Connect with us

Terkini

Lagi mangsa wanita buat laporan polis di Bukit Aman, dedah saksi perbicaraan Ebit Lew

Saksi pendakwaan, Mohd Fairuz Abu, 37, mendedahkan bahawa ada satu lagi laporan polis dibuat di Bukit Aman oleh seorang wanita berkaitan pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Wartawan TMT

Published

on

Lagi mangsa wanita buat laporan polis di Bukit Aman, dedah saksi perbicaraan Ebit Lew
Foto: Ebit Lew.
  • Saksi pendakwaan, Mohd Fairuz Abu, 37, mendedahkan bahawa ada satu lagi laporan polis dibuat di Bukit Aman oleh seorang wanita berkaitan pendakwah terkenal, Ebit Lew.
  • Mohd Fairuz berkata demikian pada sesi pemeriksaan balas terhadapnya oleh peguam, Ram Singh dalam perbicaraan hari kedua pendakwah berkenaan.
  • Beliau memaklumkan bahawa dia tahu bahawa laporan polis telah dibuat, bagaimanapun dia tidak tahu apa yang berlaku kepada kes itu.
  • Mohd Fairuz turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia mengetahui di mana wanita itu telah membuat laporan polisnya dan berada bersama wanita itu sebagai saksi polis.

KOTA KINABALU – Saksi pendakwaan, Mohd Fairuz Abu, 37, mendedahkan bahawa ada satu lagi laporan polis dibuat di Bukit Aman oleh seorang wanita berkaitan pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Mohd Fairuz berkata demikian pada sesi pemeriksaan balas terhadapnya oleh peguam, Ram Singh yang mewakili Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 37, dalam perbicaraan hari kedua pendakwah berkenaan.

Beliau memaklumkan bahawa dia tahu bahawa laporan polis telah dibuat, bagaimanapun dia tidak tahu apa yang berlaku kepada kes itu.

“Saya rasa pihak polis yang perlu beritahu perkembangan kes berkenaan, lagipun saya telah membantu wanita ini dari segi menemani beliau ketika membuat laporan polis, menghubungkan beliau dengan peguam MRM (Multiracial Reverted Muslims).

“Saya telah menjalankan apa yang termampu oleh saya,” katanya pada sesi perbicaraan yang masuk hari kedua berkaitan Ebit Lew di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.

Mohd Fairuz turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia mengetahui di mana wanita itu telah membuat laporan polisnya dan berada bersama wanita itu sebagai saksi polis.

“Ya saya tahu, di Bukit Aman. Bahkan, saya menjadi saksi dan memberi keterangan kepada pihak polis,” katanya.

Mohd Fairuz turut mengakui bahawa dia terlibat dalam laporan polis wanita itu selain peguam daripada MRM serta bahagian wanita MRM selain memaklumkan bahawa laporan polis itu dibuat pada 26 Julai 2021.

Dalam perbicaraan pertama yang berlangsung pada Selasa, Mohd Fairuz mendedahkan bahawa laporan polis berhubung kes yang sedang dibicarakan itu telah dilakukan pada 7 Ogos 2021 oleh seorang wanita dari Tenom yang dibuat di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Bagi menjawab soalan Ram berhubung perbelanjaan yang perlu dihadapi wanita berkenaan dari Tenom untuk membuat laporan polis di Bukit Aman, Mohd Fairuz bersetuju dengannya.

“Tetapi kos berkenaan ditanggung oleh MRM, bukan saja kes seperti ini bahkan kes-kes yang lain juga yang dikendalikan MRM,” katanya.

Bagaimanapun, dalam soalan sebelum itu, beliau mengakui ada mencadangkan kepada wanita itu untuk membuat laporan polis di Sabah iaitu balai polis yang paling dekat di Tenom.

Perbicaraan sesi pagi berkaitan kes gangguan seksual yang dihadapi Ebit Lew ditangguhkan tengah hari dan akan disambung semula pada jam 2.30 petang Rabu.

Sebelum itu, perbicaraan yang berlangsung selama empat hari bermula Selasa hingga Jumaat dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Muhammad Ilmami Ahmad, Zahida Zakaria, Adibah Saiful Bahri, Nur Masrin Amalia.

Ebit diwakili barisan peguamnya yang terdiri daripada Ram, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut, Kimberly Ye Wanchuin dan Chen Wen Jye manakala Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani.

Ebit berhadapan dengan 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Segera lapor SPRM jika jadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
  • SPRM gesa pihak yang percaya mereka menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.
  • “Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada media hari ini.
  • Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.
  • Semalam, seorang pengarah urusan syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki bagaimanapun berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kes seperti itu dari negeri-negeri lain dan menyifatkan apa yang berlaku di Perak baru-baru ini sebagai kes terpencil.

“Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) Azman Adnan.

Semalam, seorang pengarah urusan sebuah syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

Difahamkan, syarikat suspek berusia 44 tahun itu dipercayai terbabit melakukan pemecahan lot tanah di mukim berkenaan menjadi tanah bukan Melayu, seterusya dijual menjadi lot rumah dan banglo.

Siasatan SPRM juga mendapati sejumlah 317 lot dipecahkan kepada individu serta syarikat yang sebahagian besarnya adalah bukan Melayu.

Penahanan itu adalah rentetan kepada tangkapan seorang bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik di Pejabat Tanah dan Galian Perak yang sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, bulan lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending