Connect with us

Komuniti

Sambutan luar biasa Hari Kebangsaan 2022 terjemah semangat Keluarga Malaysia Teguh Bersama

Sambutan luar biasa rakyat pelbagai kaum yang menyertai dan menghadiri acara perbarisan dan perarakan sempena Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka, di sini pada Rabu berjaya menterjemahkan tema Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

Wartawan TMT

Published

on

Sambutan luar biasa Hari Kebangsaan 2022 terjemah semangat Keluarga Malaysia Teguh Bersama
Foto: Sumber Bernama.
  • Sambutan luar biasa rakyat sempena perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka semalam menterjemah tema ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama”.
  • Jumlah pengunjung yang di luar jangkaan kerana rakyat teruja selepas dua tahun tidak dapat sambut hari bersejarah itu secara gilang-gemilang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.
  • “Anggaran saya belum dapat maklumat, saya rasa mungkin 100,000 orang yang hadir… di semua tempat penuh sekali,” katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Kebangsaan 2022.
  • Annuar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia berkata dia sangat berpuas hati.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, “Mudah-mudahan di masa akan datang kita boleh buat lebih baik dan kita ada satu lagi acara di bawah jawatankuasa ini iaitu sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept ini di Melaka,” katanya.

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Sambutan luar biasa rakyat pelbagai kaum yang menyertai dan menghadiri acara perbarisan dan perarakan sempena Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka, di sini pada Rabu berjaya menterjemahkan tema Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, jumlah pengunjung yang di luar jangkaan adalah disebabkan keterujaan rakyat selepas dua tahun tidak dapat bersama-sama menyambut acara bersejarah itu secara gilang-gemilang.

“Saya teruja tengok dari malam tadi mereka dah berada di sini dan jam 5 pagi serta sesudah subuh tempat duduk sudah penuh. Ini sambutan luar biasa, saya juga terkejut jam 6.45 pagi tadi jalan penuh dengan kenderaan yang diparkir.

“Anggaran saya belum dapat maklumat, saya rasa mungkin 100,000 orang yang hadir… di semua tempat penuh sekali dan kita letak sistem bunyi di sepanjang tiga kilometer (km) perbarisan jadi saya harap mereka dapat mengikuti semua ulasan yang diberikan,” katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Kebangsaan 2022.

Annuar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 berkata, pihaknya sangat berpuas hati apabila acara hari ini berjalan lancar dan menyifatkan sambutan kali ini berjaya.

Annuar juga kagum dengan kesungguhan para peserta yang terlibat kerana berjaya melaksanakan persembahan, acara perbarisan dan perarakan seperti yang dirancang.

“Masa juga tepat, mengikut apa yang kita aturkan, dapat menyamakan gerak acara di darat dan pesawat yang terbang dan semuanya tepat pada saat yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan penghargaan dan rasa kagum dengan persembahan yang ditunjukkan peserta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga mengucapkan terima kasih dan tahniah atas kejayaan acara sambutan Hari Kebangsaan 2022 itu yang disempurnakan dengan baik.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, jawatankuasa induk, jawatankuasa teknikal dan subkomuniti serta semua peserta dan kontinjen yang telah berikan terbaik dan ia sangat membanggakan.

“Mudah-mudahan di masa akan datang kita boleh buat lebih baik dan kita ada satu lagi acara di bawah jawatankuasa ini iaitu sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept ini di Melaka,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Author

Komuniti

Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong

Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.

Hanani Zulkifli

Published

on

Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong
Foto: Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung (kiri), & Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri (kanan hujung).
  • Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.
  • Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
  • Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.     
  • “Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.
  • “Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.

KUALA LUMPUR – Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.

Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.     

“Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.

“Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.

Firdaus Wong berkata sahabatnya itu berkelayakan jurusan pengajian Islam dari Universiti Maghribi dan sangat aktif dalam bidang dakwah, khususnya penulisan dalam bidang hadis, maqasid syariah dan sejarah Islam.

Malah, katanya, Mohd Fikri telah menghasilkan lebih 20 buku dan pernah menjadi kolumnis dalam beberapa majalah.

“Namun hasratnya untuk meneruskan usaha dakwah itu terhenti disebabkan penyakit yang dialaminya,” kata Firdaus Wong. 

Mana-mana pihak ingin membantu usaha dakwah dan kebajikan MRM, boleh menyalurkan sumbangan ke akaun MAYBANK 5648 1052 0353 (Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor). — The Merdeka Times

Sumber:  Facebook

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending