Connect with us

Terkini

Tidak wujud konspirasi bagi jatuhkan reputasi Ebit Lew – Saksi

Saksi pendakwaan, Mohd Fairuz Abu, 37, menolak cadangan peguam bela di Mahkamah Majistret di sini, bahawa terdapat konspirasi untuk menjatuhkan reputasi pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Wartawan TMT

Published

on

Tidak wujud konspirasi bagi jatuhkan reputasi Ebit Lew - Saksi
Foto: Ebit Lew dan peguamnya.
  • Saksi pendakwaan, Mohd Fairuz Abu, 37, menolak cadangan peguam bela bahawa terdapat konspirasi untuk menjatuhkan reputasi pendakwah terkenal, Ebit Lew.
  • Beliau malah tidak pernah menyiarkan lagi hantaran berkaitan kes gangguan seksual membabitkan Ebit selepas laporan polis dibuat oleh seorang wanita pada 7 Ogos 2021.
  • “Saya tidak setuju,” kata Mohd Fairuz.
  • Peguam Ram Singh mencadangkan bahawa menerusi isu itu di media sosial dan membuat pengaturan kepada wanita berkenaan untuk ke Bukit Aman bagi membuat laporan polis, beliau dan Firdaus Wong telah berkonspirasi untuk merosakkan reputasi tertuduh.

TENOM – Saksi pendakwaan, Mohd Fairuz Abu, 37, menolak cadangan peguam bela di Mahkamah Majistret di sini, bahawa terdapat konspirasi untuk menjatuhkan reputasi pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Beliau malah tidak pernah menyiarkan lagi hantaran berkaitan kes gangguan seksual membabitkan Ebit selepas laporan polis dibuat oleh seorang wanita pada 7 Ogos 2021.

Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan balas daripada peguam Ram Singh kepada Mohd Fairuz pada perbicaraan hari kedua melibatkan Ebit di mahkamah itu.

“Saya tidak setuju,” kata Mohd Fairuz ketika Ram mencadangkan bahawa menerusi isu itu di media sosial dan membuat pengaturan kepada wanita berkenaan untuk ke Bukit Aman bagi membuat laporan polis, beliau dan Firdaus Wong telah berkonspirasi untuk merosakkan reputasi tertuduh.

Sementara itu, ketika dalam pemeriksaan semula pihak Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria meminta Mohd Fairuz menjelaskan kenapa tidak bersetuju bahawa dia memainkan peranan aktif dalam kes berkenaan.

“Saya sebagai pemudahcara mangsa dan kemudian mencadangkan kepada mangsa untuk berhubung terus dengan peguam MRM (Multiracial Reverted Muslims).

“Jadi saya hanya berhubung dengan wanita itu pada 26 dan 27 Julai 2021 sahaja,” katanya.

Mohd Fairuz turut menjelaskan bahawa dia hanya hadir ke Bukit Aman sebagai memberi sokongan kepada wanita itu bersama suaminya selain memberi keterangan kepada pihak polis pada 7 Ogos 2021.

Zahida juga turut meminta penjelasan daripada Mohd Fairuz bahawa beliau bersetuju membuat aturan bersama Firdaus Wong ke Bukit Aman untuk membuat laporan polis.

“Saya dan Firdaus Wong meminta peguam MRM untuk mendapatkan maklumat wanita itu dan suaminya agar dibelikan tiket kapal terbang, itu yang saya maksudkan,” katanya.

Perbicaraan hari kedua Ebit ditangguhkan pada Rabu dan akan disambung semula pada jam 9.30 pagi Khamis, pihak pendakwaan dijangka memanggil dua saksi baharu.

Sebelum ini, perbicaraan yang berlangsung selama empat hari bermula Selasa hingga Jumaat dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Muhammad Ilmami Ahmad, Zahida, Adibah Saiful Bahri dan Nur Masrin Amalia.

Ebit pula diwakili barisan peguamnya yang terdiri daripada Ram, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut, Kimberly Ye Wanchuin dan Chen Wen Jye manakala Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani.

Ebit berhadapan dengan 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian 

 

Author

Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending