Connect with us

Terkini

Kes pecah amanah Syed Saddiq: pendakwaan berjaya timbulkan prima facie

Pasukan pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis bahawa mereka berjaya menimbulkan prima facie bagi kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan Ahli Parlimen, Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Wartawan TMT

Published

on

Kes pecah amanah Syed Saddiq: pendakwaan berjaya timbulkan prima facie
Foto: Syed Saddiq.
  • Pasukan pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie bagi kes subahat pecah amanah membabitkan Ahli Parlimen, Muar.
  • Pihak pembelaan gagal mematahkan kes pendakwaan dan keterangan saksi-saksi kekal kukuh bagi membuktikan kesalahan tersebut.
  • “Kami hanya perlu membuktikan tindakan tertuduh mengarahkan pengeluaran wang RM1 juta itu yang termasuk bawah kesalahan bersubahat,” – Timbalan Pendakwa Raya.

KUALA LUMPUR – Pasukan pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis bahawa mereka berjaya menimbulkan prima facie bagi kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan Ahli Parlimen, Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ketika prosiding hujahan di akhir kes pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata, sehingga ke saat ini, pihak pembelaan gagal mematahkan kes pendakwaan dan keterangan saksi-saksi kekal kukuh bagi membuktikan kesalahan tersebut.

Dalam kes ini, antara saksi yang hadir memberi keterangan ialah saksi pendakwaan ke-13 (SP-13), bekas Penolong Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Rafiq Hakim Razali dan SP-29, Pegawai Penyiasat SPRM Putrajaya, Asbi Munip.

“Kami menegaskan, pendakwaan tidak perlu membuktikan tertuduh melakukan kesalahan pecah amanah jenayah kerana itu bukan elemen pertuduhan.

“Kami hanya perlu membuktikan tindakan tertuduh mengarahkan pengeluaran wang RM1 juta itu yang termasuk bawah kesalahan bersubahat,” katanya.

Wan Shaharuddin berkata, mereka hanya perlu menunjukkan setiap tindakan Rafiq Hakim adalah disebabkan arahan yang diberikan oleh tertuduh.

Beliau berkata, Syed Saddiq telah mengarahkan SP-13 itu supaya memindahkan kutipan derma RM1.12 juta daripada akaun Maybank dan CIMB Armada Bumi Bersatu Enterprise (ABBE) ke akaun Maybank milik tertuduh.

Menurutnya, wang yang dikeluarkan adalah melibatkan jumlah RM120,000 pada April 2018 manakala pada 6 Mac 2020 bernilai RM1 juta.

Bagi kes AMLA pula, Wan Shaharuddin berkata, dua transaksi dilakukan pada 16 dan 19 Jun 2018, masing-masing RM50,000 daripada akaun Maybank milik tertuduh ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) miliknya.“Tertuduh tidak pernah memberitahu tiga saksi termasuk Rafiq Hakim bahawa wang itu digunakan untuk menggantikan perbelanjaan pendahuluan yang dibuat ketika berkempen atau membantu mangsa banjir.

“Terdapat keterangan yang jelas menunjukkan bahawa wang yang diperoleh hasil daripada program-program kutipan derma tersebut tidak pernah digunakan untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14),” katanya.

Selain itu Wan Shaharuddin berkata, berdasarkan keterangan Rafiq Hakim dan Asbi memaklumkan bahawa sebarang kutipan derma adalah milik Armada dan bukanlah milik tertuduh.

Malah beliau berkata, wang tersebut dipindahkan ke akaun peribadi tertuduh sebelum PRU-14 diadakan.

Beliau berkata, wang itu kemudiannya dipindahkan ke ASB milik Syed Saddiq untuk pelaburan dan mendapatkan dividen, selepas PRU-14 berlangsung.

“Berdasarkan keterangan saksi juga, Syed Saddiq mengarahkan SP-13 untuk mengosongkan wang kerana tertuduh khuatir wang tersebut akan disita oleh pihak SPRM.

“Susulan itu, saya memohon agar tertuduh dipanggil membela diri terhadap empat pertuduhan tersebut,” katanya.

Bagaimanapun, peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Syed Saddiq menghujahkan bahawa, anak guamnya tidak menerima walau satu sen daripada pengeluaran wang RM1 juta dari akaun rasmi sayap parti tersebut.

Sebaliknya, peguam ini berkata, wang itu dibelanjakan untuk program Armada sekali gus tidak melanggar perlembagaan parti berkenaan.

“Rafiq Hakim tidak melakukan kesalahan apabila mengeluarkan RM1 juta daripada akaun rasmi CIMB Armada, maka Syed Saddiq tidak boleh dikatakan melakukan kesalahan bersubahat,” katanya.

Beliau berkata, pendakwaan mesti membuktikan bahawa tertuduh mempunyai niat tidak jujur apabila didakwa mengarahkan SP-13 itu untuk mengeluarkan wang daripada akaun bank Armada.

Satu-satunya keterangan oleh pendakwaan katanya, membabitkan arahan tertuduh supaya mengosongkan wang yang disangkal, selepas RM250,000 dilaporkan hilang dari rumahnya.

“Oleh itu, adalah wajar untuk menekankan bahawa saksi itu telah memberikan keterangan yang bercanggah.

“Semasa pemeriksaan balas pada 6 Julai lalu, dia berulang kali menyatakan tidak ingat jika tertuduh secara khusus menggunakan perkataan kosongkan,” katanya.

Mengikut pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali iaitu Penolong Bendahari Armada Bersatu yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq melupuskan wang terbabit.

Beliau juga berdepan dua pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Sumber: Sinar Harian 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Polis tahan lelaki Israel, rampas enam pistol – Ketua Polis Negara

Pihak keselamatan menahan seorang lelaki warga Israel yang menggunakan pasport Perancis dan merampas enam pucuk pistol.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
  • Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata ketika disoal siasat polis suspek berusia 36 tahun itu yang menggunakan pasport Perancis memberitahu kedatangannya ke Malaysia bagi mencari seseorang untuk dibunuh.
  • “Pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Bukit Aman telah merampas enam pucuk senjata api di dalam beg di bilik hotel,” katanya dipetik Malaysiakini pada sidang akhbar di di sini, hari ini.
  • Polis juga mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek bermula 27 Mac lalu hingga 31 Mac depan, di mana kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Pasport dan Seksyen 7 Akta Senjata Api.
  • Ketika ditanya jika individu ditahan itu perisik Israel, Razarudin berkata siasatan pihaknya juga turut mengambil kira aspek berkenaan.

KUALA LUMPUR — Pihak keselamatan menahan seorang lelaki warga Israel yang menggunakan pasport Perancis dan merampas enam pucuk pistol.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata ketika disoal siasat polis suspek berusia 36 tahun itu memberitahu kedatangannya ke Malaysia bagi mencari seseorang untuk dibunuh.

“Pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Bukit Aman telah merampas enam pucuk senjata api di dalam beg di bilik hotel,” katanya dipetik Malaysiakini pada sidang akhbar di di sini, hari ini.

Beliau berkata suspek memasuki negara ini pada 12 Mac lalu menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Polis juga mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek bermula 27 Mac lalu hingga 31 Mac depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Pasport dan Seksyen 7 Akta Senjata Api.

“Dia (suspek) duduk di dua, tiga hotel sebelum ini. Apa yang membimbangkan di sini, isu di Palestin dan Israel.

“Kita juga waspada terutama keselamatan perdana menteri dan Yang di-Pertuan Agong dan pegawai-pegawai, orang kenamaan yang kita perlu ambil kira.

“Mungkin dia ada agenda lain yang dia datang sini bermula 12 Mac lalu sehingga tertangkap,” kata Razarudin.

Ketika ditanya jika individu ditahan itu perisik Israel, Razarudin berkata siasatan pihaknya juga turut mengambil kira aspek berkenaan.

“Kita siasat ke arah itu,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending