Connect with us

Terkini

Undang-undang status wakil rakyat yang disabit kes mahkamah perlu diperbaharui

Satu reformasi undang-undang perlu dilakukan berkenaan kelayakan ahli Parlimen yang sudah disabitkan bersalah dalam kes mahkamah, sama ada boleh terus menjadi wakil rakyat atau sebaliknya.

Wartawan TMT

Published

on

Undang-undang status wakil rakyat yang disabit kes mahkamah perlu diperbaharui
Foto: Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim (kiri) dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun (kanan).
  • Reformasi undang-undang perlu dilakukan berkenaan kelayakan ahli Parlimen yang sudah disabitkan bersalah dalam kes mahkamah.
  • Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata peruntukan undang-undang sedia ada mengelirukan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun bagi memutuskan Datuk Seri Najib sebagai ahli Parlimen Pekan. 
  • Azhar merujuk kepada Perkara 48(4)(c) Perlembagaan Persekutuan bahawa status Najib akan kekal sehingga proses permohonan pengampunan diraja serta semakan kehakiman difailkannya selesai.
  • Sebaliknya, jika  merujuk kepada Perkara 48(1)(e) pula amat jelas bahawa Najib telah hilang kelayakan menjadi ahli Parlimen berdasarkan empat syarat yang ditetapkan.
  • “Pertentangan antara Perkara 48(4)(c) dan Perkara 48(1)(e) perlu diatasi dengan sistem kehakiman perlu ada satu keputusan yang muktamad dan jelas,” – Ahli Parlimen Pasir Gudang.

PASIR GUDANG – Satu reformasi undang-undang perlu dilakukan berkenaan kelayakan ahli Parlimen yang sudah disabitkan bersalah dalam kes mahkamah, sama ada boleh terus menjadi wakil rakyat atau sebaliknya.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, peruntukan undang-undang sedia ada mengelirukan contohnya Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun pada Khamis memutuskan Datuk Seri Najib Tun Razak masih lagi sebagai Ahli Parlimen Pekan.

Jelas beliau, Azhar merujuk kepada Perkara 48(4)(c) Perlembagaan Persekutuan bahawa status Najib akan kekal sehingga proses permohonan pengampunan diraja serta semakan kehakiman difailkannya selesai.

Hassan yang juga seorang peguam berkata, jika merujuk kepada Perkara 48(1)(e) pula amat jelas bahawa Najib telah hilang kelayakan menjadi ahli Parlimen berdasarkan empat syarat yang ditetapkan.

“Azhar merujuk kepada Perkara 48(4)(c) itu yang menyatakan jika petisyen pengampunan difailkan dalam masa 14 hari dari tarikh rayuan diputuskan, kehilangan kelayakan ahli Parlimen hanya akan berkuat kuasa sebaik sahaja petisyen pengampunan diselesaikan.

“Sementara Perkara 48(1)(e) pula menyatakan apabila sudah didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan, dihukum penjara tidak kurang satu tahun, didenda tidak kurang RM2,000 dan tidak mendapat pengampunan bebas, maka jelas Najib telah hilang kelayakan menjadi ahli Parlimen.

“Jadi reformasi ini perlu dilakukan kerana dilihat bertentangan,” katanya kepada pemberita selepas program penyerahan sumbangan mesin perniagaan kepada ibu-ibu tunggal di Taman Scientex di sini pada Jumaat.

Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ke atas Najib atas kesalahan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd.

Hassan yang juga anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Kebebasan Asasi dan Hak-Hak di Bawah Perlembagaan berkata, apa yang berlaku ketika ini amat melucukan dan boleh mencemar imej negara.

Katanya, pertentangan antara Perkara 48(4)(c) dan Perkara 48(1)(e) perlu diatasi dengan sistem kehakiman perlu ada satu keputusan yang muktamad dan jelas.

“Sekiranya Najib masih Ahli Parlimen Pekan, beliau tidak boleh dihalang datang ke Parlimen. Kalau datang ke Parlimen apa pakaian perlu dipakai, perlu memakai baju penjara dengan tangan bergari atau tidak,” soalnya.

Sumber: Sinar Harian 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending