Connect with us

Terkini

Melaka tubuh badan pemikir untuk perkasa, perjuang hak wanita

Kerajaan negeri Melaka di bawah portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti telah menubuhkan badan pemikir atau ‘think tank’ dalam usaha memperkasa dan memperjuang hak wanita di negeri itu dalam pelbagai aspek antaranya ekonomi dan sosial.

Wartawan TMT

Published

on

Melaka tubuh badan pemikir untuk perkasa, perjuang hak wanita
Foto: Datuk Kalsom Nordin.
  • Kerajaan negeri Melaka di bawah portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti telah menubuhkan badan pemikir atau ‘think tank’ dalam usaha memperkasa dan memperjuang hak wanita di negeri itu dalam pelbagai aspek antaranya ekonomi dan sosial.
  • Exconya Datuk Kalsom Nordin berkata badan pemikir itu dianggotai kalangan profesional pelbagai bidang dari dalam dan luar Melaka untuk menggerakkan inisiatif tersebut dan ia merupakan antara misi beliau pada tahun ini.
  • “Think tank ini akan bersidang selepas Aidilfitri ini bagi membincangkan usaha, pendekatan atau program yang boleh dilaksanakan untuk memperkasa dan memperjuang hak wanita Melaka.”
  • “Antara isu yang diberi fokus ialah penganiayaan, penderaan dan hak-hak wanita selain ibu tunggal kerana wanita adalah segala-galanya… kita dilahirkan dari rahim seorang wanita,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu di sini pada Khamis.

MELAKA: Kerajaan negeri Melaka di bawah portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti telah menubuhkan badan pemikir atau ‘think tank’ dalam usaha memperkasa dan memperjuang hak wanita di negeri itu dalam pelbagai aspek antaranya ekonomi dan sosial.

Exconya Datuk Kalsom Nordin berkata badan pemikir itu dianggotai kalangan profesional pelbagai bidang dari dalam dan luar Melaka untuk menggerakkan inisiatif tersebut dan ia merupakan antara misi beliau pada tahun ini.

“Think tank ini akan bersidang selepas Aidilfitri ini bagi membincangkan usaha, pendekatan atau program yang boleh dilaksanakan untuk memperkasa dan memperjuang hak wanita Melaka.

“Antara isu yang diberi fokus ialah penganiayaan, penderaan dan hak-hak wanita selain ibu tunggal kerana wanita adalah segala-galanya… kita dilahirkan dari rahim seorang wanita,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu di sini pada Khamis.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu berkata antara individu lain yang turut dijemput menganggotai badan pemikir berkenaan ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang memegang jawatan Pengerusi Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN) yang juga Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Dalam perkembangan lain, katanya ibu bapa diminta untuk mengawal pergerakan atau aktiviti anak-anak mereka khususnya di luar rumah dalam usaha mengelak insiden strok haba ekoran cuaca panas dan fenomena El Nino yang dijangka berlaku pada Jun ini.

“Walaupun suhu di Melaka mencapai kategori tahap satu atau berjaga-jaga, namun langkah pencegahan khususnya melibatkan anak-anak terhadap kesan cuaca panas adalah penting agar tidak berlaku insiden strok haba,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata selain itu, ibu bapa juga diminta memastikan anak-anak minum air masak mencukupi dan makan mengikut masa serta mendapat nutrisi mencukupi bagi mengelak masalah kesihatan lain dalam tempoh cuaca panas yang melanda negeri itu. 

Sumber: Bernama

Author

Terkini

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat

Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
  • Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
  • “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.

Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.

“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.

“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan. 

Advertisement

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending