Connect with us

Terkini

Apa berlaku selepas parlimen dibubarkan?

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri secara rasmi mengumumkan pembubaran Parlimen ke-14 dalam satu Perutusan Khas yang berlangsung pada jam 3 petang semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Apa berlaku selepas parlimen dibubarkan?
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.
  • Selepas pembubaran Parlimen, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertindak mengeluarkan writ dan arahan kepada pegawai pilihan raya.
  • Kerajaan campuran pimpinan Ismail Sabri akan bertindak sebagai kerajaan sementara yang juga mempunyai kuasa sementara dan terhad untuk menjalankan tugas secara interim walaupun tiada dalam Perlembagaan. 
  • Tarikh penamaan calon ditetapkan SPR bagi membolehkan calon menyerahkan borang pencalonan kepada pegawai pilihan raya.
  • Kempen akan bermula dan berakhir pada jam 12 tengah malam sebelum hari pengundian.
  • Parti politik mempunyai tempoh kira-kira sebulan persediaan termasuk manifesto, strategi kempen dan calon yang boleh membawa kemenangan kepada mereka.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri secara rasmi mengumumkan pembubaran Parlimen ke-14 dalam satu Perutusan Khas yang berlangsung pada jam 3 petang semalam.

Pengumuman itu menamatkan teka-teki mengenai tarikh pembubaran Parlimen yang menjadi topik dan isu hangat sepanjang tempoh minggu lalu ketika Bajet 2023 dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Ia juga menandakan hari pengundian semakin hampir untuk rakyat menentukan siapa yang bakal mentadbir negara dalam tempoh lima tahun akan datang.

Malah, dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, baginda turut menzahirkan harapan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dijalankan dalam tempoh terdekat ini.

Ini memandangkan baginda turut mengambil kira Monsun Timur Laut yang diramal bermula pada pertengahan November ini.

Justeru, kerajaan campuran pimpinan Ismail Sabri akan bertindak sebagai kerajaan sementara yang juga mempunyai kuasa sementara dan terhad untuk menjalankan tugas secara interim walaupun tiada dalam Perlembagaan. Namun, ini berdasarkan amalan sistem Westminster.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata walaupun ia bersifat kerajaan sementara, mesyuarat Kabinet masih juga boleh dijalankan seperti biasa namun tidak boleh membuat sebarang keputusan dasar, tetapi boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam soal pentadbiran negara.

“Kabinet hanya boleh melaksanakan dasar dan keputusan yang sudah dibuat terlebih dulu, sebelum Parlimen dibubarkan. Cuma selepas ini Perdana Menteri akan jarang memanggil mesyuarat Kabinet,” katanya.

Ini bermakna, tiada sebarang undang-undang baharu akan diluluskan, tiada dasar baharu akan ditandatangani oleh mana-mana menteri dan semua rang undang-undang akan ditangguhkan.

Pensyarah Undang-Undang dan Polisi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Muhammad Fathi Yusof, berkata sesuai dengan status kerajaan sementara, jentera kerajaan di semua peringkat tidak boleh terbabit dalam kempen politik kepartian.

“Dalam tempoh ini, kerajaan hanya menjalankan tugas asasi seperti menjaga keamanan dan menguatkuasakan undang-undang, selain memantau pelaksanaan tugas harian jentera kerajaan sehinggalah PRU dapat berjalan dengan jayanya.

“Tanpa amalan kerajaan sementara, berlakulah pencabulan demokrasi, pilihan raya yang berat sebelah dan penyelewengan sumber awam.

“Ini bermakna pemimpin kerajaan baik di peringkat Persekutuan mahu pun negeri hanya boleh berkempen atas kapasiti parti, bukannya atas jawatan kerajaan,” katanya.

Selepas pembubaran Parlimen, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertindak mengeluarkan writ dan arahan kepada pegawai pilihan raya bahagian di seluruh negara untuk pilihan raya diadakan di kawasan masing-masing.

Notis pilihan raya yang mengandungi tarikh untuk penamaan calon dan tarikh pengundian awal serta pengundian biasa juga akan dikeluarkan.

Kemudiannya, tarikh penamaan calon ditetapkan oleh SPR bagi membolehkan calon yang ingin bertanding menyerahkan borang pencalonan kepada pegawai pilihan raya.

Sejurus selepas itu, kempen akan bermula dan berakhir pada jam 12 tengah malam sebelum hari pengundian.

Justeru, berdasarkan kepada kiraan berkenaan ia bermakna parti politik mempunyai tempoh kira-kira sebulan saja untuk membuat persediaan termasuk manifesto, strategi kempen dan calon yang boleh membawa kemenangan kepada mereka.

Parti politik kini sudah mula ‘memanaskan enjin’ bersedia untuk memasuki gelanggang PRU15 yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Masing-masing kini mula mengatur langkah strategi bagi menawan kembali kawasan serta menetapkan calon pilihan yang mampu menambat hati rakyat di kawasan yang dipertandingkan.

Malah, pada malam ini juga UMNO dan PKR sudah pun mengadakan mesyuarat bagi membincangkan persediaan jentera parti mereka untuk menghadapi PRU15 yang sentiasa disebut-sebut sejak 2018 selepas berlakunya langkah Sheraton.

Pada masa sama, kerajaan negeri kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor berkemungkinan akan membincangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada tarikh yang sama dengan PRU Peringkat Parlimen, seperti yang disyorkan oleh Perdana Menteri.

Sebelum ini, PAS memutuskan tiga negeri yang dikuasainya iaitu Kelantan, Kedah dan Terengganu tidak akan membubarkan DUN dalam tempoh terdekat.

Selain itu, tiga negeri di bawah Pakatan Harapan (PH) iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang juga dilaporkan akan melakukan perkara sama.

Bagi manifesto pula, Barisan Nasional (BN) dijangka akan memainkan manifesto berdasarkan inisiatif yang dibentangkan dalam Bajet 2023.

Pihak pembangkang pula dijangka akan memainkan sentimen dengan mendakwa kerajaan BN tidak bertanggungjawab kerana mahukan PRU-15 dijalankan pada waktu yang tidak sesuai.

Buat pertama kali juga, empat parti baharu akan bertanding dalam PRU-15 iaitu Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Gerakan Tanah Air (GTA).

Sumber: Berita Harian 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Media jangan timbul persepsi, kaitkan tindakan keganasan dengan agama pelaku – Pendakwah

Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz (kiri) & Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung (kanan).
  • Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.
  • Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.
  • Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.
  • “Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 
  • “Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
  • Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.
  • Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

KUALA LUMPUR — Media tempatan diingatkan untuk mengelak menggunakan tajuk mengaitkan agama dengan tindakan seseorang pelaku yang tidak seiring dengan tindakan individu beragama, termasuk mengaitkannya dengan punca keganasan pelaku.

Presiden MURSHID Malaysia, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz meminta media mengelak berbuat demikian yang menimbulkan persepsi seolah-olah agama ada kaitan dengan tindakan ganas si pelaku susulan media tempatan mengangkat tajuk bahawa suspek kes tembak di KLIA adalah seorang hafiz al-Quran.

Abdullah Bukhari berkata sebelum ini juga ada kisah seorang wanita yang melawak di kelab komedi di mana dia mengisytiharkan diri hafal 15 juzuk, namun kemudiannya membuka baju kurung digunakan dan mendakwa mempunyai tujuh teman lelaki atau kekasih.

“Hafiz Al-Quran sebenar ialah orang yang hafaz, ingat hafazan dan praktik isi kandungan al-Quran. Akhlaknya sehebat isi al-Quran yang dihafaznya. 

“Dia pasti tidak akan memalukan diri sendiri mendedah aurat atau mencederakan orang lain.

“Kepada media – elakkan headline  “SUSPEK TEMBAK KLIA HAFIZ AL-QURAN!”  Saya cadangkan guna ayat berikut – “SUSPEK TEMBAK KLIA PERNAH BELAJAR DI SEKOLAH TAHFIZ” atau JANGAN TIMBULKAN PERSEPSI KEGANASANNYA BERPUNCA DARI AGAMANYA,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Semalam, media melaporkan suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Ahad merupakan seorang hafiz al-Quran dan pernah mengikuti pengajian di sebuah pondok di Repek, Pasir Mas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan sebagai berkata hasil ujian dilakukan pada Isnin mendapati suspek berusia 38 tahun itu fasih dengan ayat-ayat al-Quran dan sebagainya.

Mengulas isu sama, pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung juga mempertikaikan tindakan sesetengah media yang mengangkat tajuk berita seperti sedemikian.

Firdaus Wong berkata beliau tidak melihat kaitan di antara perbuatan individu terbabit dengan apa yang pernah dia pelajari di sekolah tahfiz atau sebagai seorang penghafal Al-Quran.

Seriously saya tak nampak. Andai mesej ingin disampaikan ialah sebagai seorang penghafal Quran dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian, semua Muslim tidak seharusnya melakukan apa yang telah dilakukannya.

“Jikalau ini adalah amalan biasa, harap selepas ini mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh juga ditulis masjid, gereja, tokong, kuil dan kelayakan agama pelaku untuk lebih saksama,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini, semalam. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending