Connect with us

Terkini

27 NGO gesa kerajaan menang PRU15 kekal tidak iktiraf Israel

Kerajaan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) digesa mengamalkan pendirian jelas dan tidak berbelah bahagi untuk meneruskan dasar supaya tidak mengiktiraf negara apartheid Zionis Israel.

Wartawan TMT

Published

on

27 NGO gesa kerajaan menang PRU15 kekal tidak iktiraf Israel
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan juga digesa menggagalkan sebarang usaha menjejaskan keselamatan Malaysia oleh Zionis Israel.
  • Kewajipan bersolidariti dengan warga Palestin yang ingin peroleh hak keadilan, kebebasan serta tamatkan penindasan terhadap mereka tanggungjawab melampaui kaum, agama dan kepercayaan.
  • Israel berusaha dapatkan pengiktirafan diplomatik dan normalisasi hubungan dari lebih banyak negara dan Malaysia antara sasaran Israel untuk hubungan normal. 
  • Malaysia mesti tolak normalisasi Israel. Malaysia harus tegas tolak aparteid Israel seperti mana Malaysia pernah tolak dan tentang rejim apartheid di Afrika Selatan.

KUALA LUMPUR: Kerajaan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) digesa mengamalkan pendirian jelas dan tidak berbelah bahagi untuk meneruskan dasar supaya tidak mengiktiraf negara apartheid Zionis Israel.

Selain itu, kerajaan yang akan dibentuk selepas PRU15 juga digesa mengambil langkah sewajarnya bagi menggagalkan sebarang usaha untuk menjejaskan keselamatan Malaysia oleh negara Zionis Israel.

Gesaan itu disuarakan 27 organisasi terdiri pertubuhan dan badan bukan kerajaan (NGO) sebagai ingatan untuk diambil perhatian oleh semua calon dan parti politik yang bertanding dalam PRU15.

Organisasi terbabit terdiri BDS Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Pertubuhan Mawaddah Malaysia, Muslim Professionals Forum, Viva Palestina Malaysia, Yayasan Ikram Malaysia, Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia, Aliansi Masjid Sedunia Mempertahan Masjid Al Aqsa dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysi (PKPIM)

Turut menyokong gesaan sama ialah Persatuan Pelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT), MyCARE, Malaysian Women Coalition for al Quds and Palestine (MWCQP), CENTHRA Malaysia, Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR), Malaysia for Palestine (M4P), Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN), Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM), MyAqsa Defenders, Muslim Care Malaysia, PCOM, MAHABBAH MALAYSIA, RumahNgaji Negeri Sembilan (RNNS), Wanita PERKIM Seremban (WPS) dan Citizens International (CI).

Dalam pada itu, organisasi terbabit melalui kenyataan bersama berkata, menegaskan kekejaman mengerikan dan penindasan berterusan terhadap rakyat Palestin di tangan Zionis sejak 74 tahun lalu adalah satu noda pada hati nurani moral seluruh masyarakat antarabangsa. 

Justeru, menjadi kewajipan untuk bersolidariti dengan warga Palestin serta memberikan sokongan padu kepada perjuangan mereka untuk memperoleh hak keadilan, kebebasan serta menamatkan penindasan terhadap mereka adalah tanggungjawab yang melampaui kaum, agama dan kepercayaan.

Lebih membimbangkan, katanya Israel sedang berusaha mendapatkan pengiktirafan diplomatik dan normalisasi hubungan dari lebih banyak negara dan Malaysia sememangnya antara yang menjadi sasaran Israel untuk hubungan normal. 

“Oleh itu, Malaysia mesti menolak sebarang langkah normalisasi dengan Israel. Malaysia harus tegas dalam menolak aparteid Israel seperti mana Malaysia pernah menolak dan menentang rejim apartheid di Afrika Selatan satu ketika dahulu,” katanya.

Mengulas ancaman keselamatan daripada Israel, katanya, beberapa kejadian berlaku di negara ini menunjukkan bahawa negara Zionis itu telah dan sedang mencuba untuk menjejaskan keselamatan dan kedaulatan negara ini.

Paling membimbangkan, katanya kejadian terkini di mana warga negara Malaysia diupah menjayakan usaha agensi perisikan Israel Mossad. 

“Begitu juga laporan pemerolehan perisian pegintipan NSO/Pegasus oleh agensi keselamatan dalaman Malaysia dari pembekal yang mempunyai hubungan rapat dengan agensi perisikan Israel. 

“Kerajaan Malaysia yang dibentuk oleh mana-mana parti mesti mengambil langkah segera untuk menghapuskan ancaman sedemikian terhadap keselamatan negara serta memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa tiada tindakan, sama ada secara sengaja atau sebaliknya, telah diambil yang akan menyebabkan keselamatan negara terdedah kepada penembusan oleh pihak Zionis Israel,” katanya.

Sumber: Berita Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Kolumnis

Bukankah sambut hari raya Aidilfitri sehari sahaja, bukan sebulan?

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan musim perayaan yang sangat dinantikan dan dirai penuh kegembiraan di mana waktu ini digunakan untuk menziarahi ke rumah keluarga dan rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Selama sebulan juga, terutamanya masyarakat Melayu Muslim, rumah-rumah mereka akan ‘dibuka’ dengan menghidangkan pelbagai juadah dan rumah dihias cantik untuk menyambut tetamu yang datang.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah ‘Adakah tradisi ‘raya sebulan’ ini bertepatan dengan syariat Islam? Bukankah Islam hanya menganjurkan sehari sahaja dalam menyambut Aidilfitri, bukannya sebulan?’

Menariknya, persoalan ini telahpun dijawab menerusi artikel ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-684: Bolehkah Menyambut Hari Raya selama Sebulan Syawal’ dan ‘Al-Kafi #1296: Sambut Hari Raya Sebulan itu Bid’ah?’ di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel itu mengatakan sememangnya Hari Raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW ketika baginda tiba di Madinah, penduduk Madinah menyambut dua perayaan. Lalu Baginda SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” (Riwayat Ahmad, No. 12362)

Ini bermakna, hanya dua perayaan disyariatkan bagi umat Islam untuk dirayakan atas perintah Allah SWT.

Namun, apakah membezakan hari raya yang disyariatkan dengan hari-hari lain? Bezanya adalah pada amalan ibadat yang khusus diperintahkan untuk dilakukan pada hari tersebut.

Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri disyariatkan melakukan ibadah solat hari raya, menunaikan zakat fitrah dan takbir yang hanya berlaku pada satu Syawal. Bahkan, pada hari tersebut umat Islam diharamkan berpuasa.

Dan sesudah hari tersebut tidak disyariatkan dengan apa-apa amalan ibadat khusus. Tiada lagi ibadat seperti solat sunat, mandi sunat dan takbir hari raya.

Maka, amalan ziarah-menziarahi sanak saudara bukanlah satu amalan ibadat yang dikhususkan dalam perayaan Aidilfitri. Ia hanyalah suatu tradisi yang baik dan diharuskan dalam Islam.

Mengikut Pejabat Mufti WP, mana-mana adat tradisi yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak, maka hukum asalnya adalah harus. Dalam kaedah Fiqh disebutkan:

“Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)” (Al-Asyhbah wa al-Nazoir, ms. 60)

Bahkan tiada sesiapa pun mengikat amalan seperti ziarah-menziarahi, bermaafan, menjamu makan dan seumpamanya hanya mesti diadakan pada hari raya.

Ia sekadar tradisi diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.

Kesimpulannya, hari raya Aidilfitri yang disyariatkan sememangnya pada satu Syawal. Namun, tiada masalah untuk menyambut hari raya dengan melakukan ziarah-menziarahi sepanjang Syawal kerana ia merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam.

Malah, dalam satu hadis Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa cintanya Allah SWT kepada mereka yang menziarahi orang lain. Sabdanya

“Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: Ke manakah engkau mahu pergi? Jawab lelaki itu: Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini. Malaikat berkata: Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepadanya? Lelaki itu berkata: Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantar kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu.” (Riwayat Muslim, No. 6714) –The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Trending