Connect with us

Terkini

Mangsa takut buat laporan Ebit Lew di Tenom, bimbang diketahui dan dikecam – Saksi

Mahkamah Majistret Tenom pada Selasa dimaklumkan bahawa laporan polis berhubung kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal Ebit Lew dibuat di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Wartawan TMT

Published

on

Mangsa takut buat laporan Ebit Lew di Tenom, bimbang kes diketahui - Saksi
Foto: Ebit Lew, sumber Sinar Harian.
  • Mahkamah Majistret Tenom pada Selasa dimaklumkan bahawa laporan polis berhubung kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal Ebit Lew dibuat di Bukit Aman, Kuala Lumpur.
  • Ia dedahkan oleh saksi pertama pendakwaan, Mohd Fairuz Abu, 37, dalam pemeriksaan balas prosiding perbicaraan Ebit Lew, 37 atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim.
  • Mohd Fairuz memberitahu mahkamah bahawa dia tahu laporan polis dibuat oleh seorang wanita adalah bersebab.
  • “Saya tahu kerana wanita itu memberitahu saya Tenom ini kecil dan ramai orang boleh tahu bila beliau buat laporan polis. Laporan di Bukit Aman bertujuan untuk keselamatan beliau.
  • “Lagi pun beliau mengatakan balai polis Tenom ada saudaranya jadi beliau takut untuk melaporkan di sana,” – Saksi
  • Mohd Fairuz dalam pemeriksaan balas seterusnya bersetuju bahawa dia dan Firdaus Wong yang mengatur wanita itu ke Bukit Aman untuk membuat laporan polis pada 7 Ogos 2021.

TENOM – Mahkamah Majistret Tenom pada Selasa dimaklumkan bahawa laporan polis berhubung kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal Ebit Lew dibuat di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Ia dedahkan oleh saksi pertama pendakwaan, Mohd Fairuz Abu, 37, dalam pemeriksaan balas prosiding perbicaraan Ebit Lew, 37 atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim.

Mohd Fairuz memberitahu mahkamah bahawa dia tahu laporan polis dibuat oleh seorang wanita adalah bersebab.

“Saya tahu kerana wanita itu memberitahu saya Tenom ini kecil dan ramai orang boleh tahu bila beliau buat laporan polis. Laporan di Bukit Aman bertujuan untuk keselamatan beliau,” katanya bagi menjawab soalan daripada peguam Kamarudin Mohmad Chinki.

Dalam pemeriksaan balas yang sama, Kamarudin bertanya adakah ini bermaksud semua balai polis di Sabah kecil dan semua orang boleh tahu termasuk Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kepayan, Kota Kinabalu.

Bagaimanapun, Mohd Fairuz tidak bersetuju dengannya dan memberitahu bahawa itu adalah permintaan wanita itu sendiri.

“Lagi pun beliau mengatakan balai polis Tenom ada saudaranya jadi beliau takut untuk melaporkan di sana,” katanya.

Advertisement

Malah beliau memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia tidak pasti soalan pemeriksaan balas yang mengatakan bahawa adakah di balai polis di Sabah semuanya keluarga wanita itu.

Mohd Fairuz dalam pemeriksaan balas seterusnya bersetuju bahawa dia dan Firdaus Wong yang mengatur wanita itu ke Bukit Aman untuk membuat laporan polis pada 7 Ogos 2021.

Sementara itu, Ebit ketika ditemui pemberita di pekarangan mahkamah menyatakan rasa bersyukur kerana perjalanan kes sudah bermula.

“Saya rasa bersyukur, gembira walau berat ujian ini, saya macam tak sabar sebab sudah setahun saya tunggu, kalau boleh tahun lepas lagi saya nak selesaikan.

“Sebab saya bergerak ke mana-mana, itulah pandangan orang, sebutan orang jadi saya dah diuar-uarkan tak baik merata-rata, gambar yang tak baik, entah siapa-siapa kan. Jadi saya tak sabar.

“Saya dalam keadaan tenang, gembira, senyum dari tadi,” katanya ketika ditanya perasaan sepanjang berada di kandang tertuduh di dalam mahkamah.

Advertisement

Sebelum itu, perbicaraan pendakwah berkenaan ditangguhkan pada jam 4.30 petang dan akan disambung semula pada jam 9.30 pagi Rabu.

Perbicaraan yang berlangsung selama empat hari dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Muhammad Ilmami Ahmad, Zahida Zakaria, Adibah Saiful Bahri, Nur Masrin Amalia manakala Ebit diwakili barisan peguamnya yang terdiri daripada Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut, Kimberly Ye Wanchuin dan Chen Wen Jye manakala Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani.

Ebit berhadapan dengan 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian 

 

Author

Terkini

DBKL tarik balik larangan jual arak

Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
  • Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
  • Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong dalam temubual dengan Sin Chew Daily berkata, sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
  • “Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
  • “Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
  • Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
  • Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.

KUALA LUMPUR – Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.

Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong berkata sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.

Katanya, larangan penjualan minuman keras di tempat makan yang tidak halal itu dilihat sebagai peraturan terlalu ketat.

“Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.

“Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.

Di bawah garis panduan dilaksanakan pada 1 November 2021, DBKL melarang kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina di Kuala Lumpur daripada menjual minuman keras.

Advertisement

Bagaimanapun, pelanggan masih dibenarkan membeli bir dari premis itu dari 7 pagi hingga 9 malam.

Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.

Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya. 

“Malah ia dilakukan berikutan kes kemalangan maut yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang menjadi kebimbangan masyarakat dalam negara ketika itu.

“Malang sekali apabila bahagian perlesenan DBKL telah mengambil keputusan mengundur semula ke belakang (reversal). 

“Malah, keputusan menarik balik garis panduan berkenaan turut mendapat sokongan padu sebahagian pemimpin utama daripada DAP,” katanya dipetik Harakah Daily.

Advertisement

Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Razak Ramli berkata keputusan penarikan balik larangan itu akan membawa kepada lebih banyak masalah sosial.

“Umat Islam perlu bangkit melihat sikap sambil lewa kerajaan terhadap isu ini yang telah mengambil langkah ke belakang terhadap isu arak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan Abdul Razak mendapat respons Ahli Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Kasthuri Patto yang meminta beliau tidak menumpukan perhatian terhadap perkara itu.

Kashturi dilaporkan media sebagai berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan sepatutnya memberi tumpuan kepada unsur salah guna kuasa, rasuah, diskriminasi dan ketidakadilan. – The Merdeka Times

Author

Advertisement
Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending