Terkini
Kes Ebit Lew: Isu laman web lucah jadi perbalahan
Perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, 37, pada hari ini menjadi panas apabila isu carian dan melayari laman web lucah menjadi perdebatan pihak pembelaan dan pendakwaan.

- Perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, 37, pada hari ini menjadi panas apabila isu carian dan melayari laman web lucah menjadi perdebatan pihak pembelaan dan pendakwaan.
- Kedua-dua pihak saling berbalas hujah susulan keterangan saksi ketujuh, Juruanalisis Kanan Siasatan Audio Video PDRM, Asisten Superitendan Latifah Abdul Aziz masih menyentuh tentang gambar tangkap layar mengenai laman web lucah yang dilayari oleh pemilik telefon bimbit bertanda N1.
- Peguam mewakili Ebit, Ram Singh mengemukakan bantahan kepada mahkamah agar pendakwaan berpegang kepada pertuduhan sahaja dan tidak menyentuh terlalu banyak tentang sejarah laman web dilawati kerana ia tidak relevan dengan pertuduhan kes tersebut.
- Dalam hujah Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria, beliau memberitahu mahkamah pendakwaan ingin mengemukakan keterangan yang relevan dengan pertuduhan. Itu sebabnya pendakwaan merujuk kepada carian-carian google berunsur lucah pada tarikh-tarikh pertuduhan dibuat.
- Ebit berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.
TENOM: Perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, 37, pada hari ini menjadi panas apabila isu carian dan melayari laman web lucah menjadi perdebatan pihak pembelaan dan pendakwaan.
Kedua-dua pihak saling berbalas hujah susulan keterangan saksi ketujuh, Juruanalisis Kanan Siasatan Audio Video PDRM, Asisten Superitendan Latifah Abdul Aziz masih menyentuh tentang gambar tangkap layar mengenai laman web lucah yang dilayari oleh pemilik telefon bimbit bertanda N1.
Peguam mewakili Ebit, Ram Singh mengemukakan bantahan kepada mahkamah agar pendakwaan berpegang kepada pertuduhan sahaja dan tidak menyentuh terlalu banyak tentang sejarah laman web dilawati kerana ia tidak relevan dengan pertuduhan kes tersebut.
Dalam bantahan dilakukan, Ram berkata, pendakwaan perlu berhenti bertanya tentang carian laman enjin carian (google search) kerana ia tidak merujuk kepada pertuduhan.
“Timbalan Pendakwa Raya beritahu hanya beberapa (carian laman web), saya fikir perlu berhenti dan cukuplah bukti untuk itu, kita beralih kepada perkara yang berkaitan dengan pertuduhan.
“Malah, ia boleh membunuh karakter seseorang, kecuali gambar tangkap layar itu dikongsi antara tertuduh dan pengadu, jika tidak maka, ia tidak relevan.
“Jadi, saya mohon mahkamah merekodkan bahawa (keterangan tentang) google search mengenai pornografi perlu dihentikan dan perkataan ‘stim’ digunakan Timbalan Pendakwa Raya juga adalah subjektif.
“Seharusnya pendakwaan memanggil pengadu secepat mungkin dan bukannya berhujah tentang isu ‘stim,” katanya semasa mengemukakan bantahan kepada pihak pendakwaan di Mahkamah Majistret hari ini.
Dalam hujah Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria, beliau memberitahu mahkamah pendakwaan ingin mengemukakan keterangan yang relevan dengan pertuduhan. Itu sebabnya pendakwaan merujuk kepada carian-carian google berunsur lucah pada tarikh-tarikh pertuduhan dibuat.
“Keterangan ini penting untuk menunjukkan perbuatan dan keadaan tertuduh pada tarikh-tarikh tersebut yang berada dalam keadaan berahi setelah melawati laman web lucah menyebabkan tertuduh hantar mesej lucah kepada pengadu.
“Malah, salah satu mesej tertuduh juga mengatakan ‘sedang stim’ pada tarikh-tarikh tertentu.
“Justeru, pihak pendakwaan pohon supaya saksi ini dibenarkan beri keterangan yang berkaitan dengan tarikh-tarikh pertuduhan,” katanya.
Keterangan saksi merujuk kepada beberapa gambar tangkap layar yang mempunyai 936 gambar termasuk 146 gambar tangkap layar berunsur lucah yang dianalisis daripada telefon bimbit bertanda N1.
Majistret Nur Asyraf Zolhani kemudiannya mengarahkan kedua-dua belah pihak agar merujuk kepada gambar tangkap layar yang relevan dan berkaitan dengan tarikh-tarikh pertuduhan.
Ebit berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.
Atas kesalahan itu, Ebit didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.
Sumber: Utusan Malaysia
Antarabangsa
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.
Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima.
“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.
“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).
“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.
Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.
“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.
Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.
Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.
Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times
Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine
View this post on Instagram
-
Terkini2 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini24 hours ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Terkini2 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN
-
Terkini2 days ago
DBKL tarik balik larangan jual arak