Connect with us

Terkini

Didiskriminasi di tempat kerja dan ‘burn out’ faktor wanita tinggalkan kerjaya

Penglibatan wanita dalam sektor pekerjaan terutama bidang profesional penting dalam memacu kemajuan negara, namun cabaran seperti isu diskriminasi di tempat kerja dan komitmen keluarga yang tinggi melibatkan golongan itu perlu diatasi bagi memastikan mereka kekal dalam kerjaya.

Wartawan TMT

Published

on

Didiskriminasi di tempat kerja dan ‘burn out’ faktor wanita tinggalkan kerjaya
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Isu diskriminasi di tempat kerja dan komitmen keluarga yang tinggi melibatkan golongan wanita perlu diatasi bagi memastikan mereka kekal dalam kerjaya.
  • Negara akan mengalami kerugian apabila modal yang dilaburkan dalam bentuk pendidikan kepada wanita tidak disalurkan dengan penglibatan kerjaya.
  • Perubahan paradigma terhadap diskriminasi wanita di tempat kerja perlu berubah. 
  • Ini boleh dilihat dari segi pemberian kadar gaji, jawatan bagi memastikan wanita yang mempunyai profesionalisme ini tidak meninggalkan kerjaya mereka.
  • Satu daripada tiga wanita ingin meninggalkan kerjaya mereka susulan keletihan melampau, dengan “burn out rate” 32 peratus direkodkan pada 2020 dan meningkat kepada 42 peratus pada 2021.

KUALA LUMPUR – Penglibatan wanita dalam sektor pekerjaan terutama bidang profesional penting dalam memacu kemajuan negara, namun cabaran seperti isu diskriminasi di tempat kerja dan komitmen keluarga yang tinggi melibatkan golongan itu perlu diatasi bagi memastikan mereka kekal dalam kerjaya.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Bagi Pengarah Bukan Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh, representasi wanita yang saksama di tempat kerja mampu meningkatkan produktiviti pasukan dan membawa lebih banyak keuntungan kepada sesuatu syarikat mahupun industri.

“Wanita berpendidikan tinggi adalah aset pelaburan yang menyumbang kepada pembangunan negara. Negara akan mengalami kerugian apabila modal yang dilaburkan dalam bentuk pendidikan kepada wanita tidak disalurkan dengan penglibatan kerjaya.

“Perubahan paradigma terhadap diskriminasi wanita di tempat kerja perlu berubah. Ini boleh dilihat dari segi pemberian kadar gaji, jawatan dan sebagainya bagi memastikan wanita yang mempunyai profesionalisme ini tidak meninggalkan kerjaya mereka, sekali gus menarik minat golongan wanita baharu yang ingin bekerjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama selepas program Darah Muda bertajuk ‘Profesional Wanita, Hilang Dari Radar?’ terbitan Bernama TV.

Wan Izzana berkata penglibatan golongan wanita dalam sektor ekonomi gig juga dilihat penting bagi membantu golongan wanita seperti ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU) dan pesara menjana pendapatan secara fleksibel.

“Industri gig ini perlu diperluaskan dalam kalangan golongan wanita atau sesiapa yang mempunyai komitmen keluarga yang tinggi. Di MDEC, kami menyedari kepentingan untuk kembangkan ekonomi gig ini dan pihak MDEC telah memperkenalkan pelbagai insiaitif untuk merealisasikannya.

“Program seperti Global Online Workforce (GLOW) yang dilaksanakan pada 2020, kini telah memanfaatkan sehingga 10,000 freelancer di Malaysia dengan menawarkan latihan dan bimbingan daripada tenaga pengajar berpengalaman. Saya berharap wanita di luar sana dapat ceburi bidang ekonomi gig,” katanya.

Beliau berkata pelbagai peluang ditawarkan oleh agensi kerajaan, pihak swasta dan industri tempatan yang mampu meningkatkan profesionalisme golongan wanita di dalam negara namun, hebahan secara berkesan perlu dilaksanakan secara menyeluruh.

Wan Izzana berpandangan bahawa berkongsi tanggungjawab menjaga keharmonian serta peranan dalam sesebuah keluarga perlu dilaksanakan bersama antara pasangan bagi memastikan golongan wanita yang bekerjaya tidak terbeban.

“Tanggungjawab terhadap keluarga dan tekanan di tempat kerja menyebabkan ramai wanita bekerjaya memilih untuk meninggalkan profesion mereka khususnya apabila negara kini berhadapan detik mencabar iaitu fasa pasca-COVID-19.

“Maka peranan menjaga keluarga seperti hantar anak ke tadika, memasak dan mengemas rumah perlu dilakukan bersama (suami dan isteri). Paradigma minda di takuk lama terhadap peranan gender perlu diubah,” katanya.

Berkongsi data yang dipetik daripada McKinsey&Company 2021, beliau berkata satu daripada tiga wanita ingin meninggalkan kerjaya mereka susulan keletihan melampau, dengan “burn out rate” 32 peratus direkodkan pada 2020 dan meningkat kepada 42 peratus pada 2021. 

Sumber: Bernama

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Terkini

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai

Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Hidayah Sani

Published

on

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai
Foto: Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral.
  • Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp)  membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.
  • Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan  pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.
  • “Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.
  • “Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

KUALA LUMPUR — Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata anugerah itu berjaya mewujudkan perspektif kecemerlangan dengan mencapai satu tanda aras kualiti tinggi.

Beliau berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.

“Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, SME Corp. Malaysia akan menjemput PMKS yang layak untuk menyertai Anugerah E50 pada tahun ini, iaitu syarikat-syarikat yang telah menerima penarafan 4-Bintang dan 5-Bintang di bawah Program Penarafan Daya Saing PKS untuk Peningkatan atau SCORE.

“Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.

“Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang turut mengucapkan syabas ke atas SME Corp. Malaysia kerana berjaya menganjurkan program itu secara berterusan sejak 1997.

Bagi tahun ini, syarikat ingin menyertainya perlu mengemukakan pencalonan mereka secara dalam talian melalui Sistem Bersepadu Penarafan Insentif PMKS (MyBPI) sebelum tarikh tutup pada 30 Jun 2024.

Syarat kelayakan Anugerah E50 adalah memenuhi definisi PMKS dan diperbadankan di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 40 peratus ekuiti tempatan; mendapat penarafan empat dan lima bintang di bawah SCORE; tidak disenaraikan di Bursa Malaysia; mempunyai penyata kewangan beraudit tiga tahun terkini dan anak syarikat tidak layak jika syarikat induk mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Anugerah E50, boleh layari laman sesawang www.e50.com.my. — The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending