Connect with us

Antarabangsa

Kanak-kanak Hindu paling banyak kahwin bawah umur 10 tahun di India

Hampir 12 juta kanak-kanak India berkahwin sebelum umur 10 tahun dengan 84 peratus daripadanya adalah Hindu dan 11 peratus adalah Muslim, demikian analisis laporan  IndiaSpend.

Wartawan TMT

Published

on

84 peratus kanak-kanak Hindu berkahwin bawah umur 10 tahun di India
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Hampir 12 juta kanak-kanak India berkahwin sebelum umur 10 tahun, 84 peratus daripada mereka adalah Hindu dan 11 peratus adalah Muslim.
  • Sebanyak 7.84 juta (65 peratus) anak yang sudah berkahwin adalah perempuan, menguatkan lagi fakta bahawa kanak-kanak perempuan lebih kurang bernasib baik.
  • 72 peratus gadis Hindu yang berkahwin sebelum 10 tahun berada di kawasan luar bandar.

Hampir 12 juta kanak-kanak India berkahwin sebelum umur 10 tahun dengan 84 peratus daripadanya adalah Hindu dan 11 peratus adalah Muslim, demikian analisis laporan  IndiaSpend.

Bagi meletakkan analisis badan bukan berasaskan keuntungan itu kepada data banci 2016 dalam konteks, jumlah ini bersamaan populasi Jammu dan Kashmir.

Sebanyak 7.84 juta (65 peratus) kanak-kanak itu adalah perempuan, sekaligus menguatkan fakta bahawa kanak-kanak perempuan secara ketara lebih kurang bernasib baik, dengan lapan daripada 10 kanak-kanak buta huruf yang telah berkahwin juga adalah perempuan.

Data seterusnya mendedahkan 72 peratus gadis Hindu berkahwin sebelum umur 10 tahun berada di kawasan luar bandar, berbanding 58.5 peratus gadis Islam dengan pendidikan ada kaitan dengan faktor perkahwinan di usia muda itu.

Wanita Jain berkahwin pada usia median 20.8 tahun, diikuti wanita Kristian (20.6 tahun) dan wanita Sikh (19.9 tahun). 

Wanita Hindu dan Islam mempunyai umur median paling rendah pada perkahwinan pertama (16.7 tahun), demikian analisis IndiaSpend berdasarkan laporan Nirantar, badan advokasi berpangkalan di Delhi.

Wanita daripada kawasan bandar, secara purata, berkahwin lewat lebih dua tahun daripada rakan seusia mereka di luar bandar.

Advertisement

Laporan itu juga menyatakan tahap kehamilan remaja dan keibuan adalah sembilan kali lebih tinggi dalam kalangan wanita tanpa pendidikan berbanding wanita yang berpendidikan 12 tahun atau lebih.

Sumber: IndiaSpend

Author

Antarabangsa

‘Watchlist FBI’ sasar orang Islam, 12 warga AS saman Jabatan Kehakiman

Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Wartawan TMT

Published

on

‘Watchlist FBI’ sasar orang Islam, 12 warga AS saman Jabatan Kehakiman
Foto: Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah,.
  • Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
  • Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.
  • Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”
  • “Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.
  • Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.

Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.

Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”

“Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.

Tuntutan itu juga mendakwa plaintif berdepan kemudaratan, penghinaan awam, pengawasan, gangguan dalam perjalanan, penafian pekerjaan dan “secara efektif dibuang oleh AS”. 

Saman itu turut menegaskan walaupun dikeluarkan dari senarai pemantauan FBI itu, mereka tetap akan mengalami kesan negatif seumur hidup yang bakal memudaratkan mereka.

Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.

Advertisement

Bercakap kepada pemberita di New Jersey, Khairullah berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengapa namanya berada dalam senarai pemantauan itu dan tidak juga diperjelaskan jika namanya sudah dikeluarkan. 
Sumber: Anadolu Ajansı

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending