berwibawa yang berjaya mengumpulkan pemimpin yang boleh membantu merejuvenasi politik negara dengan imej baharu,” katanya.

Katanya lagi, semua calon ditampilkan GTA adalah individu yang bebas salah laku dan dakwaan di mahkamah, malah antara pemain politik baharu tanah air yang bebas dari kehidupan kotor politikus sedia ada.

Beliau yakin PRU15 ini medan terbaik untuk rakyat memilih dan menghantar ke Parlimen Malaysia wajah baharu pemimpin. 

Sumber: Malaysia Gazette

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Kolumnis

Bukankah sambut hari raya Aidilfitri sehari sahaja, bukan sebulan?

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan musim perayaan yang sangat dinantikan dan dirai penuh kegembiraan di mana waktu ini digunakan untuk menziarahi ke rumah keluarga dan rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Selama sebulan juga, terutamanya masyarakat Melayu Muslim, rumah-rumah mereka akan ‘dibuka’ dengan menghidangkan pelbagai juadah dan rumah dihias cantik untuk menyambut tetamu yang datang.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah ‘Adakah tradisi ‘raya sebulan’ ini bertepatan dengan syariat Islam? Bukankah Islam hanya menganjurkan sehari sahaja dalam menyambut Aidilfitri, bukannya sebulan?’

Menariknya, persoalan ini telahpun dijawab menerusi artikel ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-684: Bolehkah Menyambut Hari Raya selama Sebulan Syawal’ dan ‘Al-Kafi #1296: Sambut Hari Raya Sebulan itu Bid’ah?’ di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel itu mengatakan sememangnya Hari Raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW ketika baginda tiba di Madinah, penduduk Madinah menyambut dua perayaan. Lalu Baginda SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” (Riwayat Ahmad, No. 12362)

Ini bermakna, hanya dua perayaan disyariatkan bagi umat Islam untuk dirayakan atas perintah Allah SWT.

Namun, apakah membezakan hari raya yang disyariatkan dengan hari-hari lain? Bezanya adalah pada amalan ibadat yang khusus diperintahkan untuk dilakukan pada hari tersebut.

Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri disyariatkan melakukan ibadah solat hari raya, menunaikan zakat fitrah dan takbir yang hanya berlaku pada satu Syawal. Bahkan, pada hari tersebut umat Islam diharamkan berpuasa.

Dan sesudah hari tersebut tidak disyariatkan dengan apa-apa amalan ibadat khusus. Tiada lagi ibadat seperti solat sunat, mandi sunat dan takbir hari raya.

Maka, amalan ziarah-menziarahi sanak saudara bukanlah satu amalan ibadat yang dikhususkan dalam perayaan Aidilfitri. Ia hanyalah suatu tradisi yang baik dan diharuskan dalam Islam.

Mengikut Pejabat Mufti WP, mana-mana adat tradisi yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak, maka hukum asalnya adalah harus. Dalam kaedah Fiqh disebutkan:

“Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)” (Al-Asyhbah wa al-Nazoir, ms. 60)

Bahkan tiada sesiapa pun mengikat amalan seperti ziarah-menziarahi, bermaafan, menjamu makan dan seumpamanya hanya mesti diadakan pada hari raya.

Ia sekadar tradisi diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.

Kesimpulannya, hari raya Aidilfitri yang disyariatkan sememangnya pada satu Syawal. Namun, tiada masalah untuk menyambut hari raya dengan melakukan ziarah-menziarahi sepanjang Syawal kerana ia merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam.

Malah, dalam satu hadis Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa cintanya Allah SWT kepada mereka yang menziarahi orang lain. Sabdanya

“Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: Ke manakah engkau mahu pergi? Jawab lelaki itu: Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini. Malaikat berkata: Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepadanya? Lelaki itu berkata: Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantar kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu.” (Riwayat Muslim, No. 6714) –The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Trending