Terkini
Wanita saman Ebit Lew kes gangguan seksual
Seorang individu yang mendakwa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual Ebit Lew telah memfailkan saman sivil ke atas selebriti itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Seorang individu yang mendakwa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual Ebit Lew telah memfailkan saman sivil ke atas selebriti itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Mangsa mendakwa Ebit Lew, 38, telah menghantar mesej-mesej serta gambar lucah kepadanya serta membuat panggilan video sambil menunjukkan kemaluan kepada mangsa.
Difahamkan mangsa telah membuat laporan polis terhadap Ebit Lew pada tahun lepas.
Sebelum ini, The Merdeka Times melaporkan bahawa Ebit Lew bakal dibicarakan di Mahkamah Majistret Tenom pada 27 hingga 30 September ini di atas 11 dakwaan gangguan seksual terhadap seorang wanita.
