Terkini
[VIDEO] Pakai songkok namun tidak berbaju : “Jika anda tidak boleh terima, makna anda rasis” – Khai Kel Wen
Isu provokasi terhadap Islam di ‘Kuala Lumpur Fashion Week’ (KLFW) seperti yang ditegur oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad terus mendapat perhatian.

- Lanjutan kenyataan Menteri, Datuk Idris Ahmad mengenai provokasi terhadap Islam di KLFW, Khai Kel Wen memberi kenyataan.
- Dipetik melalui Instagram : kel__wen.
- Khai Kel Wen menyatakan “I’m not Muslim, but wearing a Songkok signifies that I accept and learn the religion in my own personal lifestyle. If you can’t accept , it only means that you’re racist and that’s the real problem here.”
- Kel Wen turut menyamakan cara pemakaian songkoknya dengan konsep wanita berhijab sekarang dilihat menggayakan tudung dengan leher yang terbuka.
- Terjemahan : “Saya bukan Islam, tetapi memakai Songkok menandakan saya menerima dan mempelajari agama dalam gaya hidup peribadi saya sendiri. Jika anda tidak boleh menerima, ia hanya bermakna anda rasis dan itulah masalah sebenar di sini.”
- Kenyataannya mendapat tanda ‘Favorite!’ daripada artis tanah air Aina Abdul (ig: ainaabdul).
KUALA LUMPUR – Isu provokasi terhadap Islam di ‘Kuala Lumpur Fashion Week’ (KLFW) seperti yang ditegur oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad terus mendapat perhatian.
Menyoroti isu itu, The Merdeka Times telah memetik apa yang dipaparkan dalam Instagram pereka fesyen tersebut. Menggunakan IG : kel_wen, dapat dilihat apa yang beliau tulis pada kepsyen gambar kontroversinya.
Gambar tersebut memaparkan beliau memakai songkok dan jaket labuh warna hitam tanpa baju dan menampakkan dada. Memakai samping hitam atau berseluar pendek paras lutut warna hitam dan mengenakan kasut but tinggi warna hitam.
Pada kepsyen gambar tersebut beliau menulis, pemakaian songkok diperkenalkan ke Asia Tenggara oleh umat Islam India pada abad ke-19. Orang Melayu tidak memakai Songkok di Kesultanan Melaka.
“Orang Melayu dahulu pakai sarung sahaja, tidak berbaju dianggap biasa di kalangan orang Melayu. Saya memakai seluar pendek di bawah samping saya, songkok dengan seluar pendek tidak pernah menjadi isu pada tahun 1941, dipakai oleh lelaki Melayu dalam Rejimen Askar Melayu Diraja di Singapura.” jelasnya.
Tambah Kel Wen, songkok ialah penutup kepala budaya formal, bukan sepenuhnya penutup kepala agama yang hanya dipakai untuk solat Islam. Di Malaysia ia menjadi lebih rumit apabila pelbagai kaum memakai penutup kepala untuk tujuan yang berbeza, tetapi saya melihat ia sebagai tanda positif penerimaan dalam keharmonian kaum untuk orang bukan Islam memakai songkok di Malaysia.
“Saya tidak memakai Songkok dengan seluar dalam yang seksi atau mendedahkan mana-mana bahagian sensitif badan saya yang menunjukkan kebogelan. Menunjukkan lutut saya seperti kebanyakan lelaki Melayu di luar sana adalah fesyen biasa hari ini.”
Kel Wen turut menyamakan cara pemakaian songkoknya dengan konsep wanita berhijab sekarang dilihat menggayakan tudung dengan leher yang terbuka.
Saya bukan Islam, tetapi memakai Songkok menandakan saya menerima dan mempelajari agama dalam gaya hidup peribadi saya sendiri. Jika anda tidak boleh menerima, ia hanya bermakna anda rasis dan itulah masalah sebenar di sini.”
View this post on Instagram
Kenyataannya itu turut mendapat tanda komen ‘Favorite!’ berserta simbol ‘Love’ daripada artis tanah air Aina Abdul (ig: ainaabdul).
Terkini
Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK
Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

- Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
- Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
- “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
- “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.
Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.
Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen.
Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.
Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.
“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.
Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.
Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.
Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.
Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.
Sumber: Utusan Malaysia
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa4 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah