Connect with us

Terkini

Firdaus Wong dijangka hadir sebagai saksi perbicaraan kes gangguan seksual Ebit Lew

Pendakwah bebas, Firdaus Wong dijangka antara saksi baharu yang akan dipanggil pada sesi perbicaraan hari ketiga kes gangguan seksual membabitkan Ebit Lew di Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Firdaus Wong dijangka hadir sebagai saksi perbicaraan kes gangguan seksual Ebit Lew
Foto: Ebit Lew.
  • Firdaus Wong dijangka antara saksi baharu yang akan dipanggil pada sesi perbicaraan hari ketiga kes gangguan seksual membabitkan Ebit Lew di Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis.
  • Firdaus Wong, seorang lagi pegawai polis turut dipanggil pada sesi perbicaraan itu nanti.
  • Perbicaraan yang memasuki hari ketiga Ebit atau nama sebenar Ebit Erawan Ibrahim, 37, berlangsung sehingga Jumaat ini.

TENOM – Pendakwah bebas, Firdaus Wong dijangka antara saksi baharu yang akan dipanggil pada sesi perbicaraan hari ketiga kes gangguan seksual membabitkan Ebit Lew di Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis.

Selain Firdaus Wong, seorang lagi pegawai polis turut dipanggil pada sesi perbicaraan itu nanti.

Perbicaraan yang memasuki hari ketiga Ebit atau nama sebenar Ebit Erawan Ibrahim, 37, berlangsung sehingga Jumaat ini.

Setakat ini, saksi pertama pihak pendakwaan ialah seorang konsultan atau penceramah motivasi, Mohd Fairuz Abu, 37, sudah dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah sepanjang dua hari perbicaraan itu berlangsung.

Sementara itu, Ebit dilihat tiba di pekarangan mahkamah pada jam 9.30 pagi dengan memakai baju berwarna biru muda dan berseluar hitam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Muhammad Ilmami Ahmad, Zahida Zakaria, Adibah Saiful Bahri, Nur Masrin Amalia.

Ebit pula diwakili barisan peguamnya iaitu Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut, Kimberly Ye Wanchuin dan Chen Wen Jye manakala Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani.

Advertisement

Ebit berhadapan dengan 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian 

Author

Terkini

Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK

Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
  • Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
  • “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 
  • “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.

“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 

“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.    

Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.

Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen. 

Advertisement

Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.

Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.

“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.

Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.

Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.

Advertisement

Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending