Connect with us

Terkini

BN tawarkan lebih 90 perkara dalam manifesto PRU15

Manifesto Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) terdiri daripada 10 teras dengan lebih 90 tawaran.

Wartawan TMT

Published

on

BN tawarkan lebih 90 perkara dalam manifesto PRU15
Foto: Sumber MalaysiaGazette.
  • Manifesto BN untuk PRU15 terdiri daripada 10 teras dengan lebih 90 tawaran.
  • Ia akan mencakupi kepentingan kesemua lapisan masyarakat.
  • Rakyat amat merindukan Kerajaan BN yang dominan berikutan kesengsaraan dialami di bawah pentadbiran PH dan PN di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin. –  Ahmad Zahid Hamidi
  • BN perlu mengikut jejak kejayaan dikecapi parti itu pada PRU11 yang memperlihatkan BN dapat kemenangan mutlak dengan majoriti lebih dua pertiga sehingga menjadikan suara pembangkang ‘kerdil’.

BERA – Manifesto Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) terdiri daripada 10 teras dengan lebih 90 tawaran.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, manifesto berkenaan akan mencakupi kepentingan kesemua lapisan masyarakat.

Menurut beliau, rakyat ketika ini amat merindukan Kerajaan BN yang dominan berikutan kesengsaraan yang dialami di bawah pentadbiran Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional (PN) di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Justeru kerinduan rakyat terhadap pentadbiran BN perlu dijawab dengan penuh bijaksana oleh jentera parti.

“Apabila rakyat sekali lagi memberikan dukungan secara dominan kepada calon BN dan kita akan menghidangkan banyak tawaran dalam manifesto yang akan dibentangkan.

“Insya-Allah kita akan lihat bila manifesto ini dihidangkan ia akan ada lebih 10 teras dan akujanji untuk pengundi.

“Malah kita akan tawarkan lebih 90 perkara untuk rakyat pelbagai golongan daripada kumpulan minoriti hingga kumpulan majoriti. Insya-Allah kerajaan Barisan Nasional akan memberikan keprihatinan kepada rakyat semua pihak,” kata Ahmad Zahid.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Program Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran (SKK) dan pelancaran Jentera Barisan Nasional Pahang, di sini, hari ini.

Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta barisan kepimpinan yang lain.

Ahmad Zahid sementara itu menegaskan, BN perlu menjadi dominan dan kuat di dalam Dewan Rakyat dengan majoriti yang besar.

BN perlu mengikut jejak kejayaan yang dikecapi oleh parti itu pada PRU11 yang memperlihatkan BN mendapat kemenangan mutlak dengan majoriti lebih dua pertiga sehingga menjadikan suara pembangkang ‘kerdil’.

Menurut beliau, jumlah ahli pembangkang yang ramai bukan hanya menggugat kestabilan tetapi turut mengganggu pembangunan negara.

“Kita mahu mewujudkan sebuah negara Malaysia yang demokratik namun suara pembangkang yang terlalu kuat akan menggugat kestabilan politik di negara kita. Ini akan mengganggu kemakmuran yang dirancang oleh kerajaan,” kata Ahmad Zahid. 

Sumber: MalaysiaGazette

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Kolumnis

Bukankah sambut hari raya Aidilfitri sehari sahaja, bukan sebulan?

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan musim perayaan yang sangat dinantikan dan dirai penuh kegembiraan di mana waktu ini digunakan untuk menziarahi ke rumah keluarga dan rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Selama sebulan juga, terutamanya masyarakat Melayu Muslim, rumah-rumah mereka akan ‘dibuka’ dengan menghidangkan pelbagai juadah dan rumah dihias cantik untuk menyambut tetamu yang datang.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah ‘Adakah tradisi ‘raya sebulan’ ini bertepatan dengan syariat Islam? Bukankah Islam hanya menganjurkan sehari sahaja dalam menyambut Aidilfitri, bukannya sebulan?’

Menariknya, persoalan ini telahpun dijawab menerusi artikel ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-684: Bolehkah Menyambut Hari Raya selama Sebulan Syawal’ dan ‘Al-Kafi #1296: Sambut Hari Raya Sebulan itu Bid’ah?’ di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel itu mengatakan sememangnya Hari Raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW ketika baginda tiba di Madinah, penduduk Madinah menyambut dua perayaan. Lalu Baginda SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” (Riwayat Ahmad, No. 12362)

Ini bermakna, hanya dua perayaan disyariatkan bagi umat Islam untuk dirayakan atas perintah Allah SWT.

Namun, apakah membezakan hari raya yang disyariatkan dengan hari-hari lain? Bezanya adalah pada amalan ibadat yang khusus diperintahkan untuk dilakukan pada hari tersebut.

Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri disyariatkan melakukan ibadah solat hari raya, menunaikan zakat fitrah dan takbir yang hanya berlaku pada satu Syawal. Bahkan, pada hari tersebut umat Islam diharamkan berpuasa.

Dan sesudah hari tersebut tidak disyariatkan dengan apa-apa amalan ibadat khusus. Tiada lagi ibadat seperti solat sunat, mandi sunat dan takbir hari raya.

Maka, amalan ziarah-menziarahi sanak saudara bukanlah satu amalan ibadat yang dikhususkan dalam perayaan Aidilfitri. Ia hanyalah suatu tradisi yang baik dan diharuskan dalam Islam.

Mengikut Pejabat Mufti WP, mana-mana adat tradisi yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak, maka hukum asalnya adalah harus. Dalam kaedah Fiqh disebutkan:

“Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)” (Al-Asyhbah wa al-Nazoir, ms. 60)

Bahkan tiada sesiapa pun mengikat amalan seperti ziarah-menziarahi, bermaafan, menjamu makan dan seumpamanya hanya mesti diadakan pada hari raya.

Ia sekadar tradisi diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.

Kesimpulannya, hari raya Aidilfitri yang disyariatkan sememangnya pada satu Syawal. Namun, tiada masalah untuk menyambut hari raya dengan melakukan ziarah-menziarahi sepanjang Syawal kerana ia merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam.

Malah, dalam satu hadis Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa cintanya Allah SWT kepada mereka yang menziarahi orang lain. Sabdanya

“Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: Ke manakah engkau mahu pergi? Jawab lelaki itu: Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini. Malaikat berkata: Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepadanya? Lelaki itu berkata: Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantar kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu.” (Riwayat Muslim, No. 6714) –The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending