Connect with us

Terkini

‘Istiqamahlah dengan PAS tapi undilah BN, elak mudarat PH’ – Khairuddin

Penyandang kerusi Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berharap ahli-ahli Pas mengundi BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi mengelak kemungkinan timbul sebarang mudarat sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang.

Wartawan TMT

Published

on

‘Istiqamahlah dengan PAS tapi undilah BN, elak mudarat PH’ - Khairuddin
Foto: Penyandang kerusi Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
  • Penyandang kerusi Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berharap ahli-ahli Pas mengundi BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi mengelak kemungkinan timbul sebarang mudarat sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang.
  • “Menghalang mudarat PH adalah wajib kerana mudarat mereka mestilah dihilangkan dan sepatutnya dilakukan muafakat Pas dan UMNO yang besar bilangan sokongan iaitu 3.4 juta ahli campur 1 juta ahli menjadikan 4.4 juta penyokong.
  • “Tapi 4.4 juta tak berlaku maka kena sokong ahlinya 3.4 juta, jangan sokong yang sejuta, yang bercampur entah berapa daripada Parti Bumi Bersatu Malaysia (Bersatu). BN sahaja yang boleh halang PH menang,” kata Khairuddin.

KUALA NERUS – Penyandang kerusi Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berharap ahli-ahli Pas mengundi BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi mengelak kemungkinan timbul sebarang mudarat sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang.

Beliau berkata, ia bukan bermakna ahli Pas tidak istiqamah dengan parti mereka, sebaliknya tindakan itu bertujuan menghilangkan mudarat yang sepatutnya dilakukan dengan muafakat Pas dan UMNO.

“Menghalang mudarat PH adalah wajib kerana mudarat mereka mestilah dihilangkan dan sepatutnya dilakukan dengan muafakat Pas dan UMNO yang besar bilangan sokongan iaitu 3.4 juta ahli campur 1 juta ahli menjadikan 4.4 juta penyokong.

“Tapi yang 4.4 juta tak berlaku maka kena sokong yang ahlinya 3.4 juta, jangan sokong yang sejuta, yang bercampur entah berapa daripada Parti Bumi Bersatu Malaysia (Bersatu). BN sahaja yang boleh halang PH menang.

“Ahli Pas kekal dan istiqamahlah dengan Pas tapi undilah BN untuk halang mudarat PH,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membuat rakaman berucap pada program Sarapan Pagi Bersama Veteran UMNO di pekarangan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir di sini hari ini yang dimuat naik di media sosial miliknya.

Dalam pada itu, Khairuddin berkata, beliau berhak bercakap soal Muafakat Nasional (MN) kerana terlibat secara langsung dengan proses merealisasikan penyatuan dua parti Melayu Islam sejak awal sebelum BN tewas pada PRU14 lagi.

“Saya merupakan antara wakil Pas yang terlibat secara langsung sejak awal untuk menyatukan Pas dan UMNO,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Kolumnis

Bukankah sambut hari raya Aidilfitri sehari sahaja, bukan sebulan?

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan musim perayaan yang sangat dinantikan dan dirai penuh kegembiraan di mana waktu ini digunakan untuk menziarahi ke rumah keluarga dan rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Selama sebulan juga, terutamanya masyarakat Melayu Muslim, rumah-rumah mereka akan ‘dibuka’ dengan menghidangkan pelbagai juadah dan rumah dihias cantik untuk menyambut tetamu yang datang.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah ‘Adakah tradisi ‘raya sebulan’ ini bertepatan dengan syariat Islam? Bukankah Islam hanya menganjurkan sehari sahaja dalam menyambut Aidilfitri, bukannya sebulan?’

Menariknya, persoalan ini telahpun dijawab menerusi artikel ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-684: Bolehkah Menyambut Hari Raya selama Sebulan Syawal’ dan ‘Al-Kafi #1296: Sambut Hari Raya Sebulan itu Bid’ah?’ di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel itu mengatakan sememangnya Hari Raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW ketika baginda tiba di Madinah, penduduk Madinah menyambut dua perayaan. Lalu Baginda SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” (Riwayat Ahmad, No. 12362)

Ini bermakna, hanya dua perayaan disyariatkan bagi umat Islam untuk dirayakan atas perintah Allah SWT.

Namun, apakah membezakan hari raya yang disyariatkan dengan hari-hari lain? Bezanya adalah pada amalan ibadat yang khusus diperintahkan untuk dilakukan pada hari tersebut.

Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri disyariatkan melakukan ibadah solat hari raya, menunaikan zakat fitrah dan takbir yang hanya berlaku pada satu Syawal. Bahkan, pada hari tersebut umat Islam diharamkan berpuasa.

Dan sesudah hari tersebut tidak disyariatkan dengan apa-apa amalan ibadat khusus. Tiada lagi ibadat seperti solat sunat, mandi sunat dan takbir hari raya.

Maka, amalan ziarah-menziarahi sanak saudara bukanlah satu amalan ibadat yang dikhususkan dalam perayaan Aidilfitri. Ia hanyalah suatu tradisi yang baik dan diharuskan dalam Islam.

Mengikut Pejabat Mufti WP, mana-mana adat tradisi yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak, maka hukum asalnya adalah harus. Dalam kaedah Fiqh disebutkan:

“Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)” (Al-Asyhbah wa al-Nazoir, ms. 60)

Bahkan tiada sesiapa pun mengikat amalan seperti ziarah-menziarahi, bermaafan, menjamu makan dan seumpamanya hanya mesti diadakan pada hari raya.

Ia sekadar tradisi diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.

Kesimpulannya, hari raya Aidilfitri yang disyariatkan sememangnya pada satu Syawal. Namun, tiada masalah untuk menyambut hari raya dengan melakukan ziarah-menziarahi sepanjang Syawal kerana ia merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam.

Malah, dalam satu hadis Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa cintanya Allah SWT kepada mereka yang menziarahi orang lain. Sabdanya

“Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: Ke manakah engkau mahu pergi? Jawab lelaki itu: Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini. Malaikat berkata: Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepadanya? Lelaki itu berkata: Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantar kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu.” (Riwayat Muslim, No. 6714) –The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending